kesan gdm kencing manis semasa mengandung kepada bayi

7 Kesan GDM Kepada Bayi: Ibu Wajib Tahu

Kencing manis ketika mengandung, boleh memberi kemungkinan komplikasi ke atas bayi sama ada ketika dalam, semasa atau selepas melahirkan. Disebabkan itu, untuk anda yang ada gestational diabetes mellitus (GDM), sentiasa dinasihatkan untuk berusaha kawal paras gula dalam darah bagi mengurangkan risiko kesan GDM terjadi ke atas bayi anda.

1. Kecacatan Pada Bayi

Antara masalah kecacatan yang boleh terjadi ke atas bayi yang di kandung dalam keadaan ibu ada kencing manis ialah spina bifida, tiada tempurung kepala sebahagian atau sepenuhnya dan caudal dysplasia. 

 

Anda disarankan untuk menjalankan detailed scan bagi mengetahui lebih awal seandainya anak anda memiliki masalah kecacatan atau tidak. Waktu detail scan yang disarankan adalah bermula 20 minggu hingga 24 minggu kehamilan.

2. Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran pra-matang ialah apabila anda melahirkan bayi sebelum kandungan mencapai usia 37 minggu. Tahap gula dalam darah yang melebihi paras normal akan mengakibatkan bayi hasilkan air kencing berlebihan yang akhirnya menyebabkan jumlah air ketuban meningkat. 

 

Air ketuban yang berlebihan (polyhydroamnios) ini boleh membawa kepada risiko bersalin sebelum waktunya. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan pra-matang terdedah dengan risiko kesihatan lain antaranya ialah masalah berkaitan pernafasan.

3. Bayi Besar Dari Biasa

Makrosomia berlaku ketika bayi didapati lebih besar saiznya berbanding saiz normal. Terdapat pelbagai masalah yang dikaitkan apabila bayi anda terlalu besar antaranya adalah anda berisiko untuk bersalin secara czer. Malah jika anda boleh bersalin normal, dikhuatiri berlaku keadaan seperti bahu bayi tersangkut ketika bersalin. Perkara ini akan menyebabkan anda boleh mengalami trauma ketika bersalin.

 

Pakar Obstektrik dan Ginekologi daripada Hospital Pantai Ampang, Dr Sai Sudha Ram Moorthi berkongsi pengalaman, bayi paling berat beliau pernah sambut adalah seberat 5.7 kilogram! 

4. Kematian Bayi

GDM ketika hamil meningkatkan risiko kematian bayi dalam perut secara tiba-tiba.

5. Bayi Kurang Gula

Hypoglycemia boleh berlaku kepada bayi anda sebaik sahaja selepas dilahirkan. Masa dalam perut, bayi anda dapat bekalan gula yang tinggi. Jadi apabila lepas lahir, dia dah tak dapat bekalan macam biasa yang membawa kepada masalah hypo atau gula dalam darah bayi anda rendah dari kebiasaan. Jika terlalu rendah, bayi anda berkemungkinan akan diberikan glukos secara intravena.

6. Kurang Kalsium dan Magnesium

Bayi yang ibu-nya ada kencing manis semasa mengandung boleh ada ketidakseimbangan elektrolit. Bacaan serum kalsium dan magnesium yang rendah membawa kepada hypocalcemia dan hypomagnesemia. Perkara ini turut sama melambatkan sintesis hormon paratiroid anak anda.

7. Kencing Manis Muda

Anak anda terdedah dengan lebih tinggi risiko untuk mendapat diabetes dalam kehidupannya kelak. Berpunca daripada genetik dan kawalan diabetes itu sendiri ketika anda mengandung.

 

Kawal Paras Gula Dalam Darah Hari Ini

Diet yang sihat sangat diperlukan untuk anda yang ada GDM semasa mengandung. Jika anda tidak boleh kawal dengan baik pemakanan, maka doktor boleh memberikan arahan untuk anda mula ambil ubat atau cucuk insulin.

 

 

Set Hamil Shaklee boleh membantu anda untuk mengawal paras gula dalam darah ketika mengandung. 

Testimoni Set Hamil Shaklee GDM Masa Mengandung

Paras bacaan BSP yang normal untuk ibu kencing manis semasa mengandung ialah di bawah 5.3 mmol/l untuk sebelum makan dan tidak melebihi 6.7 mmol/l bagi 2 jam selepas makan.

 

Puan Azura berkongsi sebagai testimoni set hamil Shaklee – Ketika ada GDM semasa mengandung, beliau amalkan Set Hamil Shaklee dan bacaan gulanya terkawal di bawah paras 6 mmol/l.

Untuk anda yang berminat nak mengetahui lebih details mengenai Set Hamil Shaklee bagi membantu kawal masalah paras gula dalam darah ketika mengandung, boleh hubungi Syaza melalui WhatsApp hari ini >> Klik untuk WhatsApp

(Visited 67 times, 1 visits today)

10 Comments

  1. Nasib baik zaman tu (preggy) dah berlalu. Hihi.

    Moga ibu2 preggy semua dilindungi Allah dan diberi kesihatan yg baik. Aamiin.

    • Syaza

      Best nye, zaman dah berlalu ek ^^ Takpe lepas ni boleh upgrade pangkat jadi nenek, turunkan ilmu kat anak or menantu pula 😀

    • Syaza

      Yer betul tu. Mommy kena always jaga diri for baby and diri sendiri ^^

Leave a Reply