7 Antioksidan Untuk Kulit Anda Lebih Awet Muda Posted on 01/06/202302/06/2023 Last updated on June 2nd, 2023 at 11:07 pm Antioksidan untuk Kulit | Antioksidan ialah bahan yang boleh mencegah atau melambatkan beberapa jenis kerosakan sel dengan menyelia radikal bebas dan tekanan oksidatif.Badan manusia akan melalui tekanan oksidatif yang mengakibatkan masalah penuaan dan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.Antioksidan boleh wujud secara sintetik atau semulajadi. Ia ada dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan supplement yang mengandungi vitamin dan mineral. Dalam artikel ini anda akan mengetahui tentang kebaikan serta kelebihan antioksidan untuk kulit serta bagaimana antioksidan bertindak untuk melindungi kecantikan kulit anda agar kekal glowing – sama ada anda amalkan antioksidan dalam rutin penjagaan muka atau ambil dalam bentuk supplement! 1. Vitamin C Vitamin C merupakan sejenis vitamin yang sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Badan anda tidak boleh hasilkan vitamin c sendiri melainkan anda perlu dapatkannya daripada sumber makanan dan supplement. Kajian membuktikan bahawa vitamin c membantu pudarkan masalah pigmentasi dan mencerahkan kulit.Malah, jika anda ambil vitamin c secara oral – ia akan memberi sokongan penuh untuk penghasilan kolagen agar keanjalan kulit anda di tahap yang baik.Disebabkan vitamin c memiliki ciri-ciri anti-radang, ia turut membantu masalah seperti rosacea.Baca Selanjutnya >> 3 Cara Vitamin C Bantu Masalah Jerawat AndaNamun begitu, kulit anda akan semakin rendah kandungan vitamin c apabila terdedah dengan faktor luaran seperti sinaran matahari dan pencemaran. Oleh itu amat perlu untuk anda memastikan kandungan vitamin c anda berada di tahap yang terbaik setiap hari kerana ia turut membantu masalah kulit kering dengan membekalkan kelembapan yang kulit anda perlukan.Baca Selanjutnya >> 7 Makanan Kaya Sumber Vitamin C 2. Vitamin E Vitamin larut lemak ini bertindak lebih dalam sehingga dasar kulit berbanding vitamin c. Tetapi jika anda gabungkan antioksidan Vitamin E bersama Vitamin C – anda akan dapat hasil yang lebih mantap untuk kecantikan kulit. Antara kelebihan antioksidan vitamin E ialah dapat mengatasi kerosakan kulit yang berpunca dari matahari. Dr Satish Bhatia, seorang pakar dermatologi dan pembedahan kulit memberitahu Vogue India, walaupun vitamin E yang digunakan dalam skincare boleh membantu masalah kulit kusam dan kering, tetapi untuk kesan yang terbaik, Dr Bhatia sarankan untuk amalkan supplement vitamin e sebanyak 400mg, dua kali sehari.Bukan itu sahaja, vitamin E boleh menguatkan skin barrier anda! 3. Curcumin Antioksidan curcumin ini ada dalam bahan masakan yang selalu anda guna iaitu dalam kunyit! Curcumin memiliki ciri-ciri anti-radang. Ia berfungsi untuk kawal masalah inflamasi di peringkat awal dengan menghalang molekul dari awal untuk rosakkan kulit. 4. Co-Enzim Q10 (CoQ10) Antioksidan CoQ-10 sangat jarang mendapat tumpuan. Tetapi tahukah anda bahawa telah ada banyak penyelidikan yang membuktikan bagaimana CoQ10 dapat mengekalkan paras kolagen dalam kulit anda.CoQ10 telah wujud dalam badan anda secara semulajadi. Fungsi utama CoQ10 adalah untuk melawan radikal bebas, melindungi mitokondria dan mencegah DNA anda dari masalah yang berpunca dengan tekanan oksidatif. Walaupun ia wujud secara semulajadi dalam tubuh badan anda, tetapi jika anda abaikan kesihatan anda ia akan semakin berkurang seiring dengan usia. Malah CoQ10 akan semakin merudum kesan dari pendedahan jangka panjang dengan sinaran matahari. Oleh sebab itu anda perlu memastikan tahap CoQ10 anda berada di paras optimum kerana anda tidak mungkin akan melepaskan peluang untuk dapat kulit yang lambat tua dari antioksidan ini.Malah, CoQ10 memiliki kelebihan boleh melindungi kulit anda dari sinaran matahari. Jika di luaran anda guna pelindung tabir suria atau sunscreen, dari dalam pula anda ambil CoQ10. 5. Soya Esktrak soya mempunyai isoflavon yang memberi keupayaan antioksidan untuk pudarkan pigmentasi, meningkatkan keanjalan kulit dan mengelakkan masalah kulit kesan rosak dari matahari. Untuk kulit yang jenis berjerawat atau/dan kulit kering, ekstrak soya boleh melembapkan dan mengawal penghasilan minyak.Baca Selanjutnya >> Esktrak Soya dengan 6 Kebaikan Utama Kulit Cantik 6. Karotenoid Karotenoid ialah antioksidan semulajadi yang sangat power. Antioksidan karotenoid merupakan sub-kumpulan yang seangkatan dengan flavonoid dan polifenol. Warna yang anda nampak pada sayuran merah atau oren terang seperti di lobak merah adalah datang daripada pigmen karotenoid yang terkandung dalamnya. Karotenoid terbukti untuk rangsang penghasilan kolagen dan elastin, melicinkan kedutan kulit muka dan masalah crow feet di sekitar mata. Antioksidan ini juga terbukti untuk meningkatkan keanjalan kulit. 7. Resveratrol Pelbagai kajian telah menunjukkan resveratrol memiliki kelebihan antioksidan yang sangat besar nilainya bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan. Antioksidan resveratrol ialah mikronutrien yang membekalkan warna terang dan cantik kepada buah-buahan terutama yang berasaskan dari jenis beri atau anggur. Resveratrol memiliki kelebihan anti-penuaan untuk kulit yang lebih awet muda untuk jangka masa panjang. Selain itu resveratrol berfungsi untuk mengekalkan paras kolagen, mengawal keradangan kulit dan mencerahkan kulit. Baca Selanjutnya >> Set Awet Muda Shaklee (Fungsi, Testimoni dan Harga) Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Kenapa Awak Perlu Lebih Banyak Berfikir Tentang Sunblock dan Sunscreen? Posted on 14/12/202128/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Sebut je mengenai perlindungan matahari, ada dua perkara yang akan bermain di fikiran iaitu sunblock dan sunscreen. Sebenarnya, ada beza ke dua ni? Dalam entri ini, awak akan mengetahui mengenai perbezaan atau mungkin persamaan yang ada dalam sunblock dan sunscreen. Download… Read More
Tips Awet Muda Petua Hilangkan Kedut Muka Posted on 23/10/201717/10/2022 Last updated on October 17th, 2022 at 09:03 am Hilangkan Kedut Muka | Seramnya! Belum berumur muka dah berkedut. Baru umur 25 tahun tapi dah nampak kesan kedutan di sana sini. Macam mana agaknya kalau aku umur 30 tahun ya? Lebih teruk dari nenek di kampung agaknya? Begitulah kata hati… Read More
Tips Awet Muda 3 Keburukan Kafein kepada Kecantikan Kulit Posted on 23/10/201712/05/2022 Kafein jika di ambil secara berlebihan boleh memberikan kesan buruk kepada kecantikan kulit anda. Apakah 3 kesan buruk tersebut? Yang pertama adalah.. Read More