Makanan Wajib Elak oleh Ibu Hamil
Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil. Ini kerana apabila kita tahu untuk elak makanan tertentu ketika hamil, ia membantu untuk kesihatan diri kita sebagai ibu dan bayi yang di kandung.
8 Makanan Wajib Elak Ketika Hamil
Baca : Makanan Ketika Hamil
1. Lemak tidak Sihat
Makanan yang mengandungi transfat, lemak tepu wajib elak makan ketika hamil.
Makanan sebegini membantu menaikkan tahap kolestrol dalam darah dan risiko penyakit tertentu.
Selain itu, ianya perlu kita elak dari makan ketika hamil kerana bakal mengakibatkan kenaikan berat badan yang TIDAK PERLU.
Badan kita juga akan kurang selesa dalam melaksanakan proses penghadaman makanan berbentuk lemak terutama lemak tepu dan jenis transfat ini.
Makanan jenis ini banyak terdapat dalam makanan proses, protein haiwan, makanan bergoreng, makanan segera dan tersembunyi dalam pelbagai jenis makanan tanpa kita sedari. Elak makanan jenis lemak tidak sihat ketika hamil.
Baca : Makanan Tiada Lemak Tepu, dan Zero-Cholestrol
Baca label sebaiknya sebelum shopping barang taw momies! 😉
2. Karbo Simple (Simple Carbs)
Ada yang beranggapan bahawa semua jenis Karbohidrat adalah tidak sihat. Walhal, ianya tidak benar.
Bagi ibu hamil, elak makan karbo jenis simple ketika hamil. Pilihlah karbo kompleks sewaktu proses kehamilan.
Apa beza karbo jenis ringkas dan kompleks ni ya?
Karbo ringkas cepat dicernakan dan akan meningkatkan gula dalam darah dengan mendadak serta memberi kesan kenyang dalam tempoh masa yang sangat singkat.
Manakala karbo kompleks, tidak menyebabkan kenaikan mendadak paras gula dalam darah dan memberi rasa kenyang lebih lama.
Mommies mesti nak kenyang lama kan? Dan paling penting, bertenaga, betul? 😉
Antara contoh makanan karbo simple atau ringkas yang perlu mommies elak ketika hamil ialah roti putih, pasta, kek, candy, soda pop, apa saja yang dihasilkan dari white syrup, tepung putih.
Banyakkan memilih karbo jenis kompleks seperti bijirin penuh, roti wholemeal, beras perang dan banyak lagi pilihan karbo jenis kompleks.
Karbo ringkas sudahlah tak sihat, menaikkan paras gula dalam darah secara mendadak, maka elak makan ini ketika hamil ye mommies 😉
Baca : Maknan Rendah Glisemik Indeks Kompleks Karbo
3. Makanan Kaya Vitamin A
Elak makan ketika hamil makanan yang mengandungi kandungan Vitamin A. Malah, jangan lupa elak makan ketika hamil, vitamin A sendiri. Yela, ada mommies sebelum hamil, amalkan Vitamin A, betul?
Jadi semasa hamil, elak taw makan Vitamin A! 😉
Baca sini : Kepentingan Vitamin Ketika Hamil
Terlalu banyak pengambilan makanan jenis Vitamin A akan mengakibatkan gugur dalam kalangan mommies. Please mommies, sayangkan bayi dan diri sendiri, elak makan ketika hamil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A okay.
Selain dari keguguran, ianya juga boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi serta kegagalan tumbesaran bayi dengan baik.
Baca : Kesan Vitamin A Kepada Bayi Ketika Hamil
Ingat! Mommies memang makan sedap je. Bayi dalam rahim menganggungnya sekali taw.
4. Telur Mentah/Separuh Masak
Telur mentah, separuh masak atau yang gagal di masak dengan sempurna, wajib elak ketika hamil.
Telur jenis ini dikhuatiri mengandungi bakteria Salmonella yang selalu terdapat dalam telur.
Elak telur mentah, separuh masak ketika hamil. Pastikan telur di masak dengan sangat sempurna sebelum mommies makan taw! 😉
5. Daging Separa Masak
Ada sebahagian mommies yang gemar makan daging separa masak sebelum hamil. Malah, bukan sahaja daging, tetapi termasuklah seafood dan makanan jenis protein haiwan lainnya.
Makanan jenis ini dikhuatiri mempunyai bakteria jenis Salmonella atau bakteria jenis toxoplasma.
Mommies, elak makan makanan protein haiwan jenis ini yang separa masak. Pastikan makanan di masak sepenuhnya terutama seafood kegemaran mommies tu taw.
Baca sini : 5 Tips Pilih Protein Sihat
6. Soft Chesse
Em, nyum nyum. Siapa tak suka kan keju lembut, soft cheese. Lagi time hamil, wow kegemaran daku!
Soft cheese seperti brie atau camerbert perlu elak makan ketika hamil. Melainkan, ianya di masak sempurna, sehingga kelihatan buih di bahagian dalam tanda masak sempurna.
Siapa rajin masak cheese mesti tahu trik dan tips nak pastikan cheese masak sempurna! 😀
Ini membantu menghapuskan bakteria merbahaya dari soft cheese tersebut.
7. Ikan & Merkuri
Ada banyak perdebatan di sekeliling kita tentang kebaikan serta keburukan ikan dan merkuri.
Bagi mommies, jalan terbaik ialah, sedaya upaya elak makanan jenis ikan yang mengandungi merkuri atau yang dikhuatiri mempunyai merkuri.
Antara contoh paling simple ialah shark, sword fish dan tilefish.
Dan sila pastikan pengambilan sumber Omega-3 mommies cukup taw. Ianya untuk kesihatan dan perkembangan bayi. Mommies yang maintain jaga nutrien Omega-3 bayi yang lahir pun cerdik! Omega 3 ni banyak didapati dari sumber ikan. Dan pastikan ianya bebas dari merkuri.
Baca : Omega-3 Minyak Ikan untuk Kesihatan Bayi Tiada Merkuri dari Shaklee
8. Minuman Berkaffein
Wah. Please mommies. Sedaya upaya elakkan makanan ini ketika hamil. Minuman jenis kaffein. Kalau mengidam sangat, ambil SEDIKIT sahaja bagi hilang rasa mengidam tu.
Ianya sangat tidak sihat untuk mommies dan terutama baby. Beberapa teh herba juga perlu dielakkan makan dan minum ketika hamil.
Baca : Minuman Kaffein Bahaya
Jadi mommies, pastikan setiap makanan yang anda ambil taw. Jangan pakai makan je. Nanti ada komplikasi kesihatan di masa akan datang, nak menyesal dah tak guna. Ingat, sayangi diri mommies dan baby ya! 😀
Fatin Syaza,
Your Favourite Shaklee Distributor,
0187684817 (Touch to WhatsApp),
Pengedar Shaklee Nilai & USIM,
COD Shaklee Nilai Kajang Putrajaya Bangi,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia.
(Visited 208 times, 1 visits today)