CarotoMax® Shaklee (Fungsi, Manfaat, Testimoni dan Harga) Posted on 11/04/2020 Pernah terfikir kenapa ada sayur dan buah yang memiliki warna tertentu? Lobak, berwarna merah. Malah ada juga lobak yang berwarna ungu seperti Lobak Ungu (Purple Carrot) yang menjadi salah satu bahan utama di dalam Vivix Shaklee. Bukan itu sahaja, lada benggala atau capsicum, ada yang memberi kita warna merah, kuning dan juga hijau. Sebenarnya apa hikmah di sebalik warna yang pelbagai ini? Kalau nak tahu, ada sejenis pigmen di dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan juga buah yang diciptakan oleh Allah, membantu memberikan warna kepada sayur ini iaitu di beri nama karotenoids. Selain daripada warna yang menarik, fungsi asal karotenoids ialah untuk melindungi sayuran dan buah daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini fakta yang sangat menarik! Pengenalan CarotoMax® CarotoMax® yang kaya dengan karotenoid membantu memberikan perlindungan antioksidan serta melindungi sel-sel dari dalam. Shaklee telah mengambil manfaat daripada mekanisma perlindungan antioksidan yang dijumpai daripada buah-buahan, sayuran serta tumbuhan lain. Pelbagai bentuk karotenoid telah diasingkan dan dihasilkan dalam bentuk semulajadi. Keistimewaan supplemen karotenoid dari Shaklee ini ialah, CarotoMax® mengandungi enam jenis karotenoid penting termasuk astaxanthin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxanthin yang di ekstrak dengan kepekatan yang sangat tinggi. Secara purata, dalam sehari, pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena hanya sekitar 8mg. Tetapi CarotoMax menyediakan lebih daripada 13mg karotenoid yang memberi pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita. Jika anda sedang mencari supplemen yang memiliki ciri perlindungan yang sama seperti sayur dan buah-buahan, CarotoMax® Shaklee adalah jawapannya. Fungsi & Manfaat CarotoMax® CarotoMax® memberi manfaat karotenoids sebagai antioksidan yang membantu melindungi tubuh badan daripada penyakit dan juga meningkatkan sistem imun badan. Kesihatan Mata Pengambilan CarotoMax® membantu perkembangan sel di dalam mata dan melindungi daripada terjadi kerosakan abnormal sel. Salah satu punca utama buta ialah degenerasi macular atau nama lainnya ialah degenerasi kawasan tengah retina mata. Pendedahan jangka masa panjang dengan blue light boleh mengakibatkan proses degenerasi ini berlaku dan memberi sumbangan negatif terhadap keseluruhan kesihatan mata. Karotenoids lutein dan zeaxanthin yang terkandung di dalam CarotoMax® yang juga ditemui berada sendiri dalam kawasan retina mata membantu menyerap blue light dan mengelakkan kerosakan mata akibat pendedahan jangka masa panjang dengan blue light itu tadi. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Dr Johanna M. Seddon bersama Universiti Harvard menemui pengambilan sekurang-kurangnya 6 mg lutein sehari membantu mengurangkan risiko degenerasi makular sebanyak 43%. Menurut beliau lagi, supplemen lutein boleh didapati dalam bentu soft gel. Sebagaimana CarotoMax® Shaklee, ia juga dalam bentuk soft gel, kapsul lembut. Dr Johanna juga mengatakan bahawa, supplemen yang mengandungi lutein ini di serap dengan baik sekiranya di ambil bersama amaun lemak baik seperti minyak zaitun. Carotomax dalam bentuk softgel Manakala, zeaxanthin membantu melambatkan kerosakan mata dan mengelakkan keadaan mata yang rosak daripada bertambah parah. Dos yang disarankan untuk mengekalkan kesihatan mata ialah bermula daripada 6 mg hingga 30 mg sehari. CarotoMax® Shaklee menyediakan kandungan karitenoids dari jenis lutein salah satunya, sebanyak 13 mg. Kesihatan Kardiovaskular Antioksidan karotenoids merendahkan risiko keradangan kepada tubuh badan. Sifat antiradang yang ada pada karotenoids ini ditemui boleh menambahbaik kesihatan kardiovaskular. Ia mengurangkan keradangan dan