8 Cara Kecutkan Jerawat Dalam Masa Satu Hari (Mudah dan Cepat) Posted on 05/09/2018 Jerawat menganggu hari awak? Jangan risau. Hari ini Syaza nak share cara-cara macam mana nak kecutkan jerawat dengan cepat dan mudah. Dalam masa satu malam sahaja. Jerawat ni datang tak di undang, dan pergi sentiasa kita alu-alukan. Antara situasi yang selalu bagi kita rasa tertekan dan stress, esok kenduri kahwin, jerawat tiba-tiba muncul dengan bangganya dekat pipi. Merah dan besar. Sangat malu, takkan nak keluar jadi pengantin dengan jerawat besar dekat pipi? Ish. Taknaklah! 7 Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa Satu Hari 1. Gunakan Krim Anti-Jerawat Di pasaran ada banyak krim anti-jerawat yang di jual untuk bantu kita hilangkan jerawat dalam satu malam. Antaranya ialah krim dari jenama Oxy. Letakkan krim ini di atas jerawat berkenaan dan ia akan kecut dalam masa satu hari. 2. Ubat Gigi Seperti nombor 1, ubat gigi cara mudah dan murah untuk kecutkan jerawat kita. Amek je ubat gigi yang ada dan letakkan atas jerawat. Walaubagaimanapun, sekiranya kita dari jenis kulit sensitif, lebih baik jangan guna cara ini sebab akan hasilkan jerawat yang lebih merah. 3. Putih Telur Telur bukan sahaja untuk di makan, tapi berfungsi juga dalam kecantikan kulit. Untuk kecutkan jerawat, pecahkan telur dan asingkan putih telur dan kuningnya. Pukul rata dan kacau putih telur sahaja, dan letakkan di atas jerawat dengan tangan yang bersih. Biarkan selama 20 minit. Jika jerawat besar dan merah sangat, biarkan semalaman dan cuci pada esok paginya. Bonus : Bagi yang ada parut hitam, putih telur juga membantu untuk pudarkan parut taw! 4. Teh Hijau Sama ada kita penggemar teh hijau atau tidak, teh hijau ini sememangnya dari dahulu sejak zaman berzaman lagi dapat membantu untuk mengecutkan jerawat kita. Ianya kerana teh hijau mempunyai sifat anti-radang yang mengurangkan kesan merah dan bengkak atas jerawat. Caranya ialah, didihkan satu uncang teh hijau tadi, dan selepas didihkan, ambil uncang teh hijau tersebut, letakkan di atas kawasan jerawat tadi. Atau gunakan cotton ball atau cotton pad dan sapukan air uncang teh hijau di atas kawasan yang ada jerawat itu. 5. Madu Madu sebenarnya terbukti dalam memberikan penyelesaian terbaik untuk kecutkan jerawat dalam satu hari. Walaupun madu kelihatan melekit seolah akan menyumbatkan pori muka, hakikatnya madu mempunyai sifat anti-bakteria yang akan mengurangkan saiz jerawat dan akhirnya mengecutkan jerawat. Sapukan madu dalam amaun kecil ke atas jerawat dan biarkan ia dalam masa satu jam, kemudian basuh muka seperti biasa. Untuk hasil terbaik, biarkan semalaman dan cuci keesokan harinya. 6. Minyak Tea Tree Ini mungkin cara terbaik yang boleh kita guna untuk letakkan atas jerawat merah tadi. Khasiat minyak tea tree adalah sangat dikenali ramai. Minyak tea tree selalu digunakan sebagai bahan utama dalam produk yang berkaitan untuk merawat jerawat. Minyak tea tree adalah pelarut terbaik untuk menghalang pori tersumbat! Dalam satu cawan, campurkan minyak tea tree dengan 9 sudu cawan air masak (sebaiknya air tapis / filter). Larutkan dan ambil cotton pad atau cotton ball, kemudian sapukan dab dab di atas jerawat kita tadi. 7. Gel Aloe Vera Bagi jenis jerawat yang membengkak hingga tahap melampau, gel aloe vera adalah jawapannya. Ianya sangat sesuai terutama bagi yang memiliki kulit sensitif kerana ciri-ciri anti-bakteria dari gel aloe vera akan mengurangkan tahap radang dan bengkak jerawat untuk kecutkannya. Kita boleh dapatkan pelbagai jenis gel aloe vera yang ada di pasaran. Sapukan atas jerawat dan biarkan semalaman. Bonus : Gel Aloe Vera juga sangat baik untuk atasi sunburn! 8. Masker Vitamin C Shaklee Vitamin C Shaklee, adalah bukan sahaja vitamin terbaik untuk kita makan dan amalkan bagi mengelakkan masalah jerawat daripada berulang. Tetapi, ianya boleh di buat masker dan hasilnya sangat mengagumkan kerana Vitamin C dari Shaklee ini boleh mengecutkan jerawat dalam masa satu malam sahaja! Caraya mudah, pecahkan kapsul Vitamin C Shaklee ini, dan larutkan dalam air (vitamin C jenama Shaklee sangat mudah larut), tepekkan atas muka, biarkan semalaman. Bonus : Vitamin C ini juga membantu cerahkan kulit dan atasi masalah jerawat dari dalam sekiranya di makan dan di buat masker seiringan. . Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Shaklee Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja dari Rumah Posted on 12/07/2019 Bekerja dari rumah? Bunyi dia macam senang. Boleh kerja sambil tengok TV, jaga anak, makan dan uruskan rumah. Wah, seronoknya! Namun, hakikatnya ianya tidak semudah itu. Malah, bekerja dari rumah mempunyai cabaran yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika seorang Ibu tersebut ada anak atau anak-anak. Tetapi, ia tetap bukan penghalang untuk… Read More
Uncategorized Khasiat Vitamin C untuk Kulit Berseri Posted on 13/10/2017 Vitamin C untuk Kulit Berseri, Cantik Selain di ambil secara luaran seperti menggunakan cleanser atau serum dengan ekstrak Vitamin C, kita juga perlu menjaga pengambilan makanan seharian. Pastikan makanan harian kaya dengan Vitamin C dan ambil supplement tambahan Vitamin C untuk menampung lompong nutrisi harian kita. Manusia tidak boleh menghasilkan… Read More
Uncategorized Hilang 15 Kg Dalam Masa 9 Bulan Posted on 03/07/2019 Daripada berat 65 kg, sekarang Puan Shima berjaya nikmati berat badan 50 kg! Lebih ringan sebanyak 15 kg berbanding sebelumnya. Memang sangat slim. Yang penting badan sedap dan ringan. Apa yang Puan Shima amalkan? Puan Shima konsisten pengambilan vitamin Shaklee bermula dari Oktober 2018 lagi. Testimoni Set Slim Shaklee “Dari… Read More