Panggilan Lain Yang Lebih Sopan dari “Sis” Saya Terpikat!

Dunia hari ini kadang-kadang menyebabkan kita agak terbatas untuk berfikir dan address seseorang dengan gelaran yang lebih sopan terutama apabila kita tidak tahu nama mereka. Jalan singkat kita lebih gemar panggil gelaran “Sis”. Kerana ia sudah seperti kebiasaan di masa kini.
Kadang tu tak kisahlah dan tak tahu pun orang tu perempuan atau lelaki semua kita pakai taram panggil “Sis”. Hahaha. Sekali rupanya lelaki dah hehehe.
Ada juga yang memanggil lelaki dengan gelaran “Abang”. Bagi rakyat Malaysia terutama berbangsa Melayu, “Abang” ini ialah panggilan kasih sayang. Jadi mungkin sekiranya kita address dengan panggilan ini, ada hati yang tak suka contohnya isteri mereka sudah tentu! Hihihi.

Ada ke isteri yang suka perempuan lain panggil suami mereka “Abang”? Ya mungkin ada sekiranya mereka juga jenis perempuan yang gemar memanggil lelaki selain suami mereka gelaran tersebut. 

Untuk golongan wanita dan perempuan pula, kita memang suka address dengan panggilan “Sis”. Singkatan kepada sister. Dah macam biara di gereja pula haha. Sister semestinya maksud dalam BM beerti Kakak Perempuan atau Adik Perempuan.
Sebenarnya kalau nak tahu ada panggilan lain yang lebih sopan dan membuatkan orang tertarik dengan kesopanan kita ni tau. Tips ni sangat sesuai kita guna di mana sahaja, tempat kerja, waktu jumpa klien, berinteraksi bersama pelanggan di medium online dan lain-lain. 
Panggilan Sopan Buat Mereka yang Kita Belum Rapat dan Kenal

  • Cik
  • Cik Puan
  • Tuan
  • Puan
  • Encik
  • Miss
  • Mrs
Jika kita risau tak tahu sama ada orang tersebut lelaki atau perempuan atau dah kahwin atau belum, jalan paling selamat pilihlah gelaran Cik. Nanti kalau kita salah tuan badan betulkan lah, hehehe. “Eh saya Puan, dah kahwin,” 🙂

Jom kita guna gelaran yang lebih sopan selain daripada hanya ber-sis-sis. Dan ber-abang-abang. 🙌😋

Categories:

4 thoughts on “Panggilan Lain Yang Lebih Sopan dari “Sis” Saya Terpikat!”

  1. Seri Kandi Di Tanah Jauhar says:

    Kalau panggil Cik kena sebut Chek, karang kalau sebut CIK bunyinya macam Acik (makcik) plak, hahahaha

  2. Vitamin Syaza (VS) says:

    Kih kih kih. Betul juga tu. Tapi nak buat macam mana dalam penulisan Bahasa Melayu surat menyurat semua memang Cik kebiasannya hahaha. Makcik tetap cantik macam Cik~ Gituuu xD

  3. Mrs. A says:

    Sis kurang sopan ek! huhuhuu…
    Mrs. A suka pulak guna perkataan Sis tu tapi dikalangan kawan-kawan dan di IG gitteww…

  4. Vitamin Syaza (VS) says:

    Hihi Syaza pun kadang-kadang guna je juga 🙂 Tengok keadaan keselesaan orang yang Syaza panggil tu camner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge