Apa Beza Sunburn Dengan Suntan? Posted on 11/07/201920/11/2024 Last updated on November 20th, 2024 at 02:24 pm Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan. Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang. BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN.. Sebenarnya, sunburn dan suntan ada perbezaanya. Secara umumnya, sunburn ni, kulit akan jadi kemerahan, dan biasanya menyerang mereka yang berkulit cerah. Manakala, suntan pula adalah keadaan kulit menjadi lebih gelap dari kulit asal dan biasanya menyerang mereka yang berkulit gelap. Sunbathing : Sengaja mendedahkan diri dengan UV Di negara 4 musim, apabila tiba waktu musim panas, kebanyakan mereka yang berkulit cerah nak rasa perasaan memiliki kulit yang lebih gelap. Jadi mereka suka mendedahkan diri dengan matahari di tepi pantai untuk mendapatkan suntan. Nama lainnya ialah sunbathing. Namun semua ini hanya mendedahkan kepada risiko penyakit kulit atau lebih teruk, kanser kulit. SEMUA SEBAB MELANIN.. Setiap dari kita mempunyai kandungan melanin yang berbeza. Melanin adalah ejen yang bertanggungjawab memberikan warna kulit kita. Seseorang yang berkulit gelap mempunyai kandungan melanin yang tinggi. Manakala, mereka yang mempunyai kulit cerah memiliki kandungan melanin yang rendah dan sedikit. CARA MELANIN BEKERJA.. Berikut adalah cara macam mana melanin menyebabkan kulit kita burn atau tan : Kebiasannya badan kita buat melanin untuk melindungi lapisan kulit paling dalam daripada rosak Apabila kulit rosak kerana cahaya matahari, melanin akan terhasil lebih banyak daripada biasa untuk melindungi kulit daripada rosak lagi. Ini yang menyebabkan warna kulit berubah warna Mereka yang berkulit gelap akan lebih gelap, atau tan jika terdedah cahaya matahari Mereka yang berkulit cerah akan menjadi kemerah-merahan, atau burn jika terdedah kepada cahaya matahari. Selain dari suntan atau sunburn, ada juga mereka yang mendapat tompokan tak sekata atau freckles. Melanin kulit cerah lebih sedikit berbanding kulit gelap Dan jangan fikir, walauapun kita ada kulit yang semulajadi gelap atau tak pernah burn dan sentiasa tan, kulit kita takkan rosak. Kita tetap ada potensi untuk memiliki kulit yang rosak sekiranya tidak memakai sunscreen atau sunblock apabila keluar rumah. Macam udang terbakar! Jadi lepas ni, kita cuba periksa kulit masing-masing. Selepas seharian main pantai, kulit jadi merah macam udang terbakar atau kulit lebih gelap? Kalau macam udang merah, sunburn. Kalau lebih gelap, kena suntan la tu. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Testimoni Collagen Shaklee : Kulit Cerah Seawal 2 Minggu Posted on 22/04/2019 Syaza ada nak share 3 testimoni yang memang terbaik dan the best! Kita boleh usha dan tengok sendiri Facebook tuan punya badan dari testimoni ni sendiri tau. Kalau rajin, boleh cari gambar mereka yang lama-lama dan compare sendiri dengan yang sekarang. Memang berbeza hasil kulit yang amalkan Collagen Shaklee. Kalau… Read More
6 Makanan Terbaik Untuk Penghidap Kencing Manis Posted on 06/04/2019 Kawalan ke atas kencing manis adalah sangat perlu bagi mengelakkan ianya semakin teruk dari hari ke hari. Oleh itu, amat penting untuk kita tahu apa makanan terbaik yang boleh kerap di ambil bagi penghidap kencing manis. Di sini, disenaraikan 10 makanan terbaik untuk mereka yang ada kencing manis. Walaubagaimanapun, sebenarnya,… Read More
Uncategorized Jantung Sihat Menjemput Kebahagiaan Posted on 20/08/2019 Jantung berdegup pada setiap saat, 24 jam sehari tanpa berehat. Secara purata sepanjang hayat seseorang, jantung berdegup sebanyak 2.5 billion kali. Ia adalah organ yang paling penting. Tanpanya, beerti kita mati, tidak lagi bernafas. Oleh itu, amat penting sekali untuk kita jaga sebaiknya jantung bermula dari hari ini. Perlu ke… Read More
Sis ko SunTan leee…memang kalah betul dengan matahari, cepat beno hitamnyaa walaupun guna spf beso sekalipun..