6 Cabaran Ketika Hamil | Suami Wajib Baca

cabaran waktu pregnant
Tempoh kehamilan, kita berhadapan dengan satu situasi yang lain daripada yang lain. Dua roh berada dalam satu jasad. Kadang-kadang pernah atau tak, kita sendiri rasa pelik dengan perubahan yang berlaku pada diri?
⬥ Tak suka bau suami
⬥ Nak muntah
⬥ Suka makan benda pelik-pelik
⬥ Ceria tak tentu pasal
⬥ Kuat tidur
Macam-macam! Yang pasti ada satu persamaan dalam setiap wanita mengandung; iaitu sentiasa ingin yang terbaik pada anak dalam kandungan. Para suami kena ambil tahu cabaran-cabaran ini supaya tak terkejut apabila isteri berubah mendadak dan boleh ambil tindakan sewajarnya.
6 Cabaran Ketika Hamil
Kekejangan Kaki
Biasanya berlaku pada waktu malam dan ketika lewat kehamilan, nak dekat due date. Antara punca berlaku adalah disebabkan

  • Berat badan berlebihan
  • Kurang nutrisi
  • Terlalu aktif
  • Tidak aktif langsung

Tips :
  • Alas kaki dengan bantal
  • Regangkan kaki
  • Pusingkan pergelangan kaki dan jari kaki
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium mencukupi [Cuba Ostematrix – Kalsium dari Shaklee]

Berat Badan Berlebihan
Sebenarnya berapa berat yang perlu kita tambah waktu mengandung? Ia bergantung kepada berat dan body mass index (BMI) sebelum mengandung. Syaza sediakan jadual khas tentang kenaikan berat yang sepatutnya mengikut BMI kita :

table.tableizer-table {
font-size: 12px;
border: 1px solid #CCC;
font-family: Arial, Helvetica, sans-serif;
}
.tableizer-table td {
padding: 4px;
margin: 3px;
border: 1px solid #CCC;
}
.tableizer-table th {
background-color: #8B0868;
color: #FFF;
font-weight: bold;
}

BMI (Sebelum Hamil) Jumlah Berat Perlu di Tambah
< 18.5 (Kurang Berat) 13kg – 18kg
18.5 – 24.9 (normal) 11.5kg – 16kg
25 – 29.9 (berat lebih) 7kg – 11/5kg
30 ke atas (obese) 5kg – 9kg

Tips :


  • Makanlah makanan yang berhidangan kecil dalam satu masa tetapi kerap
  • Pilih makanan ringan sihat seperti buah
  • Elak makanan ringan tak sihat seperti kek, biskut, aiskrim dll
  • Wanita mengandung hanya perlu tambah extra kalori sebanyak 300 kalori sahaja
Bagaimana nak dapatkan 300 kalori itu?

Contoh :
ESP Shaklee [3 sudu besar, 105 kcal]  +  Epal [95 kcal] +  Roti [69 kcal] +  Sayuran [34 kcal] = 300 kalori
Keguguran Rambut
Dek kerana perubahan hormon yang tidak seimbang dan kekurangan nutrisi sesetengah wanita mudah mengalami masalah keguguran rambut
Tips :
  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lebih lembut
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah
  • Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin kehamilan seperti protein, zat besi, biotin, Vitamin C dan Vitamin B
Tahukah Anda?

Nutrisi dan vitamin kehamilan boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru


Perubahan Emosi
Perubahan emosi waktu hamil boleh disebabkan oleh perubahan hormon, keletihan dan tekanan perasaan. Ingat! Kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal sewaktu mengandung.
Tips :
  • Luangkan masa dengan pasangan anda
  • Lakukan senaman yoga untuk ibu hamil
  • Ambil makanan berkhasiat dengan GI yang rendah
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B (terbukti mengawal tekanan), zat besi, dan asid lemak omega-3 untuk emosi yang lebih baik
Jisim Tulang Berkurangan
Semasa kita hamil, bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembentukan jisim tulang dan rangka mereka terutama 3 bulan di akhir kehamilan. Bayi kita akan menyerap semua kalsium dalam badan kita, oleh itu kita perlu pastikan kalsium untuk diri kita sendiri dan anak mencukupi. 
Tips :
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Jangan merokok dan minum minuman beralkohol
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan pengambilan kalsium dan mineral penting
Mabuk Hamil
Cabaran yang sering berlaku terutama di awal kehamilan dan akhir trimester pertama. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon dalam badan dan boleh menjejaskan nutrisi pemakanan kita.
Tips :
  • Makan sedikit dan kerap
  • Jika muntah pastikan air mencukupi
  • Cuba teh pudina halia
  • Ambil vitamin pranatal terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu kurangkan mabuk hamil anda
Bonus : Bekukan Performance Drink Shaklee [minuman isotonik tak bergas dan kurang gula], hisap ais beku itu jika kita tidak dapat minum air kerana alahan teruk kerana Performance Drink membantu kekalkan badan terhidrat sentiasa.
Bacaan Selanjutnya :

Categories:

6 thoughts on “6 Cabaran Ketika Hamil | Suami Wajib Baca”

  1. ejulz says:

    kesian bila tgk wife tahan sakit.. semoga dipermudahkan buat ibu2 @ bakal2 ibu yg tgh mengandung..

  2. Dunia Zumal says:

    Panduan yang sangat berguna untuk para suami

  3. Etuza says:

    teringat mama dulu ada kejang otot dekat kaki..

  4. anakdenesor says:

    bagus untuk yang first time mengandung..

  5. Ana Suhana says:

    Mabuk tu yg plg tak tahan. Mcm2 bau tak leh diterima masa tu. Huhu

  6. dear anies says:

    lelaki mmg WAJIB tahu! jgn tahu nak buat anak jeeee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge