Buah yang sesuai di ambil semasa mengandung untuk ibu hamil yang ada kencing manis GDM

11 Buah Terbaik Untuk GDM Masa Hamil

Last updated on June 9th, 2024 at 07:05 am

Buah yang Sesuai di Ambil Semasa Kehamilan untuk Ibu yang Ada Kencing Manis (GDM) | Mengikut penyelidikan yang di buat oleh American Diabetes Association (ADA), ada jenis buah yang sesuai untuk ibu mengandung dengan GDM ambil semasa kehamilan. 

 

GDM atau kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Kawalan diet amat perlu dititikberatkan agar anda dan bayi tidak terdedah dengan kesan buruk kencing manis semasa mengandung ini.

 

Secara umum, buah memiliki kandungan gula semulajadi yang agak tinggi didalamnya. Namun begitu, kandungan gula dalam buah adalah dari jenis fruktosa yang dicernakan secara berbeza berbanding jenis glukosa. Tetapi, disarankan untuk anda tidak ambilnya secara berlebihan. 

 

Jika anda ingin memasukkan buah dalam rancangan diet harian sebagai seorang ibu yang ada kencing manis semasa mengandung, berikut ialah langkah, tips dan contoh buah yang sesuai.

Makan Dalam Kuantiti Sederhana

Panduan pemakanan buah-buahan dalam sehari yang disarankan ialah sekitar 1 hingga 4 hidangan sehari. Dalam 1 hidangan, kira-kira:

  • Buah bersaiz kecil atau sederhana – 1 biji
  • 1/2 cawan buah yang di potong, di masak atau dalam tin tanpa gula 
  • 3/4 cawan jus buah semulajadi tanpa gula tambahan

 

Bagi buah dalam tin, sila periksa kandugannya. Pastikan ia tidak mengandungi gula tambahan seperti sirup yang di tambah. Sebaiknya elakkan sahaja buah-buahan yang dalam tin.

Buah sebenar lebih disarankan berbanding yang lain. Termasuk lebih baik dari buah yang di buat jus. Buah sebenar lebih kaya dengan fiber, vitamin dan mineral berbanding jus buah. Ia turut mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding jus.

11 Jenis Buah Rendah Kandungan Gula

1. Strawberi

Strawberi adalah antara jenis buah yang sangat rendah dalam gula walaupun memiliki rasa yang manis dan sedao. Dalam 100 grams strawberi, terdapat kurang daripada 5 gram gula semulajadi. Malah, ia ada sekurang-kurangnya 6 gram fiber dan 2 gram protein.

2. Buah Pic

Rendah dalam kiraan kalori, bauh pic mengandungi manfaat nutrisi dan rendah kandungan gula berbanding buah lain. 147 gram hidangan buah ini hanya mengandungi 50 kalori, 2 gram fiber dan 1 gram protein. Buah pic bukan sahaja sesuai di ambil dalam kuantiti sederhana untuk ibu yang ada GDM masa hamil, malah ia membantu dalam pengurusan kawalan tekanan darah.

3. Lemon

Lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Anda boleh makan buah lemon dengan cara begitu sahaja, kalau anda tahan dengan rasanya yang agak masam. Atau, anda boleh nikmatinya dengan cara membuat air lemon. Lemon dapat dinikmati tanpa menyebabkan kandungan gula anda meningkat tinggi. 

4. Buah-buahan Jenis Beri

Buah beri seperti blackberry, blueberi memiliki kandungan antioksidan yang tinggi serta vitamin dan serat. Ia sesuai dijadikan antara buah pilihan untuk snek semasa mengandung bagi ibu GDM.

5. Tembikai Susu

Sepotong tembikai susu mengandung lebih kurang 11 gram gula yang mudah di hadam. Buah tembikai susu kaya dengan potassium, vitamin C dan juga zat besi.

6. Buah Oren

 Buah oren ialah snek sihat yang manis dan sedap untuk anda makan secara sederhana semasa mengandung tanpa perlu risau sangat dengan kandungan gulanya. Buah oren boleh meningkatkan keperluan vitamin C harian anda. Secara umum, oren memiliki hampir 14 gram gula dan 77 kalori.
 

7. Anggur

Anggur mengandungi fruktosa yang boleh menyerap glukosa dengan baik. Anggur merah kaya dengan resveratrol untuk cegah obesiti dan komplikasi diabetes.

 

Baca lebih lanjut: Komplikasi Kencing Manis Semasa Hamil Yang Boleh Berlaku Ke Atas Bayi Anda

 

Walaubagaimanapun, anggur tinggi dengan kandungan karbohidrat. Oleh itu, anda disarankan ambil sekitar 10 biji ke bawah dalam satu masa.

8. Epal Hijau

Epal hijau boleh dijadikan snek untuk ibu hamil dengan GDM. Fiber yang terkandung didalamnya mencegah gula dalam darah meningkat dengan mendadak.

9. Jambu Batu

Jambu batu ialah lebih sekadar dari buah yang tak manis. Sebenarnya, ia membantu untuk pelbagai isu kesihatan termasuklah berkenaan komplikasi yang berkaitan dengan kencing manis. Jambu batu membantu masalah sembelit, cirit birit dan tekanan darah tinggi. Buah ini memiliki profil glisemik yang rendah. Menariknya, jambu batu ada vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah-buahan sitrus yang lain seperti oren. Kajian menunjukkan, pengambilan jambu batu membantu merendahkan risiko untuk mendapat kencing manis di masa hadapan.

10. Avokado

11. Kiwi

Buah berwarna hijau yang bebas gula tinggi ini lebih bermanfaat berbanding rupanya. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin E dan fiber. Dalam 100 gram kiwi, ia menawarkan 3 gram fiber dan mineral seperti potassium dan magnesium. Kiwi juga membantu merendahkan paras trigliserida yang bagus untuk kesihatan jantung.

Buah Tinggi Gula Yang Perlu di Elak Ibu Hamil Kencing Manis

Tidak semua buah dijadikan sama, ada yang mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi berbanding buah lain. Antara buah kaya dengan gula yang mudah didapati dan sering dijadikan pilihan sebelum mengetahui tentang gulanya ialah:

  1. Tembikai 
  2. Pisang terutama sekali yang dah terlalu masak
  3. Nenas

Buah-buahan ini sebenarnya masih lagi selamat untuk di ambil, tidak perlu singkirkan sepenuhnya dari diet. Terutama jika anda memang penggemarnya. Tetapi, sila ambil langkah berhati-hati dengan kandungan gulanya yang sangat tinggi. Rancang diet anda sebaiknya.


Adalah lebih baik untuk ibu hamil yang ada GDM untuk memilih satu sahaja hidangan buah dalam sesuatu masa. Maksudnya, kalau nak makan epal, makan sahaja epal. Jangan campur adukkan dengan buah lain. 

Tips Makan Buah Tanpa Naikkan Gula Mendadak

Terdapat tips bagaimana untuk anda makan buah-buahan ini termasuk 11 jenis buah rendah gula di atas, agar kandungan gula anda berada di paras yang normal ketika mengandung dengan kencing manis.

 

Caranya adalah, setiap kali makan buah, padankan dengan protein dan fiber.

 

Sebagai contoh ambil pisang bersama mentega kacang, atau buah epal dengan mentega kacang, atau anggur dengan potongan kiub keju, dan buah-buahan beri bersama yogurt tanpa gula.

 

Dengan cara ini, anda boleh menikmati buah-buahan agar ia tidak menaikkan paras gula dalam darah anda dengan mendadak. Paling penting, sila rancang pelan pemakanan anda agar ia membantu paras gula dalam darah anda di tahap normal semasa mengandung. Perkara ini perlu bagi mengelakkan komplikasi dan kesan sampingan kencing manis ketika mengandung untuk bayi dan diri anda.

Tak Tahu Nak Snek Apa Masa Hamil, Cuba ESP Shaklee

ESP Shaklee ialah minuman yang boleh memberikan ibu mengandung tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Anda akan rasa lebih puas selepas minum ESP, tidak mudah untuk craving makanan yang mengarut. Malah, ESP Shaklee boleh membantu mengawal paras gula dalam darah anda semasa mengandung dengan kencing manis atau GDM ini.

Testimoni ESP Shaklee Sebagai Snek Sihat Tak Craving Makanan dan Badan Bertenaga

Testimoni ESP Shaklee semasa hamil, Puan Asma lebih bertenaga sepanjang kehamilan walaupun sudah memasuki trimester ketiga. Malah, beliau kurang rasa nak kunyah makanan. Boleh membantu paras kawal gula dalam darah dan kenaikan berat badan mendadak semasa mengandung.

 

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee, sila hubungi Syaza melalui WhatsApp – klik di sini untuk WhatsApp.

(Visited 59 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Masa mengandung anak pertama dulu, Sha makan jambu batu dengan buah prune untuk naikkan HB.. Tak sangka banyak khasiat lain pada Jambu batu..

Leave a Reply