Fungsi Manfaat Kebaikan Kelebihan Testimoni Cara Guna Pomifera Shaklee

Pomifera Skincare: Fungsi, Manfaat dan Cara Guna

Kebaikan, Manfaat, Fungsi dan Cara Guna serta Testimoni Pomifera Shaklee | Pomifera merupakan produk penjagaan muka yang akan melengkapkan lagi skincare anda yang sedia ada. Skincare yang basic mengandungi pencuci muka, toner, pelembap siang dan malam serta pelindung matahari (sunscreen). 

 

Manakala Pomifera pula wujud dalam bentuk sebagai unuk menanggalkan kotoran, make up, exfoliator, dan booster untuk kulit yang lebih berseri dan glowing. 

 

Dalam entri ini, Syaza akan berkongsi mengenai fungsi dan manfaat setiap satu produk Pomifera Shaklee dan secara asas bagaimana cara menggunakannya bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Minimalist Skincare: Tulen dan Ringkas

Pomifera merupakan produk penjagaan kulit yang minimalis, Penuh dengan kebaikan semulajadi dari Minyak Pomifera. Sesuai untuk lengkapkan rutin penjagaan kulit harian anda bagi mendapatkan kulit yang sihat dan berseri.

4 Kelebihan Utama Pomifera

1. Berkesan

Diformulasikan dengan Minyak Pomifera daripada sumber botani yang tulen, dan terbukti untuk hasil sebenar yang anda boleh lihat dan rasai sendiri perbezaanya.

 

Pomifera bebas sepenuhnya dari paraben dan 100% vegan.

2. Ringkas

Penjagaan kulit minimalis ini boleh anda gabungkan dengan mudah ke dalam rutin harian skincare anda.

 

Pomifera bebas dari pewangi (no fragrance).

3. Tulen dan Selamat

Pomifera hanya menggunakan bahan botani dan bebas daripada bahan tambahan, bebas bahan kimia serta tiada pengawet yang berbhaya.

 

Pomifera bebas sepenuhnya dari sulfat (sulphate free).

4. Sumber Yang Mantap

Minyak Pomifera diperoleh dengan cara terbaik dan dimanfaatkan semula untuk memberi hasil yang baik. Bukan sahaja untuk wajah anda tetapi memberikan kesan positif kepada alam dan masyarakat dari segi cara penghasilannya.

 

Pomifera bebas daripada sebarang kandungan dalam bentuk hormon.

Masalah Kulit Rakyat Malaysia

Di Malaysia terdapat 4 jenis masalah kulit yang biasa berlaku iaitu:

  1. Blackhead dan whitehead
  2. Liang pori yang besar dan/atau terbuka
  3. Kulit berjerawat
  4. Kulit kasar atau/dan tona tidak sekata

Masalah kulit ini semuanya bermula daripada penjagaan wajah yang tidak betul, tidak lengkap dan tidak dijalankan secara teratur. Punca awal bermula daripada masalah liang pori yang tersumbat kerana liang pori tersebut adalah besar dan terbuka. 

 

Akhirnya ia akan mengakibatkan masalah seperti blackhead dan whitehead. Kedua-dua jenis jerawat yang ringan ini, andai anda gagal kawal dengan baik akan menyebabkan pula masalah jerawat yang menyakitkan atau jenis yang ada ‘isi’ berwarna putih kerana sudah ada infeksi dalam jerawat tersebut.

 

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu memastikan kulit wajah anda dibersihkan dengan sepenuhnya. Untuk pembersihan wajah, mencuci muka sahaja tidak cukup sebenarnya. Anda perlu melakukan kerja membuang sel kulit mati 2-3 kali seminggu dan menggunakan penjagaan muka dalam bentuk treatment seperti serum dan lain-lain. 

 

Selain itu, proses ini juga penting bagi menentukan sama ada skincare yang anda pakai dapat di serap dengan baik atau tidak. Jika kulit ana kaya dengan sel kulit mati yang tidak dibersihkan dengan baik, maka penyerapan skincare yang anda sedang gunakan tidak dapat dijalankan dengan baik.

 

Oleh itu, untuk mengatasi masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas – anda boleh menggunakan Pomifera dari Shaklee bagi melengkapkan lagi rutin penjagaan wajah anda agar penyerapan skincare lain anda akan jadi betambah efektif. Wajah anda boleh menjadi berseri dan glowing.

Rangkaian Produk Pomifera Shaklee

Dalam Pomifera, terdapat 4 produk utama iaitu:

  1. ERASE: Purifying Pre-Cleanse (59 ml)
  2. STIMULATE: Exfoliant Cleanser (118 ml)
  3. CLARIFY: Exfoliant Serum (30 ml)
  4. PURE: Anti-aging Serum & Complete Moisturizer (30 ml)

1. Fungsi ERASE: Purifying Pre-Cleanse

ERASE diformulasi dalam keadaan bebas minyak yang berfungsi untuk menanggalkan kekotoran dan solekan degil dengan mudah. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit. ERASE membersihkan wajah anda dengan lembut. Selain itu, produk ERASE Pomifera ini turut memberikan kelembapan secara mendalam ketika anda tanggalkan kotoran dan solekan degil tadi. ERASE mengandungi Vitamin E yang akan melembapkan kulit anda selepas menggunakannya.

 

Cara penggunaan: Guna apabila perlu sahaja terutama bagi menanggalkan kotoran dan make up yang tebal. Boleh digunakan dengan kapas muka atau hanya perlu spray terus di muka dan larutkan dengan baik. Bilas muka selepas menggunakannya.

