Last updated on June 2nd, 2023 at 11:07 pm
Antioksidan untuk Kulit | Antioksidan ialah bahan yang boleh mencegah atau melambatkan beberapa jenis kerosakan sel dengan menyelia radikal bebas dan tekanan oksidatif.
Badan manusia akan melalui tekanan oksidatif yang mengakibatkan masalah penuaan dan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.
Antioksidan boleh wujud secara sintetik atau semulajadi. Ia ada dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan supplement yang mengandungi vitamin dan mineral.
Dalam artikel ini anda akan mengetahui tentang kebaikan serta kelebihan antioksidan untuk kulit serta bagaimana antioksidan bertindak untuk melindungi kecantikan kulit anda agar kekal glowing – sama ada anda amalkan antioksidan dalam rutin penjagaan muka atau ambil dalam bentuk supplement!
1. Vitamin C
Vitamin C merupakan sejenis vitamin yang sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Badan anda tidak boleh hasilkan vitamin c sendiri melainkan anda perlu dapatkannya daripada sumber makanan dan supplement. Kajian membuktikan bahawa vitamin c membantu pudarkan masalah pigmentasi dan mencerahkan kulit.
Malah, jika anda ambil vitamin c secara oral – ia akan memberi sokongan penuh untuk penghasilan kolagen agar keanjalan kulit anda di tahap yang baik.
Disebabkan vitamin c memiliki ciri-ciri anti-radang, ia turut membantu masalah seperti rosacea.
Baca Selanjutnya >> 3 Cara Vitamin C Bantu Masalah Jerawat Anda
Namun begitu, kulit anda akan semakin rendah kandungan vitamin c apabila terdedah dengan faktor luaran seperti sinaran matahari dan pencemaran.
Oleh itu amat perlu untuk anda memastikan kandungan vitamin c anda berada di tahap yang terbaik setiap hari kerana ia turut membantu masalah kulit kering dengan membekalkan kelembapan yang kulit anda perlukan.
Baca Selanjutnya >> 7 Makanan Kaya Sumber Vitamin C
2. Vitamin E
Vitamin larut lemak ini bertindak lebih dalam sehingga dasar kulit berbanding vitamin c. Tetapi jika anda gabungkan antioksidan Vitamin E bersama Vitamin C – anda akan dapat hasil yang lebih mantap untuk kecantikan kulit.
Antara kelebihan antioksidan vitamin E ialah dapat mengatasi kerosakan kulit yang berpunca dari matahari. Dr Satish Bhatia, seorang pakar dermatologi dan pembedahan kulit memberitahu Vogue India, walaupun vitamin E yang digunakan dalam skincare boleh membantu masalah kulit kusam dan kering, tetapi untuk kesan yang terbaik, Dr Bhatia sarankan untuk amalkan supplement vitamin e sebanyak 400mg, dua kali sehari.
Bukan itu sahaja, vitamin E boleh menguatkan skin barrier anda!
3. Curcumin
Antioksidan curcumin ini ada dalam bahan masakan yang selalu anda guna iaitu dalam kunyit! Curcumin memiliki ciri-ciri anti-radang. Ia berfungsi untuk kawal masalah inflamasi di peringkat awal dengan menghalang molekul dari awal untuk rosakkan kulit.
4. Co-Enzim Q10 (CoQ10)
Antioksidan CoQ-10 sangat jarang mendapat tumpuan. Tetapi tahukah anda bahawa telah ada banyak penyelidikan yang membuktikan bagaimana CoQ10 dapat mengekalkan paras kolagen dalam kulit anda.
CoQ10 telah wujud dalam badan anda secara semulajadi. Fungsi utama CoQ10 adalah untuk melawan radikal bebas, melindungi mitokondria dan mencegah DNA anda dari masalah yang berpunca dengan tekanan oksidatif.
Walaupun ia wujud secara semulajadi dalam tubuh badan anda, tetapi jika anda abaikan kesihatan anda ia akan semakin berkurang seiring dengan usia. Malah CoQ10 akan semakin merudum kesan dari pendedahan jangka panjang dengan sinaran matahari. Oleh sebab itu anda perlu memastikan tahap CoQ10 anda berada di paras optimum kerana anda tidak mungkin akan melepaskan peluang untuk dapat kulit yang lambat tua dari antioksidan ini.
Malah, CoQ10 memiliki kelebihan boleh melindungi kulit anda dari sinaran matahari. Jika di luaran anda guna pelindung tabir suria atau sunscreen, dari dalam pula anda ambil CoQ10.
5. Soya
Esktrak soya mempunyai isoflavon yang memberi keupayaan antioksidan untuk pudarkan pigmentasi, meningkatkan keanjalan kulit dan mengelakkan masalah kulit kesan rosak dari matahari. Untuk kulit yang jenis berjerawat atau/dan kulit kering, ekstrak soya boleh melembapkan dan mengawal penghasilan minyak.
Baca Selanjutnya >> Esktrak Soya dengan 6 Kebaikan Utama Kulit Cantik
6. Karotenoid
Karotenoid ialah antioksidan semulajadi yang sangat power.
Antioksidan karotenoid merupakan sub-kumpulan yang seangkatan dengan flavonoid dan polifenol. Warna yang anda nampak pada sayuran merah atau oren terang seperti di lobak merah adalah datang daripada pigmen karotenoid yang terkandung dalamnya.
Karotenoid terbukti untuk rangsang penghasilan kolagen dan elastin, melicinkan kedutan kulit muka dan masalah crow feet di sekitar mata. Antioksidan ini juga terbukti untuk meningkatkan keanjalan kulit.