29 Punca Sebenar Susu Badan Jadi Semakin Sikit dan Drop Posted on 05/10/201811/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:29 am Adalah wajar untuk awak berasa risau mengenai penghasilan susu badan terutama sekali jika awak baru sahaja dalam tempoh selepas melahirkan anak. Penyusuan badan terdapat pelbagai manfaat yang ada untuk awak dan baby. Konsep utama yang perlu ada dalam fikiran awak bagi memastikan keberlangsungan adanya susu badan itu adalah konsep: demand and supply. Ada demand (baby nak hisap payudara untuk menyusu), maka akan wujud supply (susu akan dihasilkan). Namun begitu, kadangkala menyusu badan ini tidak semudah yang kita sangka iaitu hanya perlu “sumbat” mulut anak kita dengan puting payudara, dan selesai. Jika ianya semudah itu, sudah pasti kita akan berjumpa dengan semua ibu-ibu di Malaysia ini menyusu badan – bukan beri anak susu formula. Oleh kerana ia tidak mudah, bukan semua ibu memilih untuk menjalankan tanggungjawab menyusu anak-anak mereka sendiri. Antara masalah utama yang juga menyebabkan kita dalam kerisauan yang tinggi ialah apabila kita menyusu badan dan kita perasan bahawa susu badan kita menjadi semakin sedikit dan lama kelamaan drop! Berikut ialah faktor yang boleh menjadi sebab kenapa susu awak semakin sikit dari hari ke hari. Lain ibu, akan berhadapan dengan lain-lain punca. Oleh itu, kenal pasti di antