Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee
Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini?
Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda.
Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau

Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan, persekitaran dan lain-lain.
Sistem pertahanan tubuh badan yang terbahagi kepada 3 fasa, perlu diperbaiki dari masa ke semasa supaya apabila badan kita memerlukan antibodi bagi melawan virus dan bakteria jahat, ia boleh berfungsi dengan baik. Sebagaimana yang kita semua tahu, ada penyakit yang belum ditemui ubatnya melainkan hanya dengan antibodi kita sendiri yang melawan penyakit tersebut. Antibodi yang kuat boleh memperlahankan gerak kerja virus dan bakteria jahat, malah ia mampu menghapuskan terus virus dan bakteria jahat ini.
Oleh sebab itu, penulis ingin memberitahu berita baik bahawa di Shaklee, kami ada Set Cadangan bagi Perlindungan Imuniti dan juga untuk Meningkatkan Antibodi dari masa ke semasa. Set ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu, Set Basic, Set Popular dan juga Set Optimum.
Set Perlindungan Imuniti dan Tingkatkan Antibodi Shaklee
1. Garlic Complex
Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee
Garlic atau nama di dalam Bahasa Malaysia, bawang putih adalah termasuk dalam kategori keluarga bawang. Sering digunakan di dalam masakan bagi tujuan untuk menambah rasa dan juga ada yang menggunapakainya untuk tujuan penjagaan kesihatan. Kandungan allicin di dalam bawang putih yang mempunyai sifat anti virus dan anti bakteria telah menjadikannya terkenal zaman berzaman bagi melawan segala jenis virus dan bakteria. Satu kelopak bawang putih memiliki kira-kira 5 hingga 8 mg kandungan allicin (bergantung kepada saiz dan keadaan kelopak).
Namun, bau allicin yang kurang menyenangkan telah menyebabkan terdapat segelintir dari kita kurang gemar dengan bawang putih yang kaya khasiat dalam perlindungan imun dan memberi kesihatan lebih baik untuk antibodi.
Di Shaklee, kami menyediakan supplement Garlic Complex dengan kandungan serbuk ulas bawang putih (Allium Sativum) yang tulen sebanyak 500 mg, menepati keperluan sihat untuk tujuan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada di serang virus dan bakteria jahat. Tetapi apa yang menariknya ialah, anda tidak akan menemui bau yang kurang enak dalam supplement garlic allicin dari Shaklee ini kerana ekstrak Rosemary di tambah bagi mengurangkan masalah bau tak sedap tersebut. Jadi anda boleh menikmati khasiat allicin yang terkandung di dalam bawang putih dengan mudah dan sedap!
2. Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C Shaklee 500 mg)
Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee
Vitamin C telah terkenal secara turun temurun untuk menawarkan perlindungan yang baik kepada imuniti badan. Malah ia juga didapati membantu meningkatkan antibodi tubuh badan. Oleh kerana manusia tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri, maka kerana itu pengambilan sayuran dan tumbuh-tumbuhan yang kaya kandungan Vitamin C amat dititikberatkan.
Walaubagaimanapun, dengan keadaan hari ini yang tidak memungkinkan untuk seseorang mendapat kandungan vitamin c dari sayur dan buah secara berterusan dan maksimum kerana selain daripada proses penanaman hari ini yang kaya dengan bahan kimia, apabila buah dan sayur terdedah dengan persekitaran dan cara masakan yang salah, ia akan hilang nutrien hampir kesemuanya sekali. Yang tinggal cuma sedikit sahaja.
Vitamin C dari Shaklee mempunyai teknologi sistem perlepasan mengikut jam. 1 tablet membekalkan 500 mg, dalam masa 1 jam, 100 mg akan dilepaskan, hasilnya, semua kandungan vitamin c akan di serap dan digunakan dengan baik oleh badan. Selain itu, Vita-C Plus ini sesuai bagi semua jenis perut termasuklah perut jenis sensitif kerana Shaklee menggunakan kandungan Vitamin C daripada ekstrak jagung, untuk memastikan ia sesuai bagi semua jenis perut.
Baca >> Fungsi dan Manfaat Sustained Release Vita-C Plus Shaklee
3. Nutriferon Granules Shaklee
Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee
Anda cuma akan menemui produk seumpama ini di pasaran hanya dari Shaklee! Nutriferon Granules adalah penemuan unggul oleh seorang ahli Immunologi terkenal di dunia, Dr Yasuhiko Kojima yang menjalankan kajian dan penyelidikan selama 40 tahun bersama rakan penyelidik yang lain di University of Tokyo. Selama 40 tahun mereka mencari di antara 200 ramuan, yang mampu membantu untuk menghasilkan interferon semulajadi bagi manusia. Interferon adalah penggalak sistem imuniti yang akan membantu sel darah putih bekerja dengan lebih baik dalam meningkatkan sistem antibodi seseorang. 
Baca >> Fungsi, Manfaat dan Keistimewaan Nutriferon Granules Shaklee
4. Carotomax Shaklee
Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee
Pernah terfikir dari mana datangnya warna yang menarik untuk buah dan sayur di sekeliling kita? Tomato, warna merah. Lada benggala ada yang warna merah, kuning dan hijau. Lobak, ada warna oren, dan ungu. 
Semua warna ini adalah kerana ciptaan Allah yang telah mengurniakan kandungan karotenoids didalamnya. Karotenoid ini bukan sahaja memberikan warna cantik kepada sayuran dan buah-buahan tetapi ia berfungsi untuk melindungi mereka daripada kerosakan cahaya matahari, menstabilkan dinding sel dan membantu fotosintesis mereka.
Sebagaimana karotenoid boleh melindungi mereka, begitu juga antioksidan ini mampu melindungi tubuh badan kita daripada ancaman virus dan bakteria jahat. Kelebihan Carotomax Shaklee ialah ia menyediakan 6 kandungan utama karotenoid iaitu astaxanthin, beta karotena, alpha karotena, lycopene, lutein dan zeaxanthin yang di ekstrak daripada tomato, microalgae, oil of palm dan marigold.
5. ResV Shaklee
Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee
Sebuah revolusionari dalam bidang penyelidikan, sebuah produk yang mengandungi kandungan 13 kali ganda lebih baik dari sekadar hanya resveratrol sendiri, 
Shaklee memformulasikan ResV. Kandungan utama ResV ialah terdiri daripada buah dan sayuran iaitu menggunakan anggur muscadine, japanese knotweed, chebulic myrobalan, lobak ungu, black currant, hampas anggur, dan juga delima sebagai bahan utama. Kesemua tumbuhan dan sayuran ini sangat kaya antioksidan dan membantu badan untuk memiliki sistem pertahanan yang ampuh serta membantu memberi peningkatan antibodi yang lebih baik. 
Baca >> Fungsi dan 8 Lagi Manfaat Utama ResV
Cadangan Set
Set Basic
Sesuai bagi anda yang mementingkan kesihatan dan mempunyai bajet tertentu untuk memperuntukkannya setiap bulan:
  • Garlic Complex
  • Sustained Release Vita-C Plus

Set Popular
Set pilihan ramai rakyat Malaysia:
  • Garlic Complex
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Nutriferon Granules Shaklee
  • Carotomax Shaklee

Set Optimum
Perlindungan sebenar untuk sistem pertahanan dan imuniti badan dan memberikan fungsi premium serta optimum dan banyak lagi manfaat lain bagi meningkatkan antibodi badan:
  • ResV Shaklee
  • Garlic Complex
  • Nutriferon Granules Shaklee
  • Carotomax Shaklee

Cara Nak Order Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi dari Shaklee
1. Order direct daripada HQ dengan klik di sini menggunakan kad kredit atau kad debit

atau//

2. Order melalui penulis dengan menghubunginya di talian 0187684817 (klik untuk WhatsApp)

Categories:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge