6 Makanan Terbaik Untuk Penghidap Kencing Manis Posted on 06/04/2019 Kawalan ke atas kencing manis adalah sangat perlu bagi mengelakkan ianya semakin teruk dari hari ke hari. Oleh itu, amat penting untuk kita tahu apa makanan terbaik yang boleh kerap di ambil bagi penghidap kencing manis. Di sini, disenaraikan 10 makanan terbaik untuk mereka yang ada kencing manis. Walaubagaimanapun, sebenarnya, ada banyak lagi makanan lain yang boleh di cuba rasa oleh penghidap kencing manis di luar sana. Asalkan ianya sesuai untuk di makan oleh pesakit diabetes ini. 6 MAKANAN TERBAIK UNTUK PENGHIDAP KENCING MANIS 1. Sayuran Hijau Sayuran hijau kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien. Ia juga hanya memberi kesan minimum ke atas paras gula dalam darah. Antara sayuran hijau yang wajib di ambil dalam diet harian penghidap kencing manis ialah bayam, kale yang kaya dengan potassium, vitamin A dan juga kalsium. Malah ia turut menyediakan protein dan fiber dalam diet harian. Kajian mendapati, dengan mengamalkan sayuran hijau ini, ia akan membantu untuk pesakit diabetes kerana sifat anti-oksidan yang tinggi dalam sayuran tersebut. 2. Bijirin Penuh Teringin nak roti? Boleh. Gantikan dengan roti bijirin penuh. Bijirin penuh mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan lebih banyak nutrien berbanding bijirin biasa. Memastikan mendapat bekalan fiber yang mencukupi adalah amat diperlukan bagi penghidap kencing manis bagi membantu memperlahankan proses penghadaman tubuh badan. 3. Chia Seeds Chia seeds adalah makanan yang sangat diperlukan oleh penghidap kencing manis kerana sifatnya yang tinggi dalam fiber. Fiber di dalam chia seeds boleh membantu proses penurunan bacaan gula dalam darah. 4. Lemak Ikan Lemak ikan adalah makanan paling sihat di dalam dunia. Antara ikan yang membekalkan lemak ikan terbaik ialah ikan salmon, mackerel, ikan sardin dan ikan bilis. Mereka kaya dengan asid lemak omega-3 serta DHA dan EPA. Mendapat sumber lemak ikan mencukupi setiap hari amat penting bagi penghidap masalah kencing manis kerana mereka tergolong dalam individu yang juga berisiko untuk mendapat masalah jantung dan strok. 5. Kekacang Dalam satu kajian, menunjukkan, mereka yang ada kencing manis yang mengambil hidangan kacang walnut sebanyak 30 gram, mendapat kesan positif di dalam penurunan gula dalam darah. Selain walnut, kekacang yang baik untuk atasi masalah kencing manis ialah : Almonds Cahshew Pistachios 6. Brokoli Brokoli adalah tergolong dalam kategori sayuran yang sangat berkhasiat. Setengah cawan brokoli masak mempunyai kandungan 27 kalori dan 3 gram karbo diikuti nutrien lain seperti Vitamin C dan kalsium. Kajian berkaitan kencing manis menunjukkan brokoli membantu untuk memperbaiki bacaan insulin dan melindungi sel dari radikal bebas. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Pengenalan Ostematrix Shaklee : Kalsium untuk Tulang Sihat! Posted on 17/10/2017 Kebaikan dan Manfaat Ostematrix Shaklee Selalu sakit badan? Lenguh? Susah buang air? Sembelit? Kurang pengambilan kalsium harian? Tak suka sayur? Tak makan sayur? Susu…? Ewwwww! Saya Tak suka! Tulang yang kuat untuk tubuh kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembinatulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa. … Read More
Uncategorized 10 Manfaat Fungsi Vivix Shaklee Posted on 22/06/201929/11/2022 Last updated on November 29th, 2022 at 05:00 amKesihatan tubuh badan adalah kejayaan dan nikmat yang tidak ada tandingannya. Memiliki tubuh badan sihat, merupakan idaman setiap manusia di atas muka bumi ini. Malah, tidak dapat dinafikan, tubuh badan sihat di usia emas antara perkara yang sangat diidamkan oleh diri kita… Read More
Uncategorized Testimoni ESP Shaklee : Berat Badan Turun 5 Kilo Posted on 13/08/2018 Assalamualaikum wbt. Excited dan teruja sangat Syaza nak share empat (4) testimoni dan feedback atau Syaza lebih suka panggil Shaklee Effect. Ni semua adalah feedback dari pelanggan Syaza sendiri taw. Syaza namakannya sebagai Ros. Memang Ros pun namanya. Ros berumur 25 tahun dan dah ada anak seorang yang berumur 4… Read More