Apa itu alfalfa?
Alfalfa (Medicago Sativa) adalah sejenis tumbuhan herba yang telah hidup bertahun-tahun lamanya. Ia termasuk dalam golongan keluarga tumbuhan Fabaceae. Tumbuhan alfalfa ini dah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Rasanya yang manis, pahit dan seperti rumput apabila di ambil secara segar sebagai ulam-ulaman. Sama selayaknya tumbuhan hijau yang selalu kita buat ulam seperti pegaga, ulam raja dan lain-lain. Apabila di ambil sebagai supplement, alfalfa dikatakan boleh membantu dalam masalah kawal gula, kawal paras kolestrol, arthritis, masalah berkaitan saluran kencing, masalah berkaitan haid dan lain-lain.
Tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai Mu Xu dalam perubatan tradisional Cina ini walaupun renek tetapi ia memiliki akar yang sangat panjang sehingga mencecah 6 meter! Inilah kelebihan alfalfa yang memberikannya manfaat 300 nutrien dan vitamin serta kandungan klorofil 4 kali ganda lebih tinggi dari sayuran hijau yang lain. Akar panjang tersebut telah berupaya menyerap nutrien yang terkandung jauh di dalam tanah.
Fungsi dan Manfaat Alfalfa
Alfalfa ialah makanan yang kaya nutrien dan berkalori rendah. Menurut USDA Nutrient Database, satu cawan tunas alfalfa hanya membekalkan 8 kalori tetapi mampu memberi 0.2 gram lemak, 0.7 gram karbohidrat, 0.6 gram fiber dan 1.3 gram protein! Selain itu, alfalfa juga memiliki kandungan fiber yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dan untuk menurunkan berat badan kerana ia boleh memberi perut rasa kenyang serta penuh.
Alfalfa juga mengandungi vitamin dan mineral penting, termasuklah:
- Kalsium
- Zat Besi
- Potasium
- Fosforus
- Vitamin C
- Vitamin K
Membersihkan Darah Secara Semulajadi
Terdapat beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat dan menyahtoksin (detoks) darah.
Mengurangkan Bau Badan
Alfalfa memiliki kandungan klorofil yang tinggi untuk bertindak bagi membantu masalah mengurangkan bau badan.
Menyokong Organ Hati Bekerja
Alfalfa membantu untuk mengalkalikan badan terutama sekali, hati. Ia memiliki kebolehan bagi mengembalikan vitamin dan mineral yang diperlukan hati. Vitamin K adalah salah satu jenis vitamin yang tersimpan di dalam hati. Vitamin K, yang merupakan vitamin larut lemak ini dijumpai dengan kuantiti yang banyak dalam alfalfa. Vitamin ini bertindak sebagai ejen yang membantu membersihkan (detoks) hati. Sebuah kajian klinikal juga menunjukkan bahawa alfalfa membantu untuk masalah toksin berlebihan dalam hati.
Meningkatkan Tenaga
Dengan kehadiran protein yang ada dalam alfalfa, ia membantu memberikan tenaga bagi yang mengambilnya. Selain itu, ia memiliki vitamin dan mineral yang lengkap bagi menyokong organ badan menghasilkan lebih banyak tenaga dan bekerja dengan efektif. Alfalfa juga membekalkan kandungan fiber kepada bakteria baik di dalam usus. Sebagai hasil, bakteria baik ini akan menghasilkan short-chain fatty acids (SCFAs) yang boleh membekalkan 5 hingga 8% tenaga yang diperlukan badan setiap hari. Semua faktor ini menjadi penyumbang tentang bagaimana alfalfa membantu meningkatkan tenaga dan mengekalkan tenaga untuk bekerja lebih lama.
Membantu Masalah Resdung, Allergik dan Asma
Alfalfa memiliki ciri anti-histamin. Oleh sebab itu ia membantu untuk masalah resdung, allergik dan juga asma yang merupakan antara keadaan yang memerlukan anti-histamin. Jika awak mencari alternatif semulajadi anti-histamin bagi masalah resdung, allergik dan asma, awak boleh mencuba supplement Alfalfa Complex dari Shaklee.
Mengurangkan Keradangan
Sifat antioksidan yang ada dalam alfalfa boleh mengurangkan masalah berkaitan keradangan yang sentiasa menjadi isu utama untuk penyakit. Masalah radang yang serius boleh menyebabkan kanser, dan kesakitan berkaitan sendi serta menganggu sistem penghadaman dan pelbagai masalah lain lagi. Dengan mengambil makanan yang bersifat anti-radang seperti alfalfa, ia boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan awak serta mengurangkan masalah keradangan jika awak memang dah ada masalah berkaitan radang.
Diuretik Semulajadi
Alfalfa bertindak sebagai diuretik medium, yang bermaksud ia bantu untuk keluarkan air berlebihan dari badan, serta meringankan beban hati dan buah pinggang untuk melakukan kerja mereka. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah water retention, yang biasanya berpunca akibat pengambilan garam atau sodium berlebihan dan pengambilan ubat-ubatan tertentu. Alfalfa juga baik untuk membantu masalah jangkitan fungus, masalah pembesaran prostat dan masalah jangkitan pundi kencing.
Menurunkan Berat Badan
Sifat alfalfa yang bertindak sebagai ejen detoks membantu awak untuk kurus. Dengan pengambilan alfalfa, awak akan cepat rasa kenyang dan perut penuh.
Mengawal Paras Kolestrol
Telah terdapat pelbagai kajian yang membuktikan keberkesanan alfalfa di dalam mengawal paras kolestrol dalam darah. Dalam sebuah kajian menunjukkan alfalfa memiliki ciri antiatherosclerotic.
Tambah Susu Badan
Ibu menyusu yang mengambil alfalfa mengalami kenaikan dari segi kualiti dan kuantiti susu badan. Alfalfa bertindak sebagai milkbooster bagi ibu yang menyusu badan.
Alfalfa Complex Shaklee
Supplement alfalfa daripada Shaklee – Baca Selanjutnya di sini
Nak cari supplement alfalfa, Shaklee ada untuk awak. Manfaatnya sama seperti yang awak baca dari atas.
