Tips Minum Air Cukup Masa Puasa Posted on 24/04/2020 Dehidrasi terjadi apabila kita menggunakan atau hilang lebih banyak bendalir berbanding yang masuk ke dalam badan. Sekiranya kita tak gantikan bendalir hilang tadi, dehidrasi akan menyerang. Terdapat pelbagai kesan dan akibat daripada dehidrasi antaranya ialah haus melampau, kurang membuang air kecil, warna air kencing (urine) yang pekat kuning, keletihan dan boleh mengakibatkan pening kepala. Bagi kanak-kanak pula, mereka akan mendapat lidah dan mulut yang kering, tak mengalirkan air mata apabila menangis, pampers tak basah walaupun selepas 3 jam, pipi dan mata yang sembab, dan pelbagai masalah lain hanya berpunca dari dehidrasi Sewaktu berpuasa, badan kita mudah untuk terdedah dengan dehidrasi, atau masalah kekurangan bendalir ini. Oleh sebab itu, apabila berpuasa, kita perlu menekankan pengambilan air yang cukup sepanjang tempoh yang dibolehkan untuk mengambil makanan serta minuman Namun, ramai yang selalu tertanya-tanya, mampu ke nak cukupkan air seperti hari biasa masa berpuasa? Boleh atau tidak mereka nak habiskan air 1 hingga 3 liter sehari? Ya, semestinya boleh. Hari ini kita akan tahu tips mudah untuk memenuhi keperluan air secukupnya dalam badan. Tips Minum Air Cukup Masa Puasa Botol air comel beri kepuasan dan semangat nak minum air dengan cukup Botol Air Khas : Sediakan botol air yang khas untuk kegunaan sepanjang hari berpuasa. Isi air dalam botol tersebut sepenuhnya. Berapa kuantiti air yang diperlukan bergantung pada keperluan individu. Pastikan air di dalam botol tersebut dihabiskan sepanjang masa bersahur, berbuka dan selepas dari temph berbuka. Fokus habiskan air yang disediakan dalam botol tersebut bersama kuantiti yang individu memerlukan.8 Gelas Air : Guna teknik 8 gelas air sehari. Ambil 4 gelas semasa bersahur. 2 gelas sewaktu berbuka puasa, dan baki 2 gelas selepas menunaikan solat Maghrib atau Isyak dan Terawih jika dalam bulan Ramadhan Selamat minum air dengan cukup sepanjang berpuasa! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized (13 Gambar Kerja di Pusat Kajian Saintis Shaklee) 5 Sebab Kita Pilih Shaklee Posted on 07/09/2018 Perkongsian ini adalah daripada Cik Puan Aisya Amiruddin yang telah menyatakan kenapa beliau memilih Shaklee sebagai jenama pilihan untuk dijadikan vitamin harian bagi dirinya dan keluarga. Sebab-sebab yang dinyatakan ini, adalah sama seperti diri Syaza dalam memilih jenama Shaklee ini. We shared the same point Cik Puan Aisya! “Ini sebab… Read More
Uncategorized Apa Kata Puan Nadiah Pengguna YOUTH Fullset Posted on 18/05/2019 TESTIMONI YOUTH FULLSET : TAK PERLU BEDAK & FOUNDATION KELUAR RUMAH SEKARANG “Gambar kiri setahun lepas. Beria tau. Nak jalan-jalan kat Melaka masa tu. Pakai foundation dan bedak Mary Kay. Belah kanan gambar semalam, pakai Moisturizer SPF 50 Youth je. Lama dah tak berbedak apatah lagi ber foundation. Bibir pun… Read More
Uncategorized Testimoni Omega Guard Shaklee Untuk Budak Asma & Bronkiolitis Posted on 28/08/2018 Kanak-kanak tak terlepas dari asma atau lelah ini. Ada yang dari kecil, ibu bapa dah sedar. Pantang makan aiskrim, yang sejuk-sejuk, mula anak di serang asma. Bila tengok anak terpaksa kena nebulizer, ya Allah sedihnya tak terkata. Kalau boleh tukar tempat anak dengan kita, dah lama kita nak tukar, betul? Apa… Read More
Wahh tips yang berguna..sebab kalau bulan puasa ni kan jarang minum air cukup..boleh praktikkan ni. Reply
memang itu lah yang sepatutnya kan…minum secara berkala dari waktu berbuka hingga sahur… jangan minum terus banyak2 hanya waktu sahur, nanti akan rasa bloated dan lagi banyak air keluar balik dari badan, lagi cepat haus dibuatnya.. Reply