Tips Minum Air Cukup Masa Puasa Posted on 24/04/2020 Dehidrasi terjadi apabila kita menggunakan atau hilang lebih banyak bendalir berbanding yang masuk ke dalam badan. Sekiranya kita tak gantikan bendalir hilang tadi, dehidrasi akan menyerang. Terdapat pelbagai kesan dan akibat daripada dehidrasi antaranya ialah haus melampau, kurang membuang air kecil, warna air kencing (urine) yang pekat kuning, keletihan dan boleh mengakibatkan pening kepala. Bagi kanak-kanak pula, mereka akan mendapat lidah dan mulut yang kering, tak mengalirkan air mata apabila menangis, pampers tak basah walaupun selepas 3 jam, pipi dan mata yang sembab, dan pelbagai masalah lain hanya berpunca dari dehidrasi Sewaktu berpuasa, badan kita mudah untuk terdedah dengan dehidrasi, atau masalah kekurangan bendalir ini. Oleh sebab itu, apabila berpuasa, kita perlu menekankan pengambilan air yang cukup sepanjang tempoh yang dibolehkan untuk mengambil makanan serta minuman Namun, ramai yang selalu tertanya-tanya, mampu ke nak cukupkan air seperti hari biasa masa berpuasa? Boleh atau tidak mereka nak habiskan air 1 hingga 3 liter sehari? Ya, semestinya boleh. Hari ini kita akan tahu tips mudah untuk memenuhi keperluan air secukupnya dalam badan. Tips Minum Air Cukup Masa Puasa Botol air comel beri kepuasan dan semangat nak minum air dengan cukup Botol Air Khas : Sediakan botol air yang khas untuk kegunaan sepanjang hari berpuasa. Isi air dalam botol tersebut sepenuhnya. Berapa kuantiti air yang diperlukan bergantung pada keperluan individu. Pastikan air di dalam botol tersebut dihabiskan sepanjang masa bersahur, berbuka dan selepas dari temph berbuka. Fokus habiskan air yang disediakan dalam botol tersebut bersama kuantiti yang individu memerlukan.8 Gelas Air : Guna teknik 8 gelas air sehari. Ambil 4 gelas semasa bersahur. 2 gelas sewaktu berbuka puasa, dan baki 2 gelas selepas menunaikan solat Maghrib atau Isyak dan Terawih jika dalam bulan Ramadhan Selamat minum air dengan cukup sepanjang berpuasa! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 4 Manfaat Utama Vitamin C Posted on 03/07/2019 Vitamin adalah nutrien asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk melancarkan pelbagai proses biokimia dan fisiologi kita. Umum mengetahui bahawa kebanyakan vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan kita perlu dapatkannya daripada pemakanan harian dan melalui pengambilan suplemen. Antara jenis-jenis vitamin ialah Vitamin larut air (Vitamin C &… Read More
Uncategorized Testimoni Vitamin C Shaklee : Jerawat & Parut Dah Hilang Posted on 17/07/2019 “Alhamdulillah sejak konsisten makan Vita-C Plus, bekas parut di muka semakin hilang. Sekarang saya dah bebas jerawat. Vita-C Plus memang best dan berkesan,” DAPATKAN HARI INI : Hubungi Syaza di talian 0187684817 untuk order Shaklee (klik di sini untuk WhatsApp) Share on Social Media x facebook emailwhatsapp Read More
Uncategorized 5 Tips Pilih Protein Sihat Posted on 18/10/2017 TIPS PILIH PROTEIN SIHAT Dalam piramid makanan, protein terletak di tangga kedua selepas karbohidrat. Ini menunjukkan bahawa protein penting untuk badan kita selepas karbohidrat. Bagaimana cara pilih protein yang sihat? Perlu ke tahu cara pilih protein yang sihat? Adakah wujud protein tidak sihat? 5 Tips Pilih Protein Sihat 1. Protein Tumbuhan… Read More
Wahh tips yang berguna..sebab kalau bulan puasa ni kan jarang minum air cukup..boleh praktikkan ni. Log in to Reply
memang itu lah yang sepatutnya kan…minum secara berkala dari waktu berbuka hingga sahur… jangan minum terus banyak2 hanya waktu sahur, nanti akan rasa bloated dan lagi banyak air keluar balik dari badan, lagi cepat haus dibuatnya.. Log in to Reply