10 Tips Rahsia Awet Muda (Cara nak Bagi Kulit Flawless) Posted on 04/09/2018 Kita boleh laburkan duit pada pelbagai jenis skincare dan alatan make-up untuk menghasilkan kulit yang cantik. Namun, ia tidak akan bertahan lama. Kerana skincare dan make-up hanya untuk kesihatan luaran. Nyata, kecantikan itu wujud dari dalam dan dapat ditonjolkan dari luaran. Di sini, Syaza nak share 10 Tips Rahsia Awet Muda untuk kita sama-sama amalkan agar kulit kekal flawless berseri! 😀 10 Tips Rahsia Awet Muda 1. Kenali Pemakanan Kita Kita adalah apa yang kita makan. We are what we eat. Memilih sayuran dan buah-buahan dalam diet harian yang kaya dengan Beta Karotena dan Vitamin A, C dan E, akan membantu kita dalam menghalang radikal bebas dari menyerang kulit kita. Radikal bebas datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya yang paling dekat dengan kita adalah : 🔷 Pencemaran Udara 🔷 Asap Rokok 🔷 Asap Kenderaan 🔷 Sinaran UV 🔷 Api Ketika sedang Memasak Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrisi membantu menghalang semua ini untuk kita kekal awet muda luar dan dalam. Kulit lebih flawless dan cerah berseri. Sekiranya kita tidak mampu untuk memenuhi keperluan buah serta sayur dan makanan yang kaya dengan vitamin ini, kita hendaklah memastikan ianya disempurnakan melalui makanan tambahan, suplimen. Ini bagi mengelakkan berlakunya nutritional gap. Memenuhi nutritional gap akan membantu memenuhi keperluan diet harian dengan makanan penuh nutrisi. 2. Minum Air Secukupnya Kekal hydrated menjadikan kulit kita lebih berseri kerana kulit mengandungi hampir 64% air! Dengan pengambilan air secukupnya, kulit kita akan lebih lembap dan anjal. Malah kehadiran garis halus dan tompok hitam akan semakin berkurangan. Dalam masa yang sama, air yang cukup adalah sangat penting dalam membantu kolagen untuk berfungsi dengan baik supaya kulit lebih bermaya dan berseri. 3. Tidur Dalam Posisi yang Betul Cuba perhatikan cara kita tidur bagaimana? Gaya kita tidur mempengaruhi keadaan kulit kita. Bagi mereka yang tidur dengan terlalu menghimpit bantal seperti menekup bantal atas muka, mengiring terlalu lama di atas bantal, akan menyebabkan kulit kita tidak simetri dan mengurangkan ketegangan kulit kerana tertekup terlalu lama dengan bantal. Akhirnya kulit kita akan mudah untuk naik garisan dan kedutan halus terutama di bahagian yang sering kita kenakan ia dengan bantal ketika tidur. Walaubagaimanapun, tidur dengan menggunakan bantal yang kerap di salin sarung bantalnya boleh mengurangkan risiko untuk ini. 4. Terdedah Matahari Ya, kita semua tahu sinaran matahari mempunyai vitamin D yang sangat baik untuk kesihatan kulit kita. Namun, terdedah kepada matahari dengan berlebihan pastinya akan mengelakkan kita daripada mendapat kulit awet muda flawless berseri. Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan luar dan dalam akhirnya akan menjadi cepat kendur, timbul jeragat dan kulit terbakar. Bagi yang sering terdedah dengan UV, pastikan keluar rumah dengan krim perlindungan sinar UV. Serta, tingkatkan pengambilan karetenoids bagi mengelakkan kerosakan kulit dari dalam oleh UV! 5. Lembapkan Kulit Pelembap sangat penting. Pastikan kulit kekal lembap dengan pelembap yang baik dan bagus untuk kulit. Ia penting bagi meletakkan kulit untuk kekal hydrated. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit kita (berminyak, kombinasi, sensitif, normal dan kering) 6. Tidur Secukupnya Sleeping Beauty. Tidur yang lena dan nyenyak akan menstimulasikan hormon dalam badan kita untuk memperbaiki sel-sel yang rosak sementara air berlebihan dalam badan di buang. Tidur yang tak cukup akan menyebabkan kulit kelihatan tua dari usia sebenar. Kulit kering, mata panda, mata lebam dan sebagainya. 7. Halang Stress dengan Bersenam Bersenam bukan sahaja dapat mengatasi stress tetapi akan mengeluarkan peluh yang berbentuk toksin. Apabila toksin dalam badan keluar dan stress terhalang dengan bersenam, badan kita akan lebih mudah untuk melalui proses regulasi hormon dengan lebih baik. Kulit lebih berseri! Selain itu, senaman yang konsisten akan menghasilkan aliran darah yang baik, ini tips percuma bagi menghasilkan kulit dan pipi kemerahan cantik secara semulajadi. 8. Bersihkan Tangan Tangan mempunyai 1001 bakteria. Cuci tangan sebaiknya sebelum memegang kulit muka. Kawasan tangan kita mempunyai berjuta bakteria dan kuman jahat yang akan menggalakkan lagi penghasilan jerawat dan breakout sekiranya kita tak membersihkan tangan dengan baik. 9. Senaman Muka Muka kita mempunyai 50 jenis otot yang juga perlu untuk kita lakukan senaman ke atasnya. Cara buat senaman muka ialah : Angkat kening dan kerutkan dahi. Tahan untuk 5 saat dan rileks. Buat muka kerut. Tahan 5 saat dan rileks. Pejam mata sekuatnya kita mampu dan keluarkan lidah. Tahan 5 saat dan rileks. Ulang 3 kali sehari. 10. Urut Muka Urutan muka menghasilkan aliran darah yang lebih lancar. Ini adalah Clenaser Firm Device dari Shaklee yang berfungsi untuk mengurut muka bagi merangsang kolagen kita Ia akan mengeluarkan toksin dari dalam badan kita yang dah terkumpul lama kerana salah pemakanan, stress dan sebagainya. Sebagai tambahan, menggosok dan mengurut kulit wajah akan merangsang fibroblast dalam kulit untuk menghasilkan kolagen dan menyimpan kembali keanjalan kulit. Ia akan menjadikan kulit lebih awet muda. Dapatkan YOUTH Skincare Hari ini bersama Alatan Firm Device (untuk urut muka secara percuma!) Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Shaklee Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Demam | Apa Nak Buat? (7 LANGKAH AWAL PERLU BUAT BILA DEMAM) Posted on 13/09/2018 Demam adalah keadaan di mana paras suhu dalam badan seseorang telah melebihi paras normal. Suhu 37 darjah celcius dan ke atas sudah di kira seseorang demam. Nampak macam sakit remeh tapi hakikatnya ia tak boleh di bawa main. Sama ada kanak-kanak mahu pun dewasa, demam ialah perkara yang sentiasa perlu… Read More
Uncategorized Promosi Shaklee April 2019 Posted on 12/04/2019 4 Promosi Shaklee April 2019 [PROMOSI 1] FREE YOUTH Travel Set & Travel Case, dengan setiap pembelian YOUTH Fullset. Harga Normal YOUTH Fullset : RM 1,675.00 Harga selepas diskaun : RM 1,340 Apa anda akan dapat lagi dengan pembelian YOUTH Fullset? FREE YOUTH Travel Set & Travel Case [Worth RM… Read More
Uncategorized Selepas 2 Bulan Lingkaran Gelap Pipi Kurang Posted on 21/09/2019 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee (Starter Set) Saya ada masalah kulit yang kering. Dan ada lingkaran gelap di bahagian pipi serta dagu. Selepas 2 bulan guna YOUTH Starter Set, lingkaran gelap bahagian pipi dah berkurangan dan kulit bahagian dagu lebih cerah. YOUTH Starter Set sedang dalam promosi bulan ini Nak dapatkan… Read More
entri yang menarik. memang menjaga pemakanan adalah satu faktor yang penting untuk awet muda * nanti jemput singgah ke blog june pulak ya KingJuneBlogspot Reply