Ketahui 7 Kelebihan Zink Untuk Wanita Hari Ini

Mineral penting zink diperlukan wanita untuk kekal sihat. Walaupun keperluan zink ini cuma sedikit, tapi ia mampu untuk berikan banyak kebaikan.
7 Kebaikan Zinc Untuk Wanita
1. Rambut Kuat dan Berkilau
Zink diperlukan bagi pertumbuhan sel, menyokong penghasilan sel yang optimum. Struktur rambut menjadi lebih kuat dengan kecukupan pengambilan zink dalam kehidupan harian wanita. Malah ia turut menyumbang untuk proses folikel rambut yang sihat selain daripada mempercepat penghasilan folikel rambut. Masalah rambut gugur dapat dielakkan dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
2. Kulit Cantik dan Berseri
Sifat zink yang anti keradangan membantu mencegah masalah kulit akibat radang seperti jerawat. Ia meninggalkan kulit yang berseri dengan meningkatkan pembaharuan sel serta mempercepat penyembuhan luka pada kulit seperti kesan luka selepas memicit jerawat.
3. Permulaan yang Sihat
Zink bekerja bersama dengan enzim lain untuk mengekalkan taraf kesihatan sistem reproduktif untuk wanita. Ia membantu mengawal hormon, memudahkan pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal. Selain itu, ia juga membantu untuk pergerakan telur menuju ke rahim bagi proses penempelan,
4. Tidur Lena dan Nyenyak
Dengan tidur yang lebih nyenyak, badan wanita boleh berehat dan kembali bertenaga. Zink membantu di dalam menggalakkan serta mengawal cara tidur yang lebih sihat. Selain itu ia memberi tidur yang lena (deep sleep) untuk kesegaran dan menjadi aktif, setiap hari!
5. Meningkatkan Memori dan Pemelajaran
Pusat memori dan pemelajaran otak iaitu hipokampus mempunyai tahap zink tertinggi. Ia meningkatkan komunikasi di antara neuron bagi tujuan pemprosesan maklumat yang lebih cekap selain daripada melindungi saraf dan tisu otak.
6. Mempercepat Sembuh Luka
Zink memainkan peranan penting dala sistem pertahanan imun tubuh badan, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru serta mengelakkan jangkitan pada luka. Ia mengekalkan ketahanan dan struktur kulit. Selain itu zink menghasilkan protein dan kolagen yang bertanggungjawab untuk tujuan penyembuhan luka. Bagi pembekuan darah, zink memainkan peranan yang sangat penting untuk ini.
7. Meningkatkan Tenaga dan Stamina
Zink menukarkan makanan menjadi tenaga supaya wanita dapat menikmati dan menjalani hari dengan sistem stamina di tahap paling opimum. Ia juga meningkatkan prestasi suka serta memberi galakan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.
Perlukan suplemen zink? Dapatkan Zinc Plus Shaklee hari ini. Baca selanjutnya Fungsi, Kebaikan dan Keistimewaan Zinc Plus Shaklee. Hubungi Syaza di talian 0187684817 bagi maklumat lanjut.

Categories:

8 thoughts on “Ketahui 7 Kelebihan Zink Untuk Wanita Hari Ini”

  1. norhidana says:

    macam2 kelebihan zink ni rupanya ya… tang untuk tidur nyeyak itu paling utama tu

  2. Ana Jingga says:

    patutlah kekurangan zink ni ada kesan nya pada kita kan syaza 🙁

  3. Cik Itah says:

    great info!

  4. anakdenesor says:

    betul zinc bagus untuk rambut..cuma tak pernah lagi try shaklee punya

  5. Atul Hamid says:

    oo….taknak bagi rambut gugur kena amalkan zinc.

    Syaza, akak ada tag syaza untuk Giveaway. Tengok kat sini ya

    atulhamid.com/2019/11/new-years-giveaway-by-eikin-sofi.html

  6. hasliynda umairah beauty says:

    thanks sharing
    terbaik

  7. AmyZana says:

    Nombor satu tu nampak menarik sebab rambut saya tak kuat rasanya sebab asyik gugur ^^'

  8. Azhafizah MN says:

    Bagus betul kalau amalkan makan zink Shaklee ni ye. Dulu pernah beli, tapi tak konsisten makan. Sudahnya ada balance tu tak makan sampai expired..huhu..rugi betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge