Apa Beza Sunburn Dengan Suntan? Posted on 11/07/201920/11/2024 Last updated on November 20th, 2024 at 02:24 pm Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan. Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang. BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN.. Sebenarnya, sunburn dan suntan ada perbezaanya. Secara umumnya, sunburn ni, kulit akan jadi kemerahan, dan biasanya menyerang mereka yang berkulit cerah. Manakala, suntan pula adalah keadaan kulit menjadi lebih gelap dari kulit asal dan biasanya menyerang mereka yang berkulit gelap. Sunbathing : Sengaja mendedahkan diri dengan UV Di negara 4 musim, apabila tiba waktu musim panas, kebanyakan mereka yang berkulit cerah nak rasa perasaan memiliki kulit yang lebih gelap. Jadi mereka suka mendedahkan diri dengan matahari di tepi pantai untuk mendapatkan suntan. Nama lainnya ialah sunbathing. Namun semua ini hanya mendedahkan kepada risiko penyakit kulit atau lebih teruk, kanser kulit. SEMUA SEBAB MELANIN.. Setiap dari kita mempunyai kandungan melanin yang berbeza. Melanin adalah ejen yang bertanggungjawab memberikan warna kulit kita. Seseorang yang berkulit gelap mempunyai kandungan melanin yang tinggi. Manakala, mereka yang mempunyai kulit cerah memiliki kandungan melanin yang rendah dan sedikit. CARA MELANIN BEKERJA.. Berikut adalah cara macam mana melanin menyebabkan kulit kita burn atau tan : Kebiasannya badan kita buat melanin untuk melindungi lapisan kulit paling dalam daripada rosak Apabila kulit rosak kerana cahaya matahari, melanin akan terhasil lebih banyak daripada biasa untuk melindungi kulit daripada rosak lagi. Ini yang menyebabkan warna kulit berubah warna Mereka yang berkulit gelap akan lebih gelap, atau tan jika terdedah cahaya matahari Mereka yang berkulit cerah akan menjadi kemerah-merahan, atau burn jika terdedah kepada cahaya matahari. Selain dari suntan atau sunburn, ada juga mereka yang mendapat tompokan tak sekata atau freckles. Melanin kulit cerah lebih sedikit berbanding kulit gelap Dan jangan fikir, walauapun kita ada kulit yang semulajadi gelap atau tak pernah burn dan sentiasa tan, kulit kita takkan rosak. Kita tetap ada potensi untuk memiliki kulit yang rosak sekiranya tidak memakai sunscreen atau sunblock apabila keluar rumah. Macam udang terbakar! Jadi lepas ni, kita cuba periksa kulit masing-masing. Selepas seharian main pantai, kulit jadi merah macam udang terbakar atau kulit lebih gelap? Kalau macam udang merah, sunburn. Kalau lebih gelap, kena suntan la tu. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Zinc Plus Shaklee [Kelebihan, Fungsi dan Kebaikan] Posted on 25/09/201817/08/2023 Last updated on August 17th, 2023 at 07:43 amZinc adalah antara salah satu dari 200 mineral penting yang diperlukan tubuh kita. Tidak seperti vitamin jenis larut lemak yang lain, zinc tidak dihasilkan dan di simpan dalam tubuh dalam tempoh yang lama. Oleh itu, kita perlu pastikan pengambilan zinc adalah cukup dari pemakanan… Read More
Uncategorized 5 Tips Pilih Protein Sihat Posted on 18/10/2017 TIPS PILIH PROTEIN SIHAT Dalam piramid makanan, protein terletak di tangga kedua selepas karbohidrat. Ini menunjukkan bahawa protein penting untuk badan kita selepas karbohidrat. Bagaimana cara pilih protein yang sihat? Perlu ke tahu cara pilih protein yang sihat? Adakah wujud protein tidak sihat? 5 Tips Pilih Protein Sihat 1. Protein Tumbuhan… Read More
Uncategorized Testimoni Alfalfa Shaklee : Resdung Alahan Dah Baik Posted on 03/04/2019 Testimoni Alfalfa Shaklee : Resdung Alahan Dah Baik Alfalfa (small) RM 58 “Puteri, kalau stop makan Alfalfa, terus naik jerawat! Makan balik, terus ok. Aunty, parut lama-lama semua nampak pudar. Kalau selalu makan seafood gatal-gatal. Makan Alfalfa, baru tak gatal. One more thing, senang ke toilet. Memang senang. Kalau tak… Read More
Sis ko SunTan leee…memang kalah betul dengan matahari, cepat beno hitamnyaa walaupun guna spf beso sekalipun..