Last updated on June 13th, 2025 at 01:12 am
Mata panda sangat comel pada panda, tapi bukan untuk kita, Tak kira la apa nama kita sebut sama ada mata panda,mata raccoon, atau mata sembap dan lain-lain, kalau nak tahu berdasarkan kajian pada tahun 2006, kajian oleh sebuah syarikat kecantikan, masalah mata panda ni adalah masalah yang paling banyak wanita hadapi.
Kebiasannya, kita senang nak dapat mata panda jika kita kurang cukup waktu tidur. Ya, memang betul tak cukup tidur akan buatkan kita nampak macam panda, bawah mata gelap dan sembap! Tapi sebenarnya ada banyak je faktor lain yang sebabkan mata panda. Tak cukup tidur cuma salah satunya.
Jadi bagi yang ada masalah mata panda, kami nak kongsikan 6 cara hilangkan mata panda yang sangat mudah. Boleh gunakan teknik ni setiap hari tau. Barulah mata segar!
6 CARA MUDAH HILANG MATA PANDA

Guna Kentang
Sejukkan kentang mentah dalam peti ais. Lepas tu potong kentang separuh. Letak kepingan kentang sejuk tadi atas mata yang tertutup dan biarkan dalam masa 15 hingga 20 minit.

Timun
Sejukkan 2 keping timun. Letakkan timun sejuk pada mata selama 25 minit

Beg Teh
Basahkan 2 beg teh di dalam air sejuk dan biarkan seketika. Kemudian, letakkan atas mata selama dalam 25 hingga 30 minit. Atau boleh guna beg teh yang dah digunakan, ulang cara atas.

Sudu Besi
Sejukkan sudu besi dalam air berais dan letakkan sudu di atas mata. Buat sampai anda melihat perkembangan mata panda menjadi lebih baik.

Putih Telur
Pukul beberapa putih telur sahaja dan letakkan sekitar mata. Biarkan selama 20 minit sebelum cuci dengan air bersih.
Selamat mencuba!