“Alahai kesian si comel Mama, naik ruam kat muka dia,” Pernah tak alami keadaan anak kena ruam susu terutama waktu masih dalam tempoh berpantang. Waktu tu umur anak kita dalam lingkungan sehari ke 3 bulan macam tu.
Jangan risau wahai para Ibu sekalian. Ruam susu adalah normal terutama bagi Ibu yang menyusukan anak sendiri. Susu melimpah sampai tumpah mengalir ke pipi anak. Hasilnya, keluarlah biji merah dekat kawasan yang terkena dan diberikan nama ruam susu. Ada 5 tips yang kita boleh terus buat bila anak kena ruam susu dan beberapa darinya adalah seperti yang pernah dikongsikan oleh Hanis Zalikha sebelum ini.
6 Tips Atasi Ruam Susu
1. Lepas Susu, Lap
Setiap kali lepas menyusukan anak, terus lap pipi dan muka dia. Bukan lap sampai tonyoh tu tau. Cuma sapuan lembut di atas muka anak. Gunakan breastfeeding wipe yang memang khas untuk sapuan lepas kita menyusukan anak. Elak guna napkin muslin, sapu tangan kasar dan wet wipes yang ada bau wangi.
2. Berhenti Cuci Muka
Ada tak dekat sini Ibu yang cuci basuh muka anak sekali masa mandi? Ok, bila anak dah kena ruam susu berhentikan aktiviti membasuh muka anak. Walau apa jenis sabun pun yang kita guna sama ada organik atau sabun yang lembut tu, berhenti dari gunakannya sekejap sampai ruam anak ok. Sabun ni semua boleh buatkan ruam tu lagi bertambah merah sebab keadaan kulit yang kering.
3. Direct Feed Betul
Setiap kali direct feed anak, buat di posisi yang bagi kawasan terkena ruam dalam keadaan yang terbuka. Seeloknya direct feed dalam keadaan duduk dan tak terlalu mendakap anak waktu feeding. Elakkan direct feed sambil mengiring atau berbaring dan menekap kawasan ruam dengan terlalu lama. Geseran antara kulit Ibu juga boleh buat anak tak cepat sembuh ruamnya.
4. Perhati Diet Ibu
Periksa pemakanan Ibu sama ada ambil makanan yang menyebabkan berlaku alergi atau keradangan. Cuba berhenti sekejap makanan yang dikenalpasti lagi membuatkan ruam semakin kurang baik.
5. Elak Panas
Ruam akan menjadi bertambah merah dan naik jika anak diletakkan di kawasan yang tak selesa dan panas, Seeloknya letakkan anak dekat kawasan yang berangin, ada kipas, penghawa dingin sederhana atau letakkan saja di kawasan yang terbuka. Bukan terbuka tepi balkoni ya, maksud terbuka ialah tempat yang berangin. Kawasan panas dan tak selesa akan buatkan kulit bertambah kering dan ruam makin naik.
6. Gunakan Krim Sesuai
Cari krim yang mempunyai kandungan bahan utamanya Rosemary, Kamomil (Chamomile) dan juga Salvia. Kerana kandungan bahan ini sangat baik sebagai agen anti-septik dan anti-radang dan membantu meredakan ruam susu anak kita. Elakkan krim yang mengandungi steroid. Boleh cuba guna Herbal Blend Shaklee yang ada 3 kandungan ini dan juga bersama didalamnya ada minyak jagung.
Apa pun, Mommy jangan risau tau bila anak kena ruam susu. Cepat dan teruskan apply tips-tips di atas okay! 🙂
Herbal Blend Shaklee boleh bantu mengatasi masalah ruam susu

(Visited 121 times, 1 visits today)
selalu jugak nampak yang direct feed ni, tak sangka boleh jadi ruam susu
Aah sebab tu nama dia ruam susu hehe. Susu tumpah atas muka baby. 😀 Susu emaknya banyak sangat. Anak Syaza pun macam tu juga awal2. Kena rajin lap selalu lepas menyusu muka anak tu 🙂