2. Fungsi STIMULATE: Exfoliant Cleanser

STIMULATE ialah physical exfoliator yang mengandungi jojoba seeds dan minyak pati pudina. Fungsi utamanya adalah untuk menghaluskan kulit secara lembut dan melegakan jerawat. Exfoliant Cleanser ini juga berfungsi untuk menyegarkan, membersihkan dan menenangkan iritasi yang terjadi kerana jerawat. Selain itu, STIMULATE Pomifera bertujuan untuk menanggalkan sel kulit mati di bahagian lapisan luar kulit dan menjadikan kulit lebih bersih serta halus.

 

Cara Penggunaan: Guna 2-3 kali seminggu sebanyak 1-2 pam sekali pakai selepas membersihkan muka (double cleansing). Gosokkan dengan lembut menggunakan jari ke seluruh muka. Bilas selepas menggunakannya.

3. Fungsi CLARIFY: Exfoliant Serum

Selepas anda menggunakan physical exfoliator iaitu STIMULATE tadi, anda hendaklah melengkapkan proses membuang sel kulit mati dengan chemical exfoliator ini. 

 

Walaupun namanya ‘chemical’, namun anda jangan risau kerana ia mengandungi bahan ‘chemical’ yang di ekstrak melalui bahan semulajadi. Dalam Pomifera, bahan semulajadi yang digunakan adalah daripada buah Pomifera itu sendiri.

 

Bahan utama dalam CLARIFY Exfoliant Serum adalah asid glikolik, asid laktik dan asid hidroksi beta (BHA). CLARIFY berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati sehingga ke lapisan dalam kulit. Oleh sebab itu, anda perlu gabungkan dalam satu masa penggunaan physical dan chemical exfoliator ini, bagi memastikan wajah anda benar-benar bersih daripada sebarang sel kulit mati. Proses ini penting untuk menyerap segala kebaikan skincare yang anda pakai selepasnya iaitu toner, pelembap siang dan malam serta sunscreen.

 

Selain itu, CLARIFY berfungsi untuk membersihkan dan mengecilkan penampakan liang pori yang besar dan terbuka di wajah anda. Anda juga akan mendapati selepas menggunakannya ia dapat mengurangkan minyak dan cela pada kulit anda. CLARIFY Pomifera turut memiliki fungsi bagi melembapkan dan melembutkan kulit. Exfoliant serum ini boleh mengurangkan kekusaman wajah dan kawal masalah kulit berminyak untuk yang kulit jenis berminyak atau kombinasi.

 

Cara Penggunaan: Guna 2-3 minggu sekali selepas menggunakan STIMULATE. Titis atas muka atau telapak tangan, dan gosokkan dengan lembut bagi melarutkan sel kulit mati.Biarkan selama 3 hingga 7 minit di atas muka sebelum membilasnya. 

4. Fungsi PURE: Anti-aging Serum & Complete Moisturizer

PURE ialah produk Pomifera yang 100% dihasilkan sepenuhnya daripada minyak Pomifera tanpa ada sebarang tambahan termasuklah air. PURE terbukti secara klinikal memberikan kesan glowing seawal 4 minggu penggunaan*. Serum mudah serap ini digabungkan dengan anti mikrob dan anti radang untuk wajah yang lembap, licin dan halus. 

 

Serum PURE terbukti dapat mengurangkan hiperpigmentasi, tompok usia, dan kedutan sama ada kedutan dalam, yang baru nak timbul atau garis halus. Produk ini boleh memudarkan parut jerawat.

 

Cara Penggunaan: Selepas anda gunakan toner, anda boleh gabungkan titisan PURE bersama pelembap siang atau malam anda, dan seratakan di seluruh muka seperti biasa. 

*Sumber: Kajian Makmal Klinikal Pihak Ketiga ke atas Minyak Pomifera | Keputusan Percubaan Klinikal Rawak Keputusan yang diukur telah disahkan dengan selang keyakinan >95% apabila 0.75 ml minyak Pomifera di sapu dua kali sehari.

Bahan Utama Skincare Pomifera

Produk Pomifera didapati daripada biji buah Maclura Pomifera melalui proses pengekstrakan perahan sejuk untuk kekalkan keberkesanannya. Pomifera lengkap dengan omega-6, antioksidan dan bioaktif.

 

Minyak yang tulen dan ringan serta cepat meresap dalam kulit ini memberikan kesan untuk kulit yang lebih sihat dan berseri. Berikut ialah fungsi bahan-bahan utama yan terhasil dari minyak Pomifera dalam Pomifera ini:

 

Fungsi Omega-6

  • Menggalakkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keseimbangan kandungan kelembapan kulit

Fungsi Fosfolipid

  • Mencegah kehilangan kelembapan agar kulit menjadi gebu

Fungsi Bioflavonoid

  • Menyokong penghasilan kolagen
  • Mengurangkan tanda penuaan 
  • Melindungi lapisan luar kulit

Testimoni Pomifera Shaklee

Pomifera adalah booster untuk anda! Gabungkan dengan YOUTH Skincare bagi hasil lebih mantap.

Testimoni Pomifera Shaklee
Testimoni Pomifera Shaklee
Testimoni Pomifera Shaklee
Testimoni Pomifera Shaklee

Dapatkan Pomifera Sekarang

WhatsApp Syaza untuk mendapatkan Pomifera anda sekarang (special price for you)klik untuk wassap.

(Visited 101 times, 1 visits today)

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *