Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama Posted on 27/09/2018 Tahniah, syukur alhamdulillah kepada mommies yang sedang tersenyum kegembiraan tika ini meraikan kandungan yang sedang membesar dengan baik di dalam rahim. Sesungguhnya, tiada yang lebih gembira lebih dari mendapat khabar dari Allah akan menjadi seorang ibu kelak. 😍 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.”(Al- mu’minun : 12) ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ “Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).”(Al- mu’minun : 13) ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ “Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”(Al- mu’minun : 14) Jom kita tengok, apa yang berlaku waktu trimester pertama ni. “Hai adik baby, buat apa tu dalam perut ibu?” 😇 Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama Trimester pertama merujuk kepada kehamilan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan. Syaza akan kongsikan perkembangan bayi kita bermula dari bulan pertama hingga bulan ketiga. Bulan 1 Jantung mula terbentuk. Bayi kita mula membentuk tiub neural. Waktu ini adalah waktu yang paling kritikal dan para ibu sekalian WAJIB mengamalkan asid folik bagi mengelakkan masalah kecacatan tiub neural. Banyak kajian dan nasihat dari pengamal kesihatan sendiri, akan kepentingan asid folik bagi mengatasi dan mengelakkan masalah kecacatan tiub neural. Akibat dari kecacatan ini hanya ialah spina bifida. Tips Pastikan para ibu konsisten mengambil asid folik bagi elak kecatatan pada tiub neural Baca selanjutnya >> Set Hamil Terbaik Pilihan Hati Mommy Sepanjang Zaman Bulan 2 Ratusan sel otak bayi sedang terbentuk setiap minit. Tulang rangkanya juga sedang terbentuk. Tips : Pantau pengambilan protein mencukupi setiap hari untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang pesat Ambil lemak sihat untuk asas kepada tisu baru Konsisten kalsium bagi menyokong perkembangan tulang rangka Bulan 3 Sebahagian besar organ sudah terbentuk, termasuk mata. Tips : Vitamin B6 diperlukan bagi melegakan mabuk hamil Asid lemak omega-3 untuk menyokong perkembangan mata dan otak kalsium bagi melegakan dan mengatasi sembelit Baca selanjutnya >> Set Hamil Terbaik Pilihan Hati Mommy Sepanjang Zaman Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Promosi Shaklee April 2020 Posted on 02/04/2020 Mengumumkan ketibaan bulan keempat dalam tahun 2020 iaitu April. Sekejap je dah masuk bulan keempat. Macam mana dengan perkembangan kehidupan masing-masing hari ini? Bertambah baik, atau masih di tahap yang sama? Walau apa pun mulakan bulan baru dengan ucapan penuh kesyukuran kerana di sebalik ujian dunia menghadapi wabak pandemik novel… Read More
Uncategorized 10 Artis Popular Mati Akibat Kemurungan Posted on 25/10/2018 Ada banyak kes-kes yang melibatkan bunuh diri dan juga bunuh orang lain akibat kesan kemurungan melampau. Please, jangan ambil remeh kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau kenalan kita yang kita lihat ada tanda-tanda murung ni. Hulurkan bantuan untuk dengari mereka. Tips berhadapan dengan pesakit murung: Banyakkan mendengar Elak judge dan… Read More
Uncategorized Koleksi Testimoni Collagen Plus Powder Shaklee Posted on 03/05/202001/07/2022 Last updated on July 1st, 2022 at 07:29 amCollagen Plus Powder Shaklee ada pelbagai manfaat dan fungsi yang bukan sahaja untuk kecantikan kulit, bahkan ia memberi manfaat kesihatan yang lain seperti kekuatan sendi dan otot. Jom kita tengok dan lihat sendiri Testimoni Para Pengguna Collagen Plus Powder Shaklee dengan pelbagai… Read More
kuasa allah kan… dari segumpal darah menjadi manusia bernyawa… syg nya ramai yg ingkar daripada bersyukur… Log in to Reply