Kerap Bersin dan Selesema : Vitamin C Datang Menyelamatkan

Pantang kena hujan sikit, mula nak selesema dan bersin. 24 jam asyik ber ah-choo! Rimaskan? Jangan risau Vitamin C datang menyelamatkan. Kalau nak tahu, badan yang terlalu sensitif dengan persekitaran seperti hujan, waktu sejuk,atau cuaca yang kerap berubah, sehingga mengakibatkan kita mudah jatuh sakit, itu tanda badan kita mempunyai sistem imuniti yang sangat lemah.

Tahukah Anda?
Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang bermakna ia sangat mudah disingkirkan dari tubuh badan melalui air kencing setiap hari. Jadi, adalah sebaiknya memilih Vitamin C yang diformulasikan mempunyai sistem perlepasan secara berkala bagi memastikan tubuh mendapat keperluan Vitamin C secukupnya!

Kerana itu, kita perlukan Vitamin C secukupnya bagi mengatasi masalah lemah imuniti dan pertahanan badan. Vitamin C tidak boleh dihasilkan tubuh badan kita, ia perlu kita dapatkan secara wajib setiap hari melalui makanan sayuran, buah-buahan dari jenis citrus dan nutrisi tambahan dari vitamin harian.
[Bacaan Lanjut : 4 Fakta Vitamin C]
Apa akan jadi kalau kita tak sentiasa top up Vitamin C everyday setiap hari? Badan akan mudah jatuh sakit dan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah dari masa ke semasa. Ini akan memudahkan badan lebih tua dari usia sebenar.
Selain dari fungsi Vitamin C untuk memastikan ketahanan dan imuniti tubuh di tahap optimum, ia juga memiliki fungsi dan manfaat lain seperti :
4 Manfaat Vitamin C
1. Menjadikan Sistem Pertahanan dan Saraf Badan Lebih Sihat
Salah satu fungsi paling penting Vitamin C adalah untuk menyokong sistem pertahanan dan saraf badan kita. Mereka yang memiliki tahap Vitamin C optimum dalam badan, mempunyai kelebihan dan kebolehan untuk melawan infeksi dan jangkitan berbanding yang tidak mempunyai cukup Vitamin C dalam badan.
[Bacaan Lanjut : Pudarkan Parut dengan Vitamin C]
2. Kulit Lebih Cantik
Vitamin C diperlukan dalam menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan kritikal dan penting dalam membentuk struktur kulit dan tubuh badan. Kolagen mengurangkan kedutan, pigmentasi, dan tanda penuaan hasil daripada terdedah kepada sinaran matahari. 
Selain itu, Vitamin C juga membantu mengembalikan tona kulit yang lebih sekata.
[Bacaan Lanjut : Jerawat Hilang Guna Vitamin C]
3. Mempercepat Sembuh Luka
Vitamin C diperlukan untuk membantu tubuh menyembuhkan luka, dan memastikan kesihatan tulang, sendi serta kulit. Kajian menunjukkan, kekurangan Vitamin C adalah berkait rapat dengan kurangnya penghasilan kolagen dan proses penyembuhan luka yang lambat.
[Bacaan Lanjut : HB Ibu Mengandung Ini Maintain 12 dan ke Atas]
Mereka yang kekurangan Vitamin C dalam badan mudah untuk hilang gigi, gusi bengkak, gusi berdarah dan senang untuk luka dengan darah yang banyak serta memiliki masalah tulang yang rapuh!
[Bacaan Lanjut : Fungsi Vitamin C Shaklee]
4. Membantu Penyerapan Iron
Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan iron, mineral penting untuk penghasilan sel darah merah dan hameoglobin (HB).
[Bacaan Lanjut : Bebas Resdung Lepas Guna Vitamin C]
Rujukan:
1. Angela Sorice et al. Ascorbic Acid: Its Role in Immune System and
Chronic Inflammation Diseases.
Mini-Reviews in Medicinal Chemistry, 2014, Vol. 14, No. 5.
2. Block, G.: Vitamin C, cancer and aging. AGE. April 1993, Volume 16,
Issue 2, pp 55-58.
3. MURAD et al. Regulation of collagen synthesis by ascorbic acid. Proc.
Natl. Acad. Sci. USA 78 (1981)
4. Mahan LK, Arlin M. Krouse’s Food Nutrition and Diet Therapy. 8th ed.
Philadelphia: WB Saunders Co, 1992.
5. James D. Cook. Vitamin C, the common cold, an iron absorption. The
American Journal of Clinical Nutrition: FEBRUARY 1977, pp. 235-241. 
Bacaan Lanjut :

Categories:

2 thoughts on “Kerap Bersin dan Selesema : Vitamin C Datang Menyelamatkan”

  1. ejulz says:

    terbaek dengan pengamalam vit c ni 🙂

  2. hasliynda umairah beauty says:

    VITAMIN C SANGAT-SANGAT BAIK
    UNTUK KESIHATAN KITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge