Idea Menu Sahur Sihat | Adakah anda ingin bersahur tetapi perlukan sebuah menu yang sihat, padat dengan nutrisi tetapi dalam masa yang cepat di buat? Dalam entri ini akan dikongsikan 30 Idea Menu Sahur Sihat untuk anda. Resepi menu ini juga sesuai untuk anda yang ingin turunkan berat badan ketika puasa.
Menu Idea Sahur Sihat: Selain Nasi
1. Roti Bakar Wholemeal bersama Peanut Butter
Sediakan roti dari jenis wholemeal kerana roti putih tidak memberikan anda rasa kenyang yang lama kerana indeks glisemik nya sangat tinggi. Oleh itu, pilih roti wholemeal atau wholegrain.
Hanya perlu bakar dan sapu bersama peanut butter pilihan anda. Siap!
2. Macaroni Rebus Ayam Racik
Rebus macaroni bersama ayam. Kemudian tos macaroni dan racik ayam, sedia untuk di makan. Lebihkan protein dalam hidangan supaya anda rasa kenyang yang lagi lama.
3. Wholemeal Wrap Pisang
Kalau atas tadi roti wholemeal, yang ini pula wrap. Anda boleh pilih juga wrap jenis wholemeal. Hanya perlu panaskan sebentar atas kuali dalam masa 60 saat bagi kedua bahagian wrap.
Kemudian, sapu wrap tadi dengan peanut butter dan balutkan wrap yang dah di sapu peanut butter dengan pisang. Siap!
4. Telur Separuh Masak
Rebus 2 biji telur separuh masak. Makan bersama kicap, lada sulah dan lada hitam. Atau boleh juga ambil kosong begitu sahaja.
5. Salad Tuna
Basuh salad dengan bersih. Balutkan salad bersama tuna yang dalam tin dan sedia untuk di makan.
6. Sup Sawi Ayam
Tumis bawang putih dan bawang kecil. Bila wangi, masukkan air. Kemudian tunggu mendidih dan masukkan sawi. Banyakkan sawi bersama ayam untuk kenyang lebih lama.
7. Protein Shake
Masukkan 1 scoop ESP ke dalam shaker bersama 1 scoop Cinch Shake Chocolate. Goncang shaker sampai ESP dan Cinch larut. Sedia untuk di minum, bertenaga sepanjang hari.
8. Roti Bakar Bersama Telur Soft Boiled
Bakar roti dengan tempat bakar roti. Rebus telur sampai soft boiled sahaja. Pecahkan telur di atas roti, perasakan dengan lada sulah dan lada hitam jika nak.
9. Overnight Oat
Guna rolled oat. Masukkan setengah cawan rolled oat dalam bekas mason jar, diikuti dengan susu setengah cawan juga. Tambahkan madu dan garam. Gaul sekata.
Untuk rasa kenyang lama dan lebih bertenaga, masukkan protein ESP Shaklee bersama Cinch Shake Chocolate.
Biarkan semalaman dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di makan.
Semasa bersahur, letak topping atas overnight oat dengan buah-buahan yang anda suka atau kismis dan kurma.
Sunnah Makan Bersahur
Sahur terbaik gaya Rasulullah SAW adalah disertai dengan buah kurma. Oleh itu, disarankan jika anda follow menu idea sahur sihat di atas, sertakan sekali bersama kurma sekurang-kurangnya ambil 1 biji untuk mendapatkan sunnah bersahur bersama kurma.
Yang penting, malas macam mana sekalipun tetaplah bersahur walau sekadar tegukan air. Sebab beza antara puasa orang islam dengan puasa yahudi nasrani ialah makan sahur.
Kalau nak sahur yang 5 minit je dah siap, boleh tengok di bawah.
Video Tutorial cara Bancuh Cinch Shake Bersama ESP Shaklee
Sahur 5 Minit: Set Sahur Shaklee
Berpuasa dengan Set Sahur Shaklee dari Set Puasa Shaklee, cepat siap, senang nak buat. Bukan itu sahaja, ia juga lengkap untuk memenuhi nutrisi harian anda sepanjang berpuasa.
Selain itu, antara manfaat lain yang anda boleh dapatkan dari Set Sahur Shaklee ini adalah:
- Membantu masalah jerawat
- Membantu masalah parut jerawat
- Mencerahkan kulit
- Samaratakan tona kulit
- Membantu turunkan berat badan
- Memberikan rasa kenyang lebih lama
- Membantu sebagai milkbooster ibu menyusu yang puasa
- Memberikan tenaga sepanjang berpuasa
- Membantu masalah gastrik
- Membantu kawalan gula dalam darah
- Membantu mengurangkan masalah kolestrol
Apa Kata Mereka Yang Menggunakan Set Sahur Shaklee
Testimoni Set Sahur Shaklee
Sejak kenal ESP Shaklee dan Cinch Shaklee, tak pernah tukar menu sahur. Sedap pun sedap. Bantu sangat untuk tenaga and paling penting, no more gastrik pedih perut! Berat pun senang turun sepanjang Ramadhan.
Anda berminat dengan Set Sahur Shaklee? Boleh dapatkan hari ini dengan Syaza. Klik di sini untuk WhatsApp bagi maklumat lanjut.
[…] Anda Mungkin Meminati >> 9 Menu Idea Sahur Sihat Selain Nasi […]