Set Kurus Shaklee: Kurus Tanpa Lapar

Set Kurus Shaklee: Kurus Tanpa Lapar

Last updated on February 23rd, 2023 at 10:34 am

Set Kurus Shaklee Fungsi, Manfaat, Kebaikan, Testimoni dan Harga| Obesiti dan masalah berat badan berlebihan adalah masalah yang banyak terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah mengikut fakta, Malaysia merupakan negara tertinggi yang ada banyak orang gemuk didalamnya! Oleh sebab itu Set Kurus Shaklee ada di sini untuk membantu anda realisasikan semula bagi dapatkan kembali berat badan yang ideal.

Berapa Berat Badan Yang Sesuai Untuk BMI Normal Anda?

Sebelum anda nak kurus, mari lihat berapakah jumlah berat badan yang perlu anda kurangkan sekarang. Caranya adalah dengan kira BMI. Berat anda dalam kilogram bahagikan dengan tinggi anda yang didarabkan dengan tinggi anda juga, keduanya dalam meter.

BMI = Berat (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

formula kira bmi set kurus shaklee
Formula kira Body Mass Index (BMI) Kredit: MySumber

Lihat carta di bawah untuk mengetahui berapakah BMI normal anda. Target berat badan yang bersesuaian untuk anda mendapatkan berat badan yang normal.

Terdapat banyak kelemahan apabila memiliki berat badan yang berlebihan antaranya adalah masalah kesihatan seperti kolestrol, kencing manis, darah tinggi. Selain itu, masalah seperti sering sakit tumit kaki, sakit lutut, kekejangan. Malah ada juga kaitan dengan masalah berkait emosi dan hormon tidak stabil. Pendek kata, gemuk dan penyakit berpisah tiada.

Result BMI Set Kurus Shaklee
Anda termasuk dalam kategori BMI yang mana hari ini? Berapa BMI yang anda target? Kredit: BodyCure Clinic

Set Kurus Shaklee Untuk Anda Yang Ingin Sihat, Cantik dan Kurus

Sekarang anda sudah tahu berapa berat badan yang ingin anda kurangkan selepas kira BMI di atas. Mari lihat Set Kurus Shaklee yang akan lebih bantu anda buang lemak berlebihan itu.

Tidak kira walau apa cara anda ingin menurunkan berat badan sama ada dengan menggunakan diet seperti suku suku separuh, atkin, kurang karbo mahu pun intermittent fasting – Set Kurus Shaklee boleh menyokong anda dalam perjalanan mendapatkan berat badan ideal.

6 Kelebihan Set Kurus Shaklee

Apakah hasil yang Set Kurus Shaklee boleh membantu anda? Ada 6 kelebihan yang boleh anda dapatkan daripadanya:

  1. Menurukan berat badan berlebihan
  2. Tambahbaik sistem penghadaman anda
  3. Tidak memberikan kesan geleber teruk selepas berat badan turun
  4. Kembalikan semula keyakinan anda
  5. Meningkatkan tenaga dan rasa lebih ceria
  6. Lebih fokus menjalankan tugas harian

Fungsi dan Manfaat Setiap Satu Produk Dalam Set Kurus Shaklee

set kurus shaklee poster

Ada 5 produk dalam Set Kurus Shaklee yang terbaik iaitu Cinch Shake Mix, Vivix, Herb-Lax, Lecithin dan Omega Guard. Cinch Shake Mix dan Vivix adalah dalam bentuk cecair / minuman. Selain daripadanya dalam bentuk tablet / softgel.

Produk #1: Cinch Shake Mix Shaklee - Bakar Lemak dan Bina Otot

FUNGSI SET KURUS SHAKLEE CINCH SHAKE

Cinch Shake Mix adalah minuman yang lazat daripada protein soya non-gmo yang boleh dijadikan meal replacement. Bermakna kalau anda minum Cinch Shake ini di pagi hari, anda tidak perlu lagi bersarapan kerana dah pun minum Cinch. Satu hidangan Cinch Shake bersamaan seperti hidangan nasi dengan lauk pauk lengkap.

