First Time Cabut Gigi di Lau Dental Clinic Klang

pengalaman cabut gigi pertama kali wisdom tooth di lau dental clinic bukit tinngi klang
Allahuakbar! This is really surreal. Finally Syaza cabut juga gigi yang dah sakit masa pregnant kan Zehraa, my first daughter. Actually masa pregnant tu sakit time tu je. Sekali tu je waktu malam. Sangat sakit sampai Syaza paksa suami bawak ke klinik malam tu jugak.
Memang tak la! Sebab time tu pukul 1 pagi. 2 pagi macam tu, hahaha. Mana ada klinik bukak. So end up Syaza makan je Ostematrix Shaklee, coz Oste ni boleh bagi hilang rasa sakit gigi kita. Jadi siapa yang pregnant sakit gigi, please stand by Oste k.
Almost 3 kali Percubaan Cabut Gigi – GAGAL
So after 2 year that scene happened, Syaza pun pergilah cabut gigi. Sebenarnya sebelum datang ke klinik Lau Dental Clinic kat Bukit Tinggi, Klang ni Syaza dah buat fews attempt untuk cabut.
🔸 First kat Klinik Kesihatan Bangi. Check punya check, setelah berabad menunggu (well klinik kerajaan, what do we expect kan? of course ramai orang 🙂 ). end up doktor gigi kata ada satu berlubang by which Syaza pun tak tahu ada lubang coz tak sakit! Haha
Syaza bagitahu doktor nak cabut boleh yang kena cabut tu? And there is also another 1 yang memang kena cabut. Tapi Doc bagitahu, tak boleh sebab sepatutnya Syaza kena pergi amek tekanan darah dulu baru boleh cabut. Oh, baru Syaza tahu masa tu huhuhu. Jadi haritu Syaza tampal je la yang berlubang. Doc suruh datang esoknya, and esoknya Syaza tak datang, haha!

🔸 Second attempt beberapa bulan seterusnya Syaza ke Klinik Kesihatan Kluang Johor pulak. Syaza pergi klinik gigi yang dekat sebelah Kem Mahkota tu. Why Kluang? Sebab masa tu balik kampung so saja la semangat nak cabut masa tu. Tunggu punya tunggu, dah masuk bilik check, doktor kata dah lambat, datang esok je. What? Warghhh. Habis yang saya tunggu lama-lama tadi buat apa? Hmm, berhuhu lagi. 
🔸 Third attempt pun sama gak Klinik kat Kluang tu. Yang ni lagi sadis! Sampai je masuk bilik doc kata barang nak buat tu takde, kena bakar la, heat apa semua tu. Ya Allah sedihnya hahahaha. Memang actually Allah tak nak bagi cabut ke??
Sempat jugak tanya dekat doc yang last tu kalau Syaza nak buat root canal treatment boleh? Dia kata ok je gigi ni boleh selamat lagi. So Syaza pun berangan nak buat root canal masa tu.
Percubaan Kali Keempat – BERJAYA
🔸 Lastly Syaza ajak suami terus ke klinik swasta sebab dah malas nak hadap klinik kerajaan. Huahuahua. Sebenarnya memang dari awal niat di hati nak gi swasta tapi gatal nak jugak hadap saja nak rasa pengalaman. Sebab Syaza belum pernah buat sebarang check up di klinik kerajaan. Last masa sekolah. Tapi alhamdulillah dapat la jugak kan merasa kena tampal kat KK masa first attempt yang sepatutnya cabut gigi tu.
🔸 Datanglah ke Lau Dental Clinic, Bukit Tinggi di Klang. Masa sampai tu pukul 9 malam, klinik tu tutup jam 9.30 malam. Redah je la, sebab waktu datang tu ada 2 lagi patient tengah tunggu turn.  Rezeki Syaza, coz patient yang kedua tu tak boleh cabut coz dia pregnant jadi memang kena tahan sakit je la. Dahlah wisdom tooth pulak tu!
🔸 Syaza pun masuk dengan suami sekali dalam tu. Anak terpaksa tinggalkan kejap dekat nenek dia sebab Ibu dia penakut jumpa dentist kena bawak angkut bapak dia sekali hehehe. Doc suggest cabut gigi geraham tu dengan gigi belakang dia which is wisdom tooth! Hmm aku nak cabut satu je sekali dua rupanya. Actually wisdom tooth tu tak impacted pun, ok je tapi doktor kata sekali jalan je senang, sekali sakit. Syaza pun, ok kan je.
Sakit Tak Cabut Gigi? Kat Lau Dental Clinic, Bukit Tinggi Klang
kos cabut gigi wisdom tooth tak impacted di klang
🔸 Cabut gigi berlubang tu tak sakit. Tapi cabut extracted wisdom tooth SUMPAH SAKIT! 🙁 Ya Allah masyaAllah sakit giler. Syaza kena bius 5 kali tau tapi masih sakit. Sakit kena korek. Giler sakit, tak tipu *Nangis. Syaza pakej menjerit, menggigil tangan doktor tu nak kerjakan. hahaha
🔸 Bengkak jugaklah pipi balik tu. Lebam bengkak habis! Siap dalam masa 20 minit macam tu. Doktor suggest cabut wisdom tooth lain, cuma yang belah kanan ni kena surgery sikit sebab dia impacted. Hmm, lain kali je la doktor, cukuplah bengkak ni. Hahaha. Total semua RM150, sekali dengan wisdom tooth tu. Ok la agak murah la pada Syaza. Tak sure pulak klinik lain area Klang macam mana. Siapa ada pengalaman bolehlah share kat komen ye.
🔸 Dapat ubat Paracetamol dengan kain tekap darah, gauze.
Apa Buat Lepas Kena Cabut?
🔸 Doktor suggest makan aiskrim lepas cabut tu, so balik dari klinik terus shoot ke Family Mart Bukit Tinggi, Klang dan beli aiskrim green tea. Amek kesempatan sikit kita beli aiskrim sedap. Alhamdulillah tak rasa ngilu semua maybe sebab bius ada lagi kot. Yela sampai 5 kali bius kan. Malam tu sebelum tidur amek sebiji paracetamol yang doktor bagi. Alhamdulillah ok boleh tidur lena. Sebelum-sebelum ni pun lena je tidur tak sakit pun giginya hahah
🔸 Esoknya makan bubur, and aiskrim sikit. And amek Vitamin C Shaklee 2 biji untuk fast recovery.  Kalau ada Zinc Plus Shaklee, tambah sekali dengan Vita C, lagi bagus. 🙂 Petangnya dah makan nasi! Kahkah, Yesss seriously petang tu Syaza dah amek nasi. The next day Syaza dah makan macam biasa. Pisang goreng kau~
🔸 Sampai entry ni di tulis, dah hampir 1 bulan gigi di cabut, alhamdulillah everything went well. Now tengah berkira planning cabut wisdom tooth. Hm sakitnya, lagi kena surgery. Tak nak percaya orang kata ada bius tak sakit. Itu semua dusta! Hahaha.
Murunglah jugak mengenangkan gigi tak ada. Muda lagi 28 tahun dah takde 2 batang! So sad~ Sepatah kata suami takpe, ia ingatkan kita pada kematian, Yang pergi takkan kembali. Ok sila move on dan jaga gigi. Actually gigi ni sakit sebab hormon masa mengandung. Luckily dia masih kuat sebab masa pregnant complete pengambilan kalsium [thanks too Set Hamil Shaklee alhamdulillah]. Sebab tu even dah 2 tahun dia still tak ruptured, tapi doc kata cabut je la. Syaza ada gak request nak root canal, doc tu macam bolayan je~ Tak sure la dia buat tu sebab duit ke apa ke, wallahualam. I ikut je la sebab he knows better. Tapi doc KK haritu ok je kata kalau nak buat root canal.
So moral of the story? Mintaklah banyak pandangan dan cabut gigi is LAST OPTION! Ada banyak kesan buruk daripada gigi kena cabut iaitu salah satunya ialah gigi lain juga kena cabut especially gigi bertentangan sebab dia akan tumbuh menuju gusi atas yang kosong. Kalau tak cabut kita seksa nanti gusi atas bengkak, inflamme. So scary! That is why cabut gigi is alwasy last option. Selagi boleh selamatkan, sila selamatkan. Bridge, root canal, crown, dan lain-lain. Semua boleh selamatkan gigi. 🙂
By the way nak tanya korang cabut gigi wisdom tooth tu, sakit tak?

Categories:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge