Mindful eating bukan sebuah diet. Tetapi ia adalah salah satu jenis meditasi yang mendidik kita untuk mengawal emosi serta sensasi fizikal terhadap makanan. Antara kelebihan mindful eating ini ialah kita boleh mengawal keinginan melampau atau cravingness terhadap makanan serta membantu untuk menurunkan berat badan. Selain itu, mindful eating juga boleh memberi kita kepuasan apabila makan sesuatu makanan walaupun bukan dalam kuantiti yang banyak.
Di samping itu juga mindful eating selari dengan didikan dan ajaran Rasulullah SAW yang mengajak kita untuk selalu berhenti sebelum kenyang. Namun, sebenarnya bagaimana cara untuk nak jadi seorang mindful eater? Sebab itu anda di sini, jom dapatkan 7 langkah dan cara mudah cara untuk menjadi seorang mindful eater!
7 Langkah Mudah ke Arah Mindful Eater
1. Hargai Makanan yang dihidangkan
2. Guna Deria 5 Rasa
Sewaktu di meja makan, elakkan melakukan perkara lain selain dari makan! Letak tepi telefon bimbit, atau jangan menonton TV sewaktu makan. Fokus pada makanan dan gunakan deria 5 rasa untuk menikmati makanan dengan cara sebenar. Dengar, lihat, bau, sentuh dan rasa makanan anda dengan nikmatnya.
3. Makan Sikit dalam Satu Masa
Proses pencernaan akan menjadi lebih baik dengan cara mengambil dan menggigit makanan dalam kuantiti yang lebih sedikit pada satu masa. Proses pemecahan makanan bermula dari dalam mulut. Kunyah dengan baik supaya lidah dan lelangit kita dapat rasa makanan tersebut.
4. Makan Perlahan
Otak kita akan dapat arahan bahawa kita sudah hampir kenyang sekiranya kita makan secara perlahan-lahan. Perkara ini membantu untuk kita berhenti sebelum kenyang dan tidak terlebih makan.
5. Tidak Skip Waktu Makan
Antara faktor kita terlebih makan adalah kerana kita kurang makan. Apabila kita skip atau tinggalkan waktu makan, otak akan dapat arahan yang kita memang tengah sangat lapar dan otak gagal berfungsi dengan baik maka tidak dapat membuat pilihan bijak. Akhirnya kita akan makan dalam kuantiti yang sangat banyak.
6. Hidang Cara Sederhana
7. Banyak Sayuran dan Buah dalam Menu