Pengalaman Bersalin Czer Hospital Kluang Posted on 12/04/2019 Dah hampir setahun baru nak share pengalaman czer di Hospital Kluang yer Syaza, hehehe. 21 Mac 2019, haritu genap setahun Syaza undergo caesarean atau kita selalu panggil dalam bahasa mudah ejaannya, czer. Nama penuh Hospital Kluang tu ialah Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom. Kluang ni tempat tinggal keluarga Syaza. Disebabkan nak berpantang dengan mak, jadi Syaza plan beranak dekat Kluang. Tak sangka juga taw rupanya Hospital Kluang ni sangat selesa! Macam private hospital. Katil yang Syaza duduk tu, ada semua kelengkapan, almari sendiri, bidai sendiri, kipas sendiri. Semua sendiri. Even air panas, nurse akan hantar setiap hari di setiap katil. Tak perlu nak minta pun. Gambar ni di ambil oleh suami, sebelum gi tanya dekat guard tu hehe. Yang lagi best, bilik air ada dekat setiap section. Memang tak payah nak jalan jauh-jauh macam hospital lain, yang bilik airnya nun kat hujung. Nasiblah kalau dapat hospital bilik air kedekut, epas tu duduk katil hujung, bercinta nak pergi toilet, huhu. Alhamdulillah mujur Hospital Kluang ni tak macam tu. Memang lima bintang! Sangat kondusif suasananya. Mak kata Hospital Kluang ni dana direct dari Sultan Johor, sebab tu selesa berbanding Hospital Kerajaan negeri dan daerah lain. Wallahualam. Mesti tertanya-tanya, Syaza asyik story pasal suasana best, katil best dekat Hospital Kluang ni, tapi mana gambarnya? Ok, kalau nak tahu sebenarnya Syaza ni EMERGENCY CZER. Syaza dapat czer tu secara emergency. Memang tak sempat langsung nak snap sana sini kahkahkah. Tak apa, mari Syaza mula bercerita. 21 Mac 2018 0600 : Pada tarikh ni, Syaza dah masuk 41 minggu usia kandungan. Overdue. Doktor beri option seminggu sebelum, kalau dah 41 minggu masih belum ada tanda, perlu ke hospital untuk induce. So kira hari ni adalah hari serah diri Syaza. Syaza ingat lagi, pagi tu Syaza sengaja melambatkan nak ke hospital hahaha. Makan dulu, minum dulu. Akhirnya pukul 9 camtu barulah bertolak. Ala, tak jauh pun hospitalnya dengan rumah Syaza. Masa tu rumah mak Syaza di T6, Taman Sri Lambak. Kurang lebih dalam 15 minit macam tu. Saja Syaza lambatkan mana tau sampai je doktor kata, “Eh dah ada bukaan!” So tak payah induce kehkehkeh 0900 : Bertolaklah ke hospital. Sempat lagi minum ESP Shaklee dan kurma. Untuk beri tenaga. Syaza memang amalkan Set Hamil Shaklee dari trimester pertama mengandung sampailah nak dekat beranak ni. So ESP Shaklee ni memang dah termasuk dalam senarai Set Hamil Shaklee and always wajib for me untuk bancuh minum ESP setiap pagi. Sampai je dekat hospital, di kawasan ibu mengandung tu, kami suami isteri blur. Nak buat apa ek? Hahaha. Lepas tu dengan blur, gi tanya dekat guard, “Cik, nak masuk wad kat mana ek? Saya kena induce ni,” Mak cik guard kata tak boleh terus masuk, kena daftar dekat kaunter dalam dulu. Masa ni bangunan tu memang khas untuk ibu mengandung tau. So kaunter tu memang tak sesak, semua ibu mengandung je. Time Syaza datang pun, tak ada siapa pun. Ada dalam 2 ke 3 orang macam tu je. Masuk je dalam tu, bagi buku merah dan beritahu hari ni tarikh serah diri. Dalam 15 minit lepas tu nama Syaza di panggil. Berdebar sebab suami tak boleh masuk. Duduklah Syaza seorang diri dalam tu. Diarahkan terus tukar baju warna pink tu. Sedih juga tak de kenangan gambar dengan baju pink ni. huhu Datang doktor praktikal, macam biasa cucuk jarum. Tapi cucuk je, tak ada masuk drip or apa-apa pun. Ha, ni yang part menarik! Syaza jumpa kawan masa zaman matrik dulu dan kawan zaman sekolah hahaha. Diorang doktor dekat hospital ni. Dua-dua lelaki. Kelakar jap rasa. Hahaha. Malu pun ada. Syukur, lepas jumpa diorang tu, diorang sangat memahami dan bagi doktor perempuan uruskan Syaza. Lama jugaklah duduk dalam tu kena check. Diorang kata bacaan jantung baby tak cantik. Tapi diorang tunggu juga stay kot-kot silap baca ke kan. And banyak kali Syaza kena seluk! Kalau di tanya kena seluk tu rasa apa, rasa nak terberak hahahah. Rasa nak tumbuk je muka doktor yang seluk tu. Sakit tau tak. Banyak kali plak tu dia seluk. Bukaan tak ada pun. 1000 : Masa ni nampak muka doktor macam dah risau, mundar mandir. Syaza pun tanya doc, “Doc, semua ok ke?” “Ok, kejap yer,” Daku pun ditinggalkan dalam bilik tu. Bilik tu ada dua katil je memang khas untuk pemeriksaan ibu bersalin. Tengah duk tunggu ada datang lagi sorang ibu. Dia kat baby dia mengeras, so dia datang nak check. Syaza pun sebelum ni banyak kali juga rasa baby mengeras tapi tak ada plak Syaza rajin gi hospital terus hahaha. Sakit woo baby mengeras. Dia buat keras kejung dalam perut, sakit perut Ibu. Tunggu punya tunggu, doc datang. Doc kata nak gi sebelah, ultrasound. Syaza pun pergilah, tapi kena beratur jap sebab ada 2 Ibu lain nak scan gak dalam tu. Sampai turn Syaza, dengan kerusi rodanya baring atas katil. Inilah sarapan pagi Syaza officialy pagi tu. Cukup untuk bertahan sampai malam. Alhamdulillah. Yela lepas czer mana boleh makan setengah hari Ramai giler okay doktor dalam tu! Tapi syukur semua doc perempuan maybe sebab kawan Syaza yang minta doktor perempuan uruskan. “Awak, kena czer harini juga,” “Ha?” “Anak awak ok tapi ada satu syarat yang anak awak tak menepati untuk kami kata dia stabil. Dan air ketuban awak pun sangat kering. Kira kita czer ni macam amek risiko. Andai kata anak awak keluar, okay, alhamdulillah. Tapi andai kata sebaliknya, kita usaha. Awak nak amek risiko tunggu induce atau awak nak czer?” “Kalau doc rasa czer jalan terbaik, kita czer je la,” Berat sungguh hatiku nak menuturkan perkataan itu. “Mana suami saya?” Masa ni rasa syahdu, dalam pada doktor dan nurse tergesa, masukkan cathether tiub kencing tu yang masyaAllah sakitnya dia cucuk dalam saluran kencing kita! Air mata dah bergenang. Syaza keep on asking soalan yang sama tentang suami Syaza. “Mana suami dia?” “Ada kat luar,”, “Inform suami dia isteri dia nak czer,” “Doc, suami saya tak payah sign ke dokumen ni?” Syaza tanya sama ada suami Syaza perlu atau tak sign dokumen perjanjian czer tu. Sebab Syaza tengok dalam TV kena sign kan suami hahahaha. Terpengaruh betul! “Awak tak ada ikatkan? Kalau tak ada tak perlu suami sign,” Siap baring atas katil, dengan drip kiri kanan jarum, dan cathether. Syaza di usung keluar. “Suami saya mana?” “Panggil suami dia,” Suami Syaza pun masuk. Dia terkejut tengok Syaza macam tu. Dia nampak sedih. “Dah mintak maaf ampun dengan suami,” Pergh nangis beb! Nangis. Macam nak mati rasa. Dahlah ini pertama kali seumur hidup Syaza masuk dewan bedah. huhu Menyesal tau tak tanya suami boleh masuk ke tak. Sebenanrya boleh. Tapi dah kau tak tanya siapa suruh, sobsob. Kalau tak boleh suami sambut anak fresh, potong tali pusat. Hurmmm, it is okay, Allah punya perancangan is the best. Oh ya moment yang kelakarnya, nurse nak padamkan lipstick yang Syaza pakai tau, “Amboi cantik dia ni lipstick kau ni susah tanggal,” Hahaha kebetulan guna lipstick jenis susah tanggal. Pasrah je la nurse. Katanya nak tanggalkan supaya boleh nampak warna bibir sebenar, so that agak-agak kalau pucat boleh detect dekat situ kan. Pucat ni means waktu bedah tumpah darah banyak sangat gitu. 1100 : Waktu Syaza tengah di tolak ke bilik bedah, datang sorang Pakar Bius, sambil di tolak sambil dia explain risiko bius, lumpuhlah apa la, and then kena sign. Syaza sign dengan sign apa-apa tah hahaha. Dah atas katil kena tolak, buruklah sign-ku. Masuk bilik bedah, Syaza dah redha pasrah. Tapi syukur ya Allah semua perempuan uruskan. Doc perempuan yang bedah dan Pakar Bius pun perempuan, nurse pun of course perempuan. “Jangan nangis, sekejap lagi awak nak jumpa anak awak,” Pakar Bius mulakan cucuk kat tulang belakang, “Pegang bantal ni. Jangan bergerak ya,” “Okay, siap!” “Ada rasa kebas? Cuba gerakkan kaki ada rasa? Angkat punggung,” Tak ada rasa. Sekejap je bius menular masuk meresap. Syukur Syaza tak ada rasa sakit waktu doktor cucuk di tulang belakang. Doktor tu pun cekap. Sejuknya masyaAllah bilik bedah tu. Mencucuk sampai ke tulang! Diorang bagi Syaza warmer satu abdan tapi still sejuk. “Sejuk lagi?” Doc tanya. “Ya saya sejuk sebab saya berdebar,” “Tak apa sekejap lagi kita jumpa baby, okay,” Kalau tanya rasa tak pisau yang dia guna untuk potong? Ya, rasa. Rasa sangat zreett zreeett dia tu. Syaza bius separuh jadi Syaza sedar sepanjang pembedahan. 1241 : “Tolak lagi, tolak!” “Allahuakbar, allahuakbar!” “Dah nampak kepala, tolak,” Sempat update status. Tengok tarikh 21 Mac 2018 hehehe Perut Syaza di tekan-tekan sekejap time ni, diorang usaha nak tolak anak Syaza keluar ke bawah. Plop! Keluarlah seketul Zehraa dari perut dengan berat 3.15 kg. Masa keluar ni rasa kurus jap perut hahahahah. Uri pun di tarik keluar, fuh kosong. Dan Zehraa menangis sekuat hati. Syukur alhamdulillah, anakku selamat. And then Syaza pun menangis sekuat hati. “Jangan menangis, heartbeat awak rendah, tak satbil nanti,” Potonglah doktor ni hahaha baru nak amek feel. Terpaksa tahan air mata. hahaha “Tengok anak awak. Girl ke boy?” “Girl,” Terus nurse suakan untuk dia menyusu. Pandai plak tu mata pejam, cari susu, hihi. “Pandai dia hisap susu,” tegur nurse bila nampak Zehraa menyusu. Lepas tu Zehraa dibersihkan dan Syaza sambung untuk jahit, jahitan czer. 1400 : Selesai! Tapi belum lagi. Syaza dipindahkan dekat kawasan sementara untuk dikategorikan sebagai stabil baru dia pindah masuk wad. Stabil ni maksudnya tak muntah lepas operation dan lain-lain. Syukur doc kata Syaza tak banyak tumpah darah. 1500 : Syaza dipindahkan masuk ke dalam wad. Masa ni tak sabar nak jumpa baby! 😍 Okay sambung next entry…. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Aku yang Dulu Bukan yang Sekarang Posted on 21/08/2019 Cik Faezatul telah menderita masalah kulit berjerawat sejak sekian lama. Jerawat jenis batu dan sering bernanah serta pecah walaupun ketika dalam solat sangat merungsingkan Cik Faezatul. Lalu, beliau memilih untuk ikhtiar dengan menggunakan Set Cantik Shaklee beserta gabungan beberapa vitamin lain yang sesuai untuk menyingkirkan masalah jerawat beliau. TESTIMONI SET… Read More
Uncategorized 3 Jenis Kencing Manis Diabetes Utama Posted on 03/04/2019 “Potong kaki minum air ni!” seloroh Cik Mat pada kawannya. Dialog ini selalu kita dengar di warung, tentang manisnya suatu minuman sehingga dikaitkan dengan ‘potong kaki’ yang dikiaskan sebagai penyakit kencing manis ini. Kenapa ‘potong kaki’ dikaitkan dengan kencing manis? Sebab, di saat kritikal diabetes, kebiasaan untuk mendapat risiko potong… Read More
Uncategorized 7 Langkah Mudah Bagaimana Menjadi Mindful Eater Posted on 16/08/2019 Mindful eating bukan sebuah diet. Tetapi ia adalah salah satu jenis meditasi yang mendidik kita untuk mengawal emosi serta sensasi fizikal terhadap makanan. Antara kelebihan mindful eating ini ialah kita boleh mengawal keinginan melampau atau cravingness terhadap makanan serta membantu untuk menurunkan berat badan. Selain itu, mindful eating juga boleh… Read More