Sebab Setia Dengan Shaklee Sejak 2016: Testimoni Shaklee Saya Posted on 10/06/202315/06/2023 Last updated on June 15th, 2023 at 10:08 am Testimoni Pengalaman Saya Sendiri Bersama Shaklee Sejak 2016 | Saya telah mengambil produk Shaklee sejak tahun 2016. Dalam artikel ini saya akan berkongsi tentang testimoni-testimoni saya sendiri kenapa saya setia dengan Shaklee sejak 2016 sehingga sekarang dan apakah pengalaman yang saya dapat selepas consume Shaklee. Saya berharap perkongsian testimoni Shaklee saya ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik untuk diri anda dan keluarga. Bermula dengan Masalah Kulit Tadaaa~ Masuk-masuk je dah tepek gambar testimoni sendiri ahaha. Yer, inilah my very own testimoni guna Set Cantik Shaklee 🙂 Alhamdulillah yang dulu kusam, kini tidak lagi. Saya ada masalah kulit iaitu jerawat yang diikuti dengan parut hitam kesan dari jerawat, kulit yang gelap dan kusam. Ini adalah masalah biasa sebenarnya untuk seseorang yang meningkat remaja. Saya tidak terkecuali dengannya. Namun begitu, bila sudah menginjak usia 23 tahun ke atas, saya rasa ia bukan sesuatu yang biasa.Tambahan pula saya dah cuba pelbagai cara dari segi penjagaan luaran iaitu skincare yang pelbagai. Ada sekejap je bertahan menunjukkan hasil, tapi kemudian saya dimaklumkan produk tersebut antara yang di banned kerana mengandung merkuri – sejenis bahan yang sangat berbahaya – boleh menipiskan kulit. Produk dalaman seperti supplement juga sudah banyak yang saya cuba. Untuk pengetahuan, saya sejenis yang kalau mencuba sesuatu produk, saya akan beri masa 6 bulan hingga setahun baru saya buat keputusan untuk tukar ke produk lain jika kelihatan tidak serasi.Namun saya akui, kesemua produk supplement yang saya cuba adalah datang dari local product. Bukan saya nak menidakkan kebaikan produk lokal, cuma kebiasaannya produk lokal tidak memiliki standard dari segi kajian klinikal dan pembangunan yang menyeluruh. Termasuk juga supplement yang ada di drug store. Tiada consultant yang boleh menasihatkan kita untuk menggunakannya dengan cara terbaik. Berjumpa Ahli Dermatologi Daripada seorang pengguna yang berpuas hati dengan Shaklee, kini bergelar usahawan dalam bisnes Shaklee. Berkongsi kebaikan dengan kalian 🙂 Nak dapatkan Shaklee, boleh contact Syaza tau ^^ TQ Sehingga pada suatu hari saya buat keputusan untuk berjumpa dengan ahli dermatologi. Ketika itu saya mendapat tahu ada promosi percubaan untuk pakej pelajar. Memandangkan saya masih seorang pelajar, peluang yang ada digunakan sebaiknya.Ahli dermatologi tersebut scan kulit saya sehingga ke akarnya. Segala macam trial di buat untuk mengesan permasalahan berkaitan kulit. Agak geli ya lihat kulit wajah sendiri ketika itu, hahaha.Ahli dermatologi menasihatkan saya untuk mengambil vitamin c secara suntikan untuk hasil yang segera. Namun begitu, saya masih waras dan tidak melakukan begitu walaupun saya tahu hasil jika buat suntikan vitamin c melalui darah sangat bagus.Akhirnya saya ambil keputusan untuk hanya mencuba sekali lagi sahaja supplement vitamin c. Tetapi kali ini saya memberi peluang dengan Shaklee. Saya pernah dengar nama Shaklee tapi saya tak beri fokus yang penuh. Sekadar di angin lalu. Tambahan pula, circle saya kurang yang consume Shaklee. Di tambah faktor Shaklee yang tidak ada di jual di drug store – hanya ada dengan pengedar sah Shaklee sahaja – seperti saya kini.Jadi exposure tentang Shaklee itu kurang untuk saya tapi saya tetap tahu kewujudannya. Mula Terbuka Hati Cuba Set Cantik Shaklee Basic - Selepas Kajian Klinikal Dari packaging Shaklee lama lagi (botol warna biru), sampai botol dah packaging baru, masih suka consume produk-produk Shaklee! 🙂 Pembacaan demi pembacaan di cari. Kali ini saya bertekad untuk betul-betul menjaga kesihatan dengan tiga prinsip utama iaitu menjaga pemakanan, bergerak aktif dan mengambil supplement dengan bijak. Oleh itu saya sangat teliti ketika ini untuk pilih jenama yang terbaik sebab saya dah buat keputusan untuk amalkan pengambilan vitamin bagi kesihatan jangka masa panjang – bukan untuk kecantikan sahaja.Saya percaya, kecantikan bermula dari dalam. Bukan semata hanya bergantung kepada skincare sahaja.Apa yang saya temui dengan Shaklee sangat menakjubkan! Landmark Study yang anda takkan jumpa di mana-mana – hanya ada di Shaklee. Yang membuktikan bahawa pengguna Shaklee berbanding yang tidak makan vitamin atau yang makan jenama lain – memiliki taraf kesihatan yang lebih baik. Anda boleh cari untuk baca buku ini yang menceritakan tentang kajian berkaitan Shaklee supplement dan kaitan dengan kesihatan sel DNA yang memberi kebaikan untuk kesihatan Setelah itu saya lihat pula testimoni pengguna lain untuk Set Cantik Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitamin C dan Vitamin E. Ya Allah seronok lihat perubahan kulit mereka. Daripada penuh parut hitam, kepada bersih. Dari jerawat berbukit bukau, kepada kulit yang licin. Saya sangat teruja nak mencubanya! Namun saya sedar akan bajet yang ada sebagai student.Jadi saya ambil keputusan untuk mencuba yang basic iaitu Vitamin C dan Vitamin E memandangkan kedua vitamin Set Cantik Shaklee Basic ini, boleh tahan sehingga 6 bulan lamanya untuk sebotol! Sangat berbaloi dari segi penjimatan wang. Dari segi hasil testimoni tak perlu cakap, memang terbaik. Dari segi keselamatan juga jauh meninggalkan jenama lain. Senang cerita, saya yakin dengan keberkesanan dan keselamatan Shaklee – untuk jangka masa panjang.Yela kita takkan nak makan vitamin sebab nak kulit cantik je. Lepas dah cantik? Stop? Salah tu. Kita makan vitamin atau supplement sebab kita nak top up nutritional gap atau jurang nutrisi dalam diet seharian kita supaya badan kita boleh berfungsi dengan baik, inshaAllah. This is why I trust and still using Shaklee till now xD Pembelian Kali Kedua - Masuk Ahli Kali pertama saya cuba Shaklee, saya tidak ditawarkan tentang kelebihan ahli. Saya beli je mengikut apa yang telah diberikan oleh pengedar Shaklee yang jual pada saya ketika itu.Masa kali kedua repeat order, saya minta diskaun tetapi akak tu tak bagi, hahaha. Yela, lemaklah kan! Asyik nak diskaun aj.Jadi akak tu pun cadangkan pada saya untuk sertai ahli Shaklee untuk dapatkan harga yang jauh lebih menjimatkan.Saya lihat perbandingan harga antara ahli dengan bukan ahli.Wow!Sangat jauh ye beza harga ahli Shaklee dengan yang tak ahli.Saya pun terus daftar ahli dan dapat beli barang dengan harga ahli, alhamdulillah.Kemudian perjalanan saya bersama Shaklee pun bermula dengan lebih serius. Koleksi Testimoni dan Pengalaman Sepanjang Mengamalkan Shaklee 1. Kulit Jadi Lebih Sihat Waktu saya mencuba Shaklee buat kali pertama, saya masih bujang. Kemudian selepas berkahwin, saya teruskan pengambilan Shaklee dan kali ini saya ambil Set Cantik Shaklee fullset yang ada ESP, Vitamin C dan Vitamin E. Saya terpaksa akui bahawa bila tambah je ESP dalam senarai supplement untuk skin memang -boom- kulit jadi lagi cantik, mulus. Ketika ini saya sangat konsisten amalkan Shaklee – memang tak pernah miss out setiap pagi buat ESP Shaklee. 2. Mengandung Dengan Bahagia Paling suka ESP masa mengandung, sangat memberi mak yong tenaga! 🙂 MasyaAllah. Susu untuk mak mengandung yang tak manis malah boleh kurangkan risiko dapat GDM Selepas berkahwin, saya amalkan asid folik. Terus saya amalkan asid folik yang ada di Shaklee. Untuk memastikan kandungan kita selamat daripada sebarang risiko kecacatan, kita disarankan untuk amalkan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum rancang nak mengandung. Oleh sebab itulah saya ambil asid folik.Proses yang sama saya ulang ketika mengandungkan anak selepas anak pertama. Ketika mengandung, saya hanya mengamalkan Set Hamil Shaklee.Pesen saya, masa mengandung mesti alahan sangat teruk! Alhamdulillah asbab Shaklee, saya masih bertahan – tidak perlu sampai warded nak drip air. Syukur juga sebab suami saya faham kepentingan supplement semasa hamil. Waktu mengandung dia sangat memaksa ye saya konsisten semua jenis tok nenek vitamin, hahaha. Maklumlah sayang anak dalam kandungan tu uit! Hihihi.Alhamdulillah apa yang saya nampak ialah Set Hamil Shaklee sangat membantu saya untuk tidak naik berat badan secara mendadak. Selain itu, ia mengurangkan risiko nak dapat kencing manis masa mengandung – GDM. Bukan itu sahaja, kita akan rasa bertenaga walaupun perut dah ke depan dan jalan macam penguin. Sampai orang sekeliling ingat macam tak mengandung! Berpuasa juga bertenaga. Alhamdulillah. Inilah testimoni Set Hamil Shaklee dari saya yang awalnya cuba Shaklee untuk kulit, tahu-tahu eh dah mengandung! 3. Berpantang Selepas Bersalin Czer - Menggembirakan Bukan Mak je, anak pun consume Shaklee 🙂 Tak pernah saya terbayang nak bersalin czer. Tapi itulah rezeki saya. Masa anak pertama – saya emergency czer. Anak seterusnya, normal.Kedua-dua tempoh berpantang saya amalkan Set Bersalin / Berpantang Shaklee. Tapi apa yang saya dapat simpulkan, berpantang melahirkan secara czer lebih sukar berbanding berpantang bersalin normal.Tetapi alhamdulillah asbab ambil Shaklee, luka czer saya bercantum dan kering dengan baik kurang dari seminggu. Alhamdulillah. Saya juga rasa bertenaga sepanjang dalam tempoh berpantang. Ketika pantang, terutama sekali di fasa awal, saya kurang selera makan.Tapi saya kena makan sebab saya menyusu badan. Syukur sebab ada ESP Shaklee yang menyelamatkan keadaan saya ketika ini. Setiap pagi dan petang saya akan bancuh minum ESP Shaklee.Alhamdulillah antara kelebihan ESP Shaklee ini juga untuk ibu bersalin czer ialah parut czer tu tak ada daging lebihan atau keloid sangat! Stretchmark pun cepat je pudar. 4. Menyusukan Anak Penuh 2 Tahun My 2nd baby, masih sedang menyusukan dia ketika taip entri ini. Ketika ini usianya sudah 15 bulan. Alhamdulillah breastfeed journey since anak pertama powered by Shaklee. Syukur alhamdulillah Perjalanan bersama Shaklee masih diteruskan. Saya menyusukan anak dengan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah dapat menyusukan anak penuh selama 2 tahun dan di ketika entri ini di tulis alhamdulillah masih lagi menyusukan anak yang lain juga dengan Set Menyusu Shaklee. Jujur saya katakan, lepas ambil Set Menyusu Shaklee terutama ketika dalam pantang – terus rasa macam susu kena top up dalam badan. Macam mana ek nak gambarkan perasaan tu, hahaha. Seperti ada yang mengalir laju deras. Begitulah. Susu badan juga pekat dan anak puas menyusu. Syukur Ambil Keputusan dengan Shaklee Saya bersyukur dipertemukan dengan Shaklee dan inshaAllah selagi moto Shaklee iaitu safe, proven dan effective ada – saya juga setia. Setakat sekarang, pengalaman sampai menyusukan anak dengan Shaklee dan masih menyusu. Mungkin jika panjang umur saya, boleh saya kongsikan macam mana kesihatan tulang saya pula ketika tua asbab Shaklee, hahaha. Maklumlah dalam supplement yang saya ambil seperti ESP Shaklee dan OsteNutrix kaya dengan kalsium! Barulah tulang kita kuat, inshaAllah.Jika anda nak cuba Shaklee, jangan segan silu untuk bertanya dengan Syaza ok – klik je dekat sini untuk WhatsApp Syaza bagi nak cuba dan tanya details tentang Shaklee.Moga dapat hadiah tajaan www.anakkuwira.com. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Pomifera Skincare Kesan Seminggu Lepas Guna Pomifera Posted on 14/08/202424/09/2024 Last updated on September 24th, 2024 at 08:16 am Pomifera Shaklee sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah jika kulit anda berjerawat. Dalam entri ini Syaza akan berkongsi satu testimoni Pomifera Shaklee untuk kulit yang berjerawat. Ini adalah hasil selepas beliau konsisten Pomifera terutama sekali Erase, Stimulate dan Pure. Manakala Clarify… Read More