14 Persediaan Bersalin yang Perlu di bawa ke Hospital Posted on 06/09/2018 Dah hampir 5 bulan berlalu Syaza selamat melahirkan seorang puteri yang di beri nama Zehraa tepat jam 12.41 tengahari, 21 Mac 2018. So hari ini Syaza nak kongsikan semula, kelengkapan yang perlu di bawa sebagai persediaan di hospital nanti. Terutama yang dah dekat dengan due date tu, sila prepare siap-siap segala persediaan ini dalam kereta. In case nak terberanak, barang-barang semua dah ada. Senang! 14 PERSEDIAAN BERSALIN YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL 1. MATERNITY PAD Sediakan pad secukupnya. Seeloknya pad yang memang khas untuk bersalin (refer gambar). Maternity pad, senang dan mudah. Sebabnya lepas beranak, tak larat nak pakai properly pad yang biasa dekat pasaran tu. Dan pad biasa tak dapat nak menampung sangat darah nifas yang banyak. Kalau bersalin secara pembedahan czer pula, pad memang doktor dan nurse akan minta dari kita untuk terus di pakai sejurus selepas siap pembedahan. 2. BUKU MERAH IBU Buku check-up atau pemeriksaan ni, wajib bawa setiap hari dan di mana-mana. Lebih mudah, standby dalam beg dan letak di dalam kereta. Penting untuk doktor dan nurse sentiasa update perkembangan ibu semasa bersalin nanti. 3. BEDUNG BABY Bedung baby bawa dalam 4-5 helai pun dah ok. Baby baru lahir kuat berak! Kemungkinan untuk bedung tu selalu di tukar walaupun dalam masa sehari tinggi. Dan jangan lupa baju sleepsuit, yang terus sarung sampai tutup kaki tu, untuk digunakan pada anak waktu malam. Bedung perlu, sleepsuit juga perlu. 4. BAJU BABY (NEWBORN SIZE) Baju baby ni bawa 2-3 helai dah cukup dah. Satu lagi, jangan beli baju newborn banyak sangat taw. Hehe, baby ni cepat membesar. Sekejap je nanti dah tak boleh pakai. Lagi pun hadiah baju dari orang ramai sangat banyak nanti. So ibu bapa beli baju newborn sikit-sikit je dah. 5. PAMPERS atau LAMPIN BABY Kalau pampers tu, pilih yang size newborn, bawak satu beg pampers pun ok! Sebagai persediaan anak berak banyak hihi. Siapa yang gunakan lampin bayi, boleh bawa lampin dalam 10 helai. 6. THERMOS Thermos untuk isi air panas bagi ibu. Kalau hospital ada sediakan lagi elok. Macam Syaza, bersalin di Hospital Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang, mereka sediakan thermos dan air panas untuk ibu-ibu yang di ganti setiap hari. 7. BAJU PERSALINAN IBU Bawa lebih untuk kegunaan ibu supaya lebih selesa dan bersih sejurus selepas bersalin. Especially seluar dalam! Lepas bersalin ni darah nifas mencurah-curah. Kena jaga kebersihan kerana selain kebersihan itu sebahagian dari iman, ibu selepas bersalin ni syaitan dan jin suka kacau. So, kena jaga kebersihan selalu supaya mereka tak ada la suka nak darah tu! (Rukun Iman : Percaya kepada perkara ghaib) 8. CHARGER PHONE Ini penting! Bawa ke mana-mana charger phone supaya bila sampai rasa nak terberanak tu, dah tersedia. Syaza sendiri lupa. Akhirnya susah jugalah, phone habis bateri, suami terpaksa ulang alik balik dan amekkan. Phone ni penting sebagai sumber komunikasi utama. 9. WET TISSUE / TISU BASAH Bawa lebih dalam 2-3 pek. Untuk lap berak anak nanti, senang. Dan juga untuk kegunaan ibu, cuci tangan terutama bagi yang belum larat nak jalan sangat selepas bersalin. 10. MITTEN BABY Sarung tangan dan sarung kaki baby, bawa dalam 4-5 helai (sama corak dengan baju selalunya kan hihi). Bayi baru lahir ni perlukan mitten ni untuk permulaan. 11. SET BERSALIN SHAKLEE Bawa semua satu set ni standby dalam beg. Seeloknya, jangan bawa dengan sekali botol-botol (kalau nak apa salahnya, Syaza sendiri bawa dengan botol-botol hihi), bawa dan letak dalam bekas kecil macam pillbox (untuk kekalkan kesegaran). Penting vitamin untuk pemulihan segera ibu selepas bersalin terutama bab tenaga. Sejujurnya, selepas bersalin kita sangat letih, jadi penting untuk kembalikan kesegaran untuk kekal ceria bertenaga dengan anak tercinta! Syaza siap bancuh ESP Shaklee tu dekat hospital lagi taw hihi Bonus : Membantu tingkatkan penghasilan susu 12. MINYAK TELON BABY Syaza bawa, tapi tak guna. Bawa sebagai persediaan sebab kita tak tahu bila memerlukan. 13. MINYAK PANAS IBU Penting! Bagi ibu kelegaan dan rasa selesa selepas bersalin. Dan juga nipple cream, terutama bagi ibu yang kali pertama nak susukan anak. 14. KAIN BATIK Walaupun dekat hospital guna baju yang disediakan, tapi adakala kita rasa nak selesa untuk guna kain batik sendiri. Satu lagi ia juga penting untuk bersihkan badan dan sebagainya waktu kat hospital. Bawa 2-3 helai dah cukup dah. So, inilah perkongsian serba sedikit dari Syaza. Tak sempat nak snap barang-barang ni sendiri. Sejak dari nak dekat due memang suami Syaza letak semua barang-barang ni (kecuali charger phone dan thermos) dalam kereta. Kami kereta satu je, senang! kihkih. Memang taw dah kalau beranak guna kereta tu. Ada apa-apa nak tambah lagi? Boleh tambah di ruangan komen ya. Terima kasih! Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Shaklee Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Parut Chicken Pox Bersih Kulit Lebih Cantik dalam 3 Bulan Posted on 16/08/2019 Chicken pox ialah infeksi yang disebabkan virus varicella-zoster. Ia akan menyebabkan berlaku kegatalan dan kulit merah serta berbiji seperti berisi air. Chicken pox sangat mudah dijangkiti terutama kepada mereka yang tidak pernah dapat chicken pox atau tidak di vaksin. Hari ini, vaksin untuk melindungi masalah chicken pox telah disediakan. Vaksinisasi… Read More
Uncategorized 5 Cara Atasi Susu Sikit Posted on 05/10/2018 Cara Atasi Susu Sikit Setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah susu sikit. Cara-cara di bawah cukup mudah dan senang untuk kita buat bagi banyakkan susu yang sikit tadi. Jom kita tengok sama-sama ^^ 5 Cara Atasi Susu Sikit 1. Susu on-demand Beri anak susu ikut kemahuan dan kehendak… Read More
Uncategorized 4 Manfaat Utama Vitamin C Posted on 03/07/2019 Vitamin adalah nutrien asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk melancarkan pelbagai proses biokimia dan fisiologi kita. Umum mengetahui bahawa kebanyakan vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan kita perlu dapatkannya daripada pemakanan harian dan melalui pengambilan suplemen. Antara jenis-jenis vitamin ialah Vitamin larut air (Vitamin C &… Read More