7 Kes Bunuh Diri di Malaysia Setiap Hari

Semalam Syaza ada baca satu sharing tentang data dan statistik bunuh diri di dunia dan Malaysia. Mengejutkan! Secara statistiknya, di Malaysia dan dunia:

  • Setiap 40 saat ada seorang maut kerana bunuh diri
  • Di Malaysia, kes bunuh diri adalah 7 kes SETIAP HARI

Ini perkara yang sangat membimbangkan. Kita semua tak boleh ambil remeh dan hanya fikir ia sekadar kerana kegagalan menguruskan emosi. Mungkin kita termasuk dalam golongan yang bijak uruskan emosi, tetapi itu tidak bermakna kita boleh menghakimi orang lain dengan mengatakan mereka tidak bijak urus emosi sendiri.
kemurungan
Persoalannya di sini, menurut Dr Adlin, mereka atau golongan yang hendaklah di beri perhatian ialah:
1. Mereka yang ada masalah kesihatan mental

Seseorang yang ada simptom atau tanda kemurungan dan schizophrenia mempunyai risiko yang tinggi untuk membunuh diri. Lebih membimbangkan, masalah mental ini, dianggarkan akan menjadi masalah utama di peringkat kesihatan awam menjelang 2030, di seluruh dunia! Ia melebihi kadar anggaran bagi penyakit jantung, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

2. Mangsa Kejadian Buli
Trend buli dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat perlu diperbaiki. Mangsa buli sama ada di sekolah, tempat kerja, dalam keluarga sendiri mahu pun buli siber sangat berleluasa. Hal ini menjadikan seseorang akan mudah tertekan dan akhirnya memilih jalan singkat untuk menggantung diri bagi menyelesaikan masalah.
3. Mereka yang ada masalah dalam perhubungan
Masalah komunikasi yang tidak berkesan antara punca utama keretakan sesuatu hubungan tidak kira, hubungan suami isteri, kawan, keluarga dan lain-lain. Ambil tahu dan peduli serta bertanggungjawab dengan keadaan sekeliling bagi kenalpasti sejarah perubahan sikap dan tingkahlaku yang negatif bagi mereka yang terlibat dalam masalah perhubungan ini.
4. Bekas penagih dadah
Kesan jangka panjang penyalahgunaan dadah mengakibatkan seseorang tidak boleh berfikir secara waras. Ini beum lagi di tambah dengan hutang piutang akibat sejarah lampau membeli dadah dan lain-lain. Termasuk juga hilang pekerjaan dan keluarga. Hal ini hanya mendatangkan tekanan lebih kepada mereka yang mempunyai sejarah lampau penyahalahgunaan dadah. Akibat tekanan dari sekeliling, bekas penagih biasanya gagal mengawal diri dan akhirnya memilih tamatkan riwayat hidup.
5. Kematian keluarga dan rakan kerana bunuh diri
Mereka yang mempunyai kawan dan keluarga yang ada sejarah bunuh diri cenderung lakukan perkara yang sama.
6. Kematian orang tersayang
Sedih satu dua hari itu biasa. Tetapi jika kita detect seseorang sedih berlebihan sehingga 2 minggu berturut terutamanya, dapatkan mereka dan jadi pendengar yang baik. Jika perlu, dapatkan rawatan susulan.
Setiap dari 4 individu mempunyai masalah kesihatan mental. Bagi yang ingin menjalankan ujian saringan kesihatan mental, klik sini.
Syaza, 
Certified Shaklee Distributor,
COD Shaklee Melaka | Pos Shaklee Seluruh Malaysia.

Categories:

2 thoughts on “7 Kes Bunuh Diri di Malaysia Setiap Hari”

  1. Asyiqin Roslee says:

    macam-macam masalah sekarang ni kan… bahaya nya kalau kita tak dapat nak kawal emosi diri ni.. silap takut lalu jalan pintas sebab derita sangat dengan masalah.. tu yang pentingnya kena jumpa pakar once kita detect ada masalah dalam diri ni…

  2. Mrs. A says:

    Semoga dijauhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge