4 Manfaat Utama Vitamin C Posted on 03/07/2019 Vitamin adalah nutrien asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk melancarkan pelbagai proses biokimia dan fisiologi kita. Umum mengetahui bahawa kebanyakan vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan kita perlu dapatkannya daripada pemakanan harian dan melalui pengambilan suplemen. Antara jenis-jenis vitamin ialah Vitamin larut air (Vitamin C & B) Vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K) Bagi vitamin jenis larut air yang merupakan keperluan utama seharian kita, Vitamin C, mudah untuk teroksida dan dimusnahkan oleh oksigen, alkali dan suhu tinggi. Selain itu, Kebanyakan tumbuhan dan haiwan mampu menghasilkan Vitamin C sendiri bagi kegunaan badan mereka. Namun, sebaliknya untuk manusia yang tidak boleh hasilkan Vitamin C sendiri bagi keperluan tubuh badan. Kita, memerlukan tidak lebih dari, 2,000 mg Vitamin C sehari. Kekurangan Vitamin C dalam diri kita, boleh menyebabkan keadaan badan yang lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan. 4 Manfaat Utama Vitamin C 1. Mengukuhkan Sistem Imun Badan Sekali sekala mandi hujan, syok juga! Vitamin C menyumbang kepada sistem pertahanan imun badan dengan cara menyokong fungsi sel badan luar dan dalam bagi mengelakkan kemasukan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Kekurangan Vitamin C menyebabkan sistem pertahanan tubuh lemah dan badan mudah dijangkiti penyakit seperti kerap demam, selesema dan lain-lain 2. Membantu Mengurangkan Bersin Pagi Erm.. Tak selesa betul. Bangun pagi je “Hatchummmm!!” Waktu pagi, adalah waktu kebiasannya cuaca sejuk. Bagi kita yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang baik, kita mudah terdedah untuk kerap bersin, batuk dan akhirnya berpanjangan sehingga sepanjang hari. Perkara ini memberi ketidakselesaan kepada diri kita. Pengambilan Vitamin C secukupnya dalam diet harian dapat membantu mengurangkan keadaan kerap bersin di waktu pagi. 3. Melindungi Kulit dari Sinaran Mentari Guna pelindung tabir suria dan makan Vitamin C; kulit cantik. Bagi kita yang kerap terdedah dengan cahaya matahari, keperluan untuk melindungi kulit dari luar dan dalam adalah amat penting. Sinaran matahari akan mengakibatkan kulit kelihatan lebih tua, berkedut, kusam. Malah, lebih teruk lagi sekiranya tidak mendapat perlindungan dari awal, pigmentasi akan terjadi. Vitamin C membantu untuk melindungi kulit dari sinaran terik mentari dengan menyediakan perlindungan bagi menghalang radikal bebas dari menyebabkan kulit menjadi bermasalah. 4. Kesihatan Ibu Mengandung dan Bayi Apa saja untuk yang tersayang~ Sewaktu mengandung, sistem imun badan ibu akan memerlukan sokongan tambahan supaya tidak mudah jatuh sakit ketika mengandung. Ibu mengandung sangat tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan tanpa sebab yang sepatutnya. Oleh itu, lebih baik untuk kita mencegah daripada awal. Kuatkan sistem imun badan ketika mengandung dengan Vitamin C. Baca Selanjutnya : Keistimewaan Vitamin C Shaklee Testimoni Vitamin C dan Kesihatan Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 5 Cara Atasi Susu Sikit Posted on 05/10/2018 Cara Atasi Susu Sikit Setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah susu sikit. Cara-cara di bawah cukup mudah dan senang untuk kita buat bagi banyakkan susu yang sikit tadi. Jom kita tengok sama-sama ^^ 5 Cara Atasi Susu Sikit 1. Susu on-demand Beri anak susu ikut kemahuan dan kehendak… Read More
Uncategorized Kebaikan Buah Naga Posted on 12/10/2017 KEBAIKAN BUAH NAGA Siapa sangka, buah yang kelihatan seperti percikan api ini memiliki 1001 kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Berasal dari Amerika Tengah, ia juga banyak di tanam di negara Asia Tenggara antaranya Thailand dan Malaysia. Buah naga atau nama lainnya buah pitaya, memiliki rasa yang enak dan kebaikan… Read More
Uncategorized Dulu Bernanah Sampai Keluar Air Bisa Posted on 05/04/2019 TESTIMONI VIVIX SHAKLEE : BACAAN GULA MOK IMMAH TURUN DARI 14 KE 5.1 “Pagi semalam, mok Imma gi Hospital Kubang Kerian. Nak ambil result darah. Hari tu dah pergi untuk ambil darah. Biasalah hospital kerajaan ambil masa sikit nak tau result darah kan. Kena tunggu tarikh berikutnya baru dapat result…. Read More
Terlalu kerap, melebihi dari kebiasaan, memang kena amek Vitamin C. If not, mudah terdedah benda lain plak nanti. 🙂 Log in to Reply