7 Langkah Mudah Bagaimana Menjadi Mindful Eater Posted on 16/08/2019 Mindful eating bukan sebuah diet. Tetapi ia adalah salah satu jenis meditasi yang mendidik kita untuk mengawal emosi serta sensasi fizikal terhadap makanan. Antara kelebihan mindful eating ini ialah kita boleh mengawal keinginan melampau atau cravingness terhadap makanan serta membantu untuk menurunkan berat badan. Selain itu, mindful eating juga boleh memberi kita kepuasan apabila makan sesuatu makanan walaupun bukan dalam kuantiti yang banyak. Di samping itu juga mindful eating selari dengan didikan dan ajaran Rasulullah SAW yang mengajak kita untuk selalu berhenti sebelum kenyang. Namun, sebenarnya bagaimana cara untuk nak jadi seorang mindful eater? Sebab itu anda di sini, jom dapatkan 7 langkah dan cara mudah cara untuk menjadi seorang mindful eater! 7 Langkah Mudah ke Arah Mindful Eater 1. Hargai Makanan yang dihidangkan Pertama sekali, hargailah walau apa jua jenis makanan yang dihidangkan asalkan halal dan bersih. Antara cara paling mudah dan disarankan untuk hargai makanan ialah dengan berdoa sebelum mulakan makan. Minta supaya apa yang kita makan itu diberkati dan beri manfaat pada tubuh badan kita supaya kekal sihat selalu. Baca : Hilang Berat Badan 35 kg : Saya Perlukan LEBIH dari MOTIVASI 2. Guna Deria 5 Rasa Sewaktu di meja makan, elakkan melakukan perkara lain selain dari makan! Letak tepi telefon bimbit, atau jangan menonton TV sewaktu makan. Fokus pada makanan dan gunakan deria 5 rasa untuk menikmati makanan dengan cara sebenar. Dengar, lihat, bau, sentuh dan rasa makanan anda dengan nikmatnya. Baca : Minuman Diet Cinch Shake Shaklee Kegemaran Ramai 3 Perisa (Coklat, Vanilla, Latte) 3. Makan Sikit dalam Satu Masa Proses pencernaan akan menjadi lebih baik dengan cara mengambil dan menggigit makanan dalam kuantiti yang lebih sedikit pada satu masa. Proses pemecahan makanan bermula dari dalam mulut. Kunyah dengan baik supaya lidah dan lelangit kita dapat rasa makanan tersebut. Baca : 6 Makanan Untuk Terbaik Penghidap Kencing Manis 4. Makan Perlahan Otak kita akan dapat arahan bahawa kita sudah hampir kenyang sekiranya kita makan secara perlahan-lahan. Perkara ini membantu untuk kita berhenti sebelum kenyang dan tidak terlebih makan. 5. Tidak Skip Waktu Makan Antara faktor kita terlebih makan adalah kerana kita kurang makan. Apabila kita skip atau tinggalkan waktu makan, otak akan dapat arahan yang kita memang tengah sangat lapar dan otak gagal berfungsi dengan baik maka tidak dapat membuat pilihan bijak. Akhirnya kita akan makan dalam kuantiti yang sangat banyak. 6. Hidang Cara Sederhana Gunakan pinggan yang kecil atau yang saiznya kurang dari 9 inci. Selain dari buat kita cepat penuh, kita juga akan elakkan pembaziran makanan jika tidak habis. 7. Banyak Sayuran dan Buah dalam Menu Makan buah atau sayuran 30 minit sebelum makan sebenar. Ia akan bantu untuk perut cepat kenyang walaupun dengan hidangan yang sangat sedikit. Baca : 10 Jenis Makanan Sumber Kalsium untuk VEGETARIAN Doa Sebelum & Selepas Makan Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 10 Tanda Kurang Kalsium & Cara Atasi Posted on 08/09/2018 window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag(‘js’, new Date()); gtag(‘config’, ‘UA-107780036-3’); PENGENALAN Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan tubuh badan kita. 99% badan kita menggunakan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Selain dari itu, kalsium turut berfungsi dalam rangsangan otak, proses pembekuan darah dan pergerakan otot. 10… Read More
Uncategorized 9 Makanan Untuk Kesan Kulit Awet Muda Posted on 07/08/2019 Penuaan adalah normal. Tetapi ada beberapa jenis makanan yang boleh bantu kita untuk tampak tua yang sihat, cantik berseri atau nama lainnya, awet muda! 9 Makanan Bantu Kulit Awet Muda 1. Minyak Zaitun Minyak zaitun ialah salah satu lemak yang paling sihat di dunia. Kajian menunjukkan ia boleh mengelakkan masalah… Read More
Uncategorized Bermain di AEON Mall Nilai Kidzoona Kiddytopia Best! Posted on 25/08/201925/05/2022 Last updated on May 25th, 2022 at 02:42 pm Semenjak duduk di Bangi ni Syaza suka benar melangkahkan kaki ke AEON Mall di Nilai. Maklumlah dekat Bangi belum ada AEON. Salah satu sebab Syaza suka ke AEON kat Nilai ni kerana ada Kidzoona! Atau nama lain Kidzoona dekat sini ialah… Read More