melindungi jantung serta mengelakkan masalah dinding arteri jantung tersumbat. Menghalang Pembiakan Sel Abnormal Antioksidan sememangnya berfungsi untuk melindungi sel badan kita daripada di serang oleh radikal bebas atau pun sebarang partikel, virus, mikrob atau apa sahaja daripada menyebabkan kerosakan sel membran. Dengan meningkatkan pengambilan karotenoids dalam diet harian, ia membantu meningkatkan perlindungan antioksidan terhadap sel. Hal ini sangat penting dalam mengelakkan terjadinya perkembangan sel abnormal yang tidak diingini oleh setiap daripada kita. Karotenoids juga didapati membantu merendahkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru. Sekiranya anda ialah seorang perokok tegar, anda berisiko menelan beribu bahan kimia yang menyebabkan kerosakan utama terhadap badan anda sendiri. Sebuah kajian menunjukkan, karotenoids memberi risiko yang rendah daripada mendedahkan diri terhadap penyakit kanser peparu. Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan bagi seorang perokok untuk berhenti merokok dan meningkatkan pengambilan karotenoids dalam diet harian bagi memberi ruang kepada paru-paru untuk ‘sembuh’ dengan sendirinya. Melindungi Sistem Imun Badan Kita sebagai manusia tak boleh menghasilkan dan sintesis karotenoids sendiri. Wajib untuk kita dapatkannya dalam diet harian. Karotenoids yang paling penting untuk kita bagi meningkatkan fungsi imun tubuh ialah beta-karotena, lutein dan likopena (lycopene). Lutein dan likopena yang terkandung dalam CarotoMax® Shaklee ini berfungsi sebagai pembunuh semulajadi sel jahat badan, serta meningkatkan produksi dan aktiviti sistem imun badan kita. Selain daripada ianya menyumbang terhadap proses anti radang. Beta karotena yang juga ada dalam CarotoMax® Shaklee ialah sejenis provitamin A karotenoid. Asid retonik, ialah sejenis metabolite yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia melalui beta karotena ini, merupakan metabolit aktif yang memberi kesan kepada sistem imun untuk menjalankan fungsi homestasis dan perlindungan badan dengan baik. Testimoni CarotoMax® Shaklee Harga dan Cara Pengambilan CarotoMax® Shaklee Sebotol berharga RM 77.50. Sehari ambil 1 biji selepas makan. Sebotol mengandungi 30 kapsul softgel dan boleh digunakan sebulan jika mengikut pengambilan konsisten sehari 1 kapsul. Order Shaklee Order direct dari sini dengan menggunakan kad kredit atau kad debit >> Order direct dari HQ Shaklee atau// Hubungi Syaza di 0187684817 untuk Syaza uruskan order anda (klik untuk WhatsApp) Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 5 Golongan Kerap Jatuh Sakit Posted on 12/09/2019 Kalau nak tahu ada 5 golongan yang kerap jatuh sakit kerana golongan ini kebiasaannya mudah terdedah kepada radikal bebas, virus dan bakteria di kawasan persekitaran. 5 Golongan Kerap Jatuh Sakit 1. Pengembara Mereka yang sering mengembara, travel atau sering dari satu tempat ke tempat yang lain (bekerja outstation dan lain-lain)… Read More
Uncategorized 10 Artis Popular Mati Akibat Kemurungan Posted on 25/10/2018 Ada banyak kes-kes yang melibatkan bunuh diri dan juga bunuh orang lain akibat kesan kemurungan melampau. Please, jangan ambil remeh kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau kenalan kita yang kita lihat ada tanda-tanda murung ni. Hulurkan bantuan untuk dengari mereka. Tips berhadapan dengan pesakit murung: Banyakkan mendengar Elak judge dan… Read More
Uncategorized Selepas 2 Bulan Lingkaran Gelap Pipi Kurang Posted on 21/09/2019 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee (Starter Set) Saya ada masalah kulit yang kering. Dan ada lingkaran gelap di bahagian pipi serta dagu. Selepas 2 bulan guna YOUTH Starter Set, lingkaran gelap bahagian pipi dah berkurangan dan kulit bahagian dagu lebih cerah. YOUTH Starter Set sedang dalam promosi bulan ini Nak dapatkan… Read More