Sebelah Muka Je Jadi Tua!

William McElligott, berusia 69 tahun telah disahkan terkena sindrom UNILATERAL DERMATOHELIOSIS. Beliau merupakan seorang pemandu lori dan kulit muka di sebelah kirinya selalu terdedah kepada matahari (melalui tingkap lori) selama 28 tahun!

Unilateral bermaksud, bahagian sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan. Manakala Dermatoheliosis bermaksud proses penuaan kulit disebabkan sinaran UV (photoaging). Perubahan kulit akibat proses penuaan kesan dari sinaran UV yang hanya terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

Kesimpulannya, marilah kita melindungi kulit kita dari terkena penuaan awal kesan sinaran UV dengan cara menggunakan pelindung tabir suria atau sunscreen protector sama ada ketika di dalam atau di luar rumah. 

Categories:

12 thoughts on “Sebelah Muka Je Jadi Tua!”

  1. Sis Lin says:

    Ngeri plak nengoknya Syaza, tapi tu laaaa kann kalau tak jaga akan gitulah huhuhu

  2. yeaslmn says:

    Uish takut plak tgok sebelah je. Mmg bahaya sinaran UV ni.

  3. norhidana says:

    begitu sekali ye, tp mmg kalau pergi kerja tanpa makeup mmg dlm masa seminggu tu rasa kulit kita lain je… kusam semacam

  4. Vitamin Syaza (VS) says:

    Betul tu akak kalau tak jaga memang gitu la. Kolagen pun makin lama makin drop. Kalau jaga dari awal, kulit lebih terjaga. Itu yang kadang boleh nampak, ada kawan kita sebaya kita tapi kulit dia lagi cantik sebab dia memang jaga regim penjagaan kulit dia luar dan dalam.

  5. Vitamin Syaza (VS) says:

    Kan, sebelah je. Memang, sinaran UV atau ultraviolet ray ni, kalau terlampau banyak dan berlebihan, dah biasa terdedah, boleh dapat risiko kanser kulit pulak. Nauzubillah.

  6. Vitamin Syaza (VS) says:

    Kan. At least kalau keluar rumah, ada Sunscreen pun dah ok. Sunscreen dengan bedak, sunscreen paling penting.

  7. anakdenesor says:

    uish baru tahu macam tu

  8. Tengku Sofia says:

    MasyaAllah takut tengok!

  9. Vitamin Syaza (VS) says:

    Itulah. Ilmu baru 🙂

  10. Mrs. A says:

    Uiks! begitu sekali kesan Uv tu.
    Seriau tengok sebab tu kena mencegah dari merawat kan…

  11. Vitamin Syaza (VS) says:

    Kan! Ngeri..~

  12. Vitamin Syaza (VS) says:

    Itulah. Sinaran matahari ni memang tak boleh buat main.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge