8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda Posted on 06/08/201930/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 06:49 am 8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda 1. Teh Hijau Kandungan antioskidan di dalam teh hijau boleh membantu melambatkan proses penuaan. Teh hijau berfungsi untuk membuang toksin dalam badan yang terhasil dari pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan dan persekitaran. Ia juga kaya dengan sumber catechins yang terbukti membantu untuk mengelakkan tisu badan rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel badan dan tisu yang akan menyebabkan terjadinya penuaan awal. Oleh itu pengambilan teh hijau mampu membantu untuk memberikan kulit yang lebih muda. 2. Koko Koko merupakan senarai wajib yang perlu diletakkan di dalam minuman awet muda kita. Koko digunakan untuk menghasilkan coklat, ubatan, makanan dan juga pelbagai minuman kecantikan seperti yang terdapat di pasaran kebanyakkannya. Minuman koko kaya dengan flavonols yang terkenal dalam melancarkan aliran darah. Mengekalkan keremajaan dan kesihatan aliran darah dalam badan kita membantu mengurangkan risiko penyakit buah pinggang, diabetes jenis ii dan juga tekanan darah tinggi. Malah paling penting sekali ialah, apabila aliran darah lancar kulit akan lebih anjal dan berseri, serta kemerah-merahan secara semulajadi dan lebih awet muda! Baca di sini >> 10 Jenis Makanan Kaya Kalsium untuk Vegetarian 3. Yogurt Yogurt sudah lama terkenal dengan fungsinya dalam memberi kecantikan kulit. Ia kaya dengan kalsium bagi membantu memperbaiki kesihatan tulang serta mengelakkan osteoporosis. Yogurt mengandungi bakteria baik yang membantu untuk menjadikan sistem imun dan pencernaan berfungsi dengan sempurna. Di samping itu, bakteria baik ini memberikan yogurt fungsi untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan usus. Usus yang sihat, menunjukkan badan kita bebas daripada toksin. Badan yang bebas toksin akan terserlah kecantikannya di luaran. Perkara ini akan menyumbang kepada kulit wajah yang sihat, cerah dan lebih muda. Baca di sini >> 5 Tips Pilih Protein Sihat Untuk Kulit 4. Susu Soya Susu soya adalah minuman awet muda paling efektif terutama bagi perempuan. Ia mengandungi flavonoids dan antioksidan yang membantu menyerang keradangan. Malah jenis flavonoids yang terdapat di dalam susu soya boleh meningkatkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan. Hal ini akan membuat kulit lebih anjal dan gebu, serta mengelakkan berlakunya pembentukan kedutan dan garis halus. Maka, tambahkan susu soya di dalam diet harian untuk memberikan kulit yang lebih muda. Baca di sini >> 7 Mitos Kacang Soya Ramai Ingat Betul, Sebenarnya.. 5. Jus Beetroot Beetroot atau ubi bit merah dalam Bahasa Melayu ini adalah jus harian yang sangat baik untuk melancarkan aliran darah kepada otak. Malah ia juga terkenal dalam membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan usia seperti dementia. Beetroot mengandungi nitrate, satu bahan yang wujud secara semulajadi di dalam tanah dan di serap oleh sayuran seperti beetroot ini. Kajian menunjukkan pengambilan sayuran yang kaya dengan nitrate semulajadi seperti beetroot boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s, dementia dan juga menjadikan kulit lebih awet muda. Baca di sini >> Susu Soya Shaklee : Soya Semulajadi, Non-GMO Soy 6. Jus Pegaga Dalam masyarakat Melayu, pegaga bukanlah perkara yang asing. Namun, ada di antara kita belum tahu yang sebenarnya daun pegaga boleh dijadikan jus minuman harian untuk kesihatan dan kulit yang lebih cantik berseri. Rasanya yang semestinya tidak sedap seperti jus atau minuman lain yang disenaraikan di sini, tetapi khasiatnya sangat baik. Bagi yang ingin mencuba jus pegaga boleh mendapatkan dan membuatnya sendiri di rumah. Jadikan ia minuman harian bagi mengelakkan masalah penuaan awal. 7. Jus Buah Buah merupakan sumber mineral, fiber, vitamin dan antioksidan terbaik untuk kulit. Setiap buah mempunyai kelebihan tersendiri. Kita perlu memastikan dalam sehari ada pengambilan jus buah yang segar. Buah seperti lemon, anggur, delima adalah antara jenis buah yang sangat popular bagi mengekalkan kulit yang awet muda. Buah-buahan ini kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang membantu melambatkan proses penuaan serta memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik. Baca di sini >> Netizen Ingat Mak Mertua Boyfriend Suami, Azie Korek Rahsia Awet Muda Mertua 8. Air Kosong Tidak dapat dinafikan lagi kuasa air kosong ini kepada kecantikan dan kesihatan kulit kita. Untuk kulit yang kekal muda dan tidak tercemar dengan sebarang jenis pigmentasi serta tanda penuaan lain, kita hendaklah memastikan kulit kita dalam keadaan yang lembap serta tidak terlalu kering. Hal ini kerana kulit yang kering akan menyebabkan terjadinya penampakan garis halus dan kedutan yang sangat mudah. Minum air kosong secukupnya dalam sehari mengikut keperluan masing-masing. Kulit yang lembap akan kelihatan lebih muda dan anjal. Baca Selanjutnya : 10 Jenis Makanan Kaya Kalsium untuk VegetarianSusu Soya Shaklee : Soya Semulajadi, Non-GMO SoyProduk Suplemen No #1 untuk Awet Muda Tips Awet Muda Menurut Islam Tips Sihat : 5 Tips Pilih Protein Sihat Untuk Kulit7 Mitos Kacang Soya Ramai Ingat Betul, Sebenarnya..Netizen Ingat Mak Mertua Boyfriend Suami, Azie Korek Rahsia Awet Muda Mertua5 Sebab Wajib Minum Air Cukup Setiap Hari Share on Social Media x facebook emailwhatsapp Post navigation Previous postNext post Related Posts Tips Kecantikan 6 Cara Mudah Hilangkan Mata Panda Posted on 15/05/202030/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 06:34 am Mata panda sangat comel pada panda, tapi bukan untuk kita, Tak kira la apa nama kita sebut sama ada mata panda,mata raccoon, atau mata sembap dan lain-lain, kalau nak tahu berdasarkan kajian pada tahun 2006, kajian oleh sebuah syarikat kecantikan, masalah… Read More Antioksidan 7 Antioksidan Untuk Kulit Anda Lebih Awet Muda Posted on 01/06/202302/06/2023 Last updated on June 2nd, 2023 at 11:07 pm Antioksidan untuk Kulit | Antioksidan ialah bahan yang boleh mencegah atau melambatkan beberapa jenis kerosakan sel dengan menyelia radikal bebas dan tekanan oksidatif. Badan manusia akan melalui tekanan oksidatif yang mengakibatkan masalah penuaan dan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser…. Read More Shaklee Collagen Powder Ini Adalah 5 Sebab Mengapa Awak Perlu Untuk Makan Kolagen Posted on 15/05/201919/06/2022 Last updated on June 19th, 2022 at 07:08 am Kolagen ialah sejenis protein penting yang ada pada setiap orang. Persoalannya hari ini, adakah perlu untuk ambil kolagen? Dalam artikel ini, awak akan mengetahui 5 sebab kenapa awak perlukan kolagen. 5 Sebab Awak Perlu Makan Kolagen 1. Kulit Tidak Cepat Tua… Read More Comments (4) Just buah dan air kosong tu setakat ni alhamdulillah kerap diamalkan. Reply Inilah rahsia kulit Kak PC maintain awet muda jelita 🥰 Reply kena rajin minum air kosong skrg nie.. thanks share syaza.. Reply Betul, cuaca pun panas 🙂 Sesama akak. Reply Leave a Reply Cancel replyYour email address will not be published. Required fields are marked *Comment * Name * Email * Website Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Tips Kecantikan 6 Cara Mudah Hilangkan Mata Panda Posted on 15/05/202030/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 06:34 am Mata panda sangat comel pada panda, tapi bukan untuk kita, Tak kira la apa nama kita sebut sama ada mata panda,mata raccoon, atau mata sembap dan lain-lain, kalau nak tahu berdasarkan kajian pada tahun 2006, kajian oleh sebuah syarikat kecantikan, masalah… Read More
Antioksidan 7 Antioksidan Untuk Kulit Anda Lebih Awet Muda Posted on 01/06/202302/06/2023 Last updated on June 2nd, 2023 at 11:07 pm Antioksidan untuk Kulit | Antioksidan ialah bahan yang boleh mencegah atau melambatkan beberapa jenis kerosakan sel dengan menyelia radikal bebas dan tekanan oksidatif. Badan manusia akan melalui tekanan oksidatif yang mengakibatkan masalah penuaan dan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser…. Read More
Shaklee Collagen Powder Ini Adalah 5 Sebab Mengapa Awak Perlu Untuk Makan Kolagen Posted on 15/05/201919/06/2022 Last updated on June 19th, 2022 at 07:08 am Kolagen ialah sejenis protein penting yang ada pada setiap orang. Persoalannya hari ini, adakah perlu untuk ambil kolagen? Dalam artikel ini, awak akan mengetahui 5 sebab kenapa awak perlukan kolagen. 5 Sebab Awak Perlu Makan Kolagen 1. Kulit Tidak Cepat Tua… Read More