4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan Posted on 28/08/201824/04/2022 Last updated on April 24th, 2022 at 12:42 am Solat Sunat Yang Afdhal Untuk Dilaksanakan Memang tidak wajib. Namun jika solat-solat sunat ini ditinggalkan, kita boleh rugi besar. Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam (ﷺ) mewasiatkan agar kita berusaha sedaya upaya selalu melaksanakannya. (1) Solat Tahajud Solat tahajud merupakan solat sunat yang paling utama. Rasulullah bersabda: أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ “Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (Hadis Riwayat An Nasa’i) Solat sunat yang juga sering disebut solat malam (solat lail, qiyamullail) ini sentiasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam kerjakan. Bagi baginda sallallahu ‘alaihi wassalam, solat ini wajib. Sedangkan bagi umatnya, sunat muakkad iaitu sunat yang di tuntut untuk melakukannya. Tahajud juga merupakan satu-satunya solat sunat yang disebutkan dalam Al Quran berikut keutamaannya. وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79) (2) Solat Witir Seperti halnya solat tahajud, solat witir juga sentiasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam lakukan. Beliau juga mewasiatkan agar kita memelihara solat ganjil tersebut. إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، فَحَافِظُوْا عَلَيْهَا، وَهِيَ اَلْوِتْرُ Maksudnya, “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi kalian tambahan solat, maka peliharalah dia, iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat Ahmad) Solat witir merupakan salah satu dari tiga wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam kepada Abu Hurairah untuk sentiasa dikerjakan, “jangan sampai ditinggalkan”. (3) Solat Sunat Fajar Solat sunat fajar atau solat sunat qabliyah (sebelum Subuh) hendaklah kita upayakan sekuat tenaga untuk kita amalkan. Keutamaannya yang luar biasa, sungguh membuat kita merugi jika meninggalkannya. رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا Maksudnya, “Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.”(Hadis Riwayat Muslim) Dalam praktiknya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sentiasa menjaga solat sunat ini bahkan melebihi solat sunat lainnya. لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر Maksudnya: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan satu solat sunat pun yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi dua rakaat solat sunat fajar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (4) Solat Dhuha Jika ketiga solat tahajud dan solat witir dikerjakan di malam hari dan solat fajar dikerjakan setelah terbitnya fajar, Solat dhuha adalah “Solat sunat di pagi hari” yang keutamaannya luar biasa. Kerananya, Rasulullah mewasiatkan Abu Hurairah untuk tidak pernah meninggalkannya. أَوْصَانِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِثَلاَثٍ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَىِ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ Maksudnya, “Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Kenapa Awak Perlu Lebih Banyak Berfikir Tentang Sunblock dan Sunscreen? Posted on 14/12/202128/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Sebut je mengenai perlindungan matahari, ada dua perkara yang akan bermain di fikiran iaitu sunblock dan sunscreen. Sebenarnya, ada beza ke dua ni? Dalam entri ini, awak akan mengetahui mengenai perbezaan atau mungkin persamaan yang ada dalam sunblock dan sunscreen. Download… Read More
Blog Jerawat Tinggal Bekas Konsisten Vitamin C Shaklee Posted on 11/12/202015/12/2020 Last updated on December 15th, 2020 at 06:42 am Testimoni Vitamin C Shaklee untuk masalah jerawat. Bukan perempuan tau, tapi orang lelaki. Alhamdulillah memang berbeza sangat selepas dan sebelum consume Vitamin C Shaklee. Jerawat adik ni dah kecut sangat-sangat. Tak banyak dah macam dulu. Testimoni Vitamin C Shaklee dan Masalah… Read More
Blog Promosi Shaklee Mac 2022 – Ramadhan Vibes Posted on 08/03/202228/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Beberapa hari sahaja lagi menjelang Ramadhan, oleh itu di bulan Mac 2022 ini Shaklee telah menjalankan promosi produk-produk yang khas bagi bulan Ramadhan! Puasa penuh bererti dengan Shaklee. Kelebihan apabila awak memilih untuk mengambil Shaklee di dalam senarai persediaan Ramadhan adalah:… Read More