Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu, Boleh Ke? Posted on 14/04/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Awak nak kurus, dan dalam masa yang sama awak sedang menyusu badan. Jadi, awak pun go through pembacaan demi pembacaan untuk dapatkan sebuah meal replacement yang boleh membantu awak untuk kurus. Dan awak jumpa dengan Cinch Shake Shaklee.Tetapi, awak tak yakin.. “Boleh ke Ibu Menyusu minum Cinch Shake ni?” Sebab, awak rasa seperti jarang nampak orang yang menyusu ambil Cinch Shake.Kalau begitu, blogpost ini adalah untuk awak. Teruskan membaca untuk dapatkan jawapan sama ada boleh atau tidak untuk awak minum Cinch Shake Shaklee bagi mencapai berat badan ideal idaman dan dalam masa yang sama menyusukan anak! Tonton Video Ini: Ibu Menyusu dan Cinch Shake Shaklee Ibu Menyusu Perlu Kalori Lebih Ibu menyusu perlu lebih kalori dan protein daripada ibu yang mengandung untuk menghasilkan susu badan yang bukan sahaja banyak dari segi kuantiti tetapi juga berkualiti. Tubuh badan awak memerlukan sebanyak 20 kcal bagi setiap 30 milimiter susu badan yang dihasilkan! Kesan daripada pengambilan kalori dan protein yang tidak cukup bukan sahaja boleh menjejaskan penghasilan susu badan malah ia boleh memudaratkan badan awak sendiri. Awak akan rasa menggigil, mudah pengsan dan lain-lain. Ibu Menyusu Nak Kurus - Berat Badan Ideal Namun begitu, adalah penting untuk kita mengekalkan berat badan yang ideal supaya ia juga turut memberi kelebihan untuk kesihatan badan kita sendiri. Tetapi, kebanyakan dari kita akan rasa bersalah apabila cuba untuk mencatu makanan ketika sedang menyusukan anak kerana risau mengenai susu badan untuk anak, cukup atau tidak bila kita mula berkira-kira untuk diet. Tambahan pula, cabaran terbesar ibu menyusu adalah – cepat lapar! Oleh itu, makan dengan ibu menyusu memang susah untuk dipisahkan. Mungkin mudah bagi orang lain, tetapi tidak untuk kita. Protein dan Penghasilan Susu Badan Kajian menunjukkan bahawa, kurang kalori sebenarnya tidak akan menjejaskan penghasilan susu badan. Tetapi, jika awak kurang pengambilan protein dalam diet harian yang itu akan menyebabkan kurangnya susu badan awak. Sebagai ibu menyusu, adalah disarankan untuk mengambil lima hingga tujuh hidangan protein setiap hari iaitu seperti:Segenggam kekacang2 keping kejuAyam sebesar tapak tangan (jika bahagian drumstick perlu dua bahagian)Daging sebesar tapak tanganIkan setengah saiz sederhana1 cawan susuSotong (sebesar tangan)1 biji telur ayamUdang (4-6 ekor) Protein Cinch Shake Shaklee untuk Ibu Menyusu? Cinch Shake dari Shaklee ialah sebuah protein shake yang akan melengkapkan diet harian awak dan dalam masa yang sama membantu untuk menghasilkan susu badan yang baik walaupun awak sedang dalam proses untuk mencapai berat badan ideal.Oleh itu, jawapannya adalah, Cinch Shake Shaklee sesuai dan boleh di ambil oleh ibu menyusu. Meal Replacement Cinch Shake - Untuk Ibu Menyusu Nak Kurus Setiap serving Cinch Shake cuma membekalkan 180 kcal sahaja tetapi ianya kaya dengan protein iaitu sebanyak 16 g bagi satu hidangan. Cinch Shake ini awak boleh ambil sebagai meal replacement yang sangat mengenyangkan. Satu hidangan Cinch Shake ialah seperti nasi bersama lauk pauk yang lengkap! Jadi selepas awak ambil Cinch Shake, awak boleh untuk tidak ambil makan makanan lain malah, awak sendiri akan berasa kenyang dan tak nak makan makanan lain pun selepas minum Cinch Shake Shaklee. Tambah ESP Khas Sebagai Milkbooster Namun begitu, jika awak ingin mengambil Cinch Shake Shaklee untuk kurus dan dalam masa yang sama menyusu, adalah sangat disarankan untuk awak gabungkan bersama ESP. Hal ini kerana, ESP ialah protein asas sebagai milkbooster untuk ibu menyusu di Shaklee.Cadangan pengambilan ialah 1 skup ESP dicampurkan bersama 2 skup Cinch Shake untuk sekali hidangan. Ia akan melengkapkan keperluan protein harian sebagai ibu menyusu yang memerlukan minimum 54 g protein sehari untuk penghasilan susu badan.Cara bancuhan di atas akan membekalkan sebanyak 30 g protein sehari untuk awak dan berita baiknya awak boelh ambil hidangan ini sebanyak 2 kali sehari bagi menggantikan waktu makan utama. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Breastfeeding Penyusuan Secara Eksklusif dan Kebaikannya Posted on 01/09/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:30 am Lagi beberapa hari sahaja Syaza akan capai tempoh pemberian susu badan secara eksklusif dekat anak Syaza yang di beri nama; Zehraa. Syukur alhamdulillah. Ada banyak kelebihan ibu yang menyusukan anak sendiri dan secara eksklusif. Bagi ibu yang pertama kali macam Syaza, kita… Read More
Cinch Shake Shaklee 8 Perbezaan Utama ESP dan Cinch Shake Shaklee Posted on 12/03/202311/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:29 am Updated: Sekarang ini, Cinch Shake telah menjadi Life Cinch Shake. Basically sama je dengan Cinch yang lama cuma bezanya dia ada tambahan prebiotik, omega-3, kurang manis, kurang kalori. Nak baca details mengenai Life Cinch boleh baca di sini: New! Life Cinch… Read More
Breastfeeding 4 Mitos Milk Booster Posted on 10/10/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 10:13 am Mitos adalah lawan kepada fakta. Dalam penggunaan milk booster, juga tidak lari dari beberapa mitos. Ibu wajib tahu supaya para ibu sentiasa berhati-hati terutama dalam pemilihan milk booster terbaik. 4 Mitos Milk Booster 1. Milk Booster 100% Membantu Ini mitos pertama…. Read More