Tetapi bezanya Cinch dengan nasi dan lauk pauk tadi adalah ia lebih rendah kalori dan rendah indeks glisemik. Cinch Shake Shaklee akan memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama serta tidak cepat buat gula anda naik dalam masa yang singkat.

  • Kebaikan satu hidangan penuh dalam minuman lazat dan berkhasiat
  • Boleh dijadikan meal replacement
  • Di tambah dengan leusina untuk mengelakkan kehilangan otot semasa turunkan berat badan
  • Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting untuk manfaat badan anda

Tonton Video Ibu Menyusu Boleh atau Tidak Ambil Cinch Shake Shaklee

CINCH SHAKE SHAKLEE
Anda suka flavour yang mana? 🙂

Selain itu, Cinch Shake Shaklee mengandungi kandungan leusina (leucine) yang berfungsi untuk mengelakkan daripada otot anda turut sama turun apabila menurun berat badan.

Anda mahu bila berat badan turun, biarlah lemak yang hilang, bukan otot. Ini kerana kalau otot yang turun, maka hasilnya adalah apabila anda hilang berat badan, kulit anda tidak pejal malah akan semakin menggeleber! Disinilah pentingnya Cinch Shake Mix yang akan membantu anda hanya kehilangan lemak sahaja, bukan sekali dengan berat otot.

Cinch Shake Mix ada 3 pilihan perisa iaitu Cafe Latte, Vanilla dan Coklat! Anda tidak usah ragu-ragu mengambilnya walaupun dia berperisa, tetapi semuanya bebas gluten, rendah glisemik, non-gmo dan tidak ada sebarang pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

Produk #2: Omega Guard - Meningkatkan Metabolisma Badan

FUNGSI SET KURUS SHAKLEE OMEGA GUARD

Lebih tinggi metabolisma badan anda, lebih banyak kalori yang anda bakar dan lebih mudah untuk anda kurangkan berat badan serta mengekalkannya. Dalam sebuah kajian kecil mendapati, apabila orang muda dewasa mengambil 6 gram minyak ikan dalam sehari untuk 12 minggu, kadar metabolisma badan mereka meningkat sebanyak 3.8%!

Inilah fungsi utama minyak ikan Omega Guard dari Shaklee yang dapat meningkatkan metabolisma badan anda supaya anda boleh bakar lebih banyak kalori dan mudah untuk proses penurunan berat badan berlaku.

  • Membantu wujudnya inch loss
  • Mengurangkan lemak terutama di kawasan abdomen / perut
  • Membekalkan asid lemak penting omega-3 yang memiliki gred tahap farmaseutikal berspektrum luas
  • Dihasilkan melalui proses penyulingan molekul terbaik secara propietari tiga peringkat
  • Bantu meningkatkan metabolisma badan
  • Tingkatkan pembakaran kalori
  • Memudahkan lemak terbakar
  • Tidak ada bau yang tidak menyenangkan

Minyak ikan juga didapati memiliki kesan anti-obesiti dan membantu mengurangkan lemak di bahagian abdomen terutama jika anda tambahkan bersama gaya hidup yang sihat dan senaman!

Dengan Omega Guard Shaklee, kadar metabolisma badan anda akan meningkat dan memudahkan pembakaran kalori dari masa ke semasa.

Produk #3: Lecithin - Pembakar Lemak Semulajadi

FUNGSI SET KURUS SHAKLEE LECITHIN

Beberapa para penyelidik bersetuju lecithin memiliki kelebihan untuk betul-betul melarutkan lemak yang tersimpan dalam badan. Kolina atau choline dalam Lecithin ialah kandungan rahsia di sebalik kelebihannya membakar lemak.

  • Melarutkan lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan
  • Membakar lemak
  • Pengemulsi semulajadi dari kacang soya

Lecithin mengandungi kompaun yang dikenali sebagai phosphatidylcholine yang terdiri daripada 3% dari jumlah keseluruhan lecithin.

Apabila anda mengambil Lecithin Shaklee, phosphatidylcholine akan ditukarkan kepada choline dalam badan anda. Choline ini akan membantu cepatkan lagi berat badan turun.

Produk #4: Herb-Lax - Pencernaan Lebih Baik

FUNGSI SET KURUS SHAKLEE HERB LAX

Apa yang kita makan dan berapa banyak kita makan memainkan peranan yang sangat penting untuk turunkan berat badan.

Tetapi, mengambil langkah untuk tambahbaik pencernaan, dan keseluruhan sistem penghadaman, boleh membantu anda untuk menyerap nutrien yang anda dapat dari makanan dengan lebih efektif yang mana perkara ini akan membantu menurunkan berat badan.

Herb-Lax dari Shaklee ialah gabungan herba semulajadi untuk memudahkan anda membuang air (besar) serta melancarkan sistem pencernaan.

  • Memiliki daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi
  • Memudahkan buang toksin dari badan
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Membantu makanan yang anda makan dapat di serap nutriennya dengan baik oleh sistem penghadaman
  • Menggalakkan pergerakan urus untuk membantu proses tubuh secara semulajadi

Seorang ahli gastroenterologi, Kenneth Brown menyatakan bahawa isu gastrointestinal dan penghadaman ini boleh memberikan kesan yang besar terhadap apa yang kita makan dan bagaimana badan kita menyerap serta mencernanya untuk menurunkan berat badan atau tidak.

Dengan Herb-Lax Shaklee anda boleh mendapatkan sistem penghadaman yang lebih baik. Apa yang anda makan tak di simpan lama hingga menjadi toksik yang akhirnya buat anda susah nak turun berat badan. 

Produk #5: Vivix - Paling Kritikal Untuk Turunkan Berat Badan Cepat

FUNGSI SET KURUS SHAKLEE VIVIX

Anda nak turunkan berat badan cepat? Pastikan anda baca penerangan tentang Vivix Shaklee dengan teliti.

Vivix Shaklee ialah minuman botani yang tersedia daripada gabungan buah dan sayur iaitu lobak ungu, japanese knotweed, anggur muscadine dan european elderberry. Kesemua gabungan ini memberikan kesan polifenol untuk kesan anti-angiogenesis. 

Angiogenesis secara mudah fahamnya adalah proses pembentukan salur darah. Bila anda ada lemak berlebihan, salur darah ini boleh muncul pada lemak anda tadi. Dengan pengambilan Vivix Shaklee, yang ada kesan anti-angiogenesis ini hasil daripada kewujudan polifenol dalamnya, ia dapat membantu untuk sekat salur darah baru dari muncul dekat lemak. 

Polifenol dalam Vivix Shaklee juga turut memiliki kesan anti-obesiti. Jika anda nak turunkan berat badan berlebihan dengan cepat, Vivix Shaklee merupakan yang dapat membantu anda capai impian yang diinginkan.

Testimoni Set Kurus Shaklee

Periksa senarai harga untuk Set Kurus Shaklee di sini – Pricelist Shaklee 2023

Diskaun 20% untuk yang register Shaklee dengan Vitamin Syaza. Harga tertera di atas belum termasuk diskaun.

Order Set Kurus Shaklee – klik untuk WhatsApp

Set Kurus Shaklee

Promosi Set Kurus Shaklee 2023 sekarang kalau anda beli fullset dengan Cinch pilihan flavour Chocolate, anda akan dapat percuma lagi 1 tong Cinch Shake Chocolate + free daftar ahli Shaklee + free postage!

(Visited 2,390 times, 1 visits today)

4 Comments

  1. teruja rasanya bile baca testimoni yang dh berjaya dengan set hello new you..byk dapat bantu turunkan berat badan!!!

Leave a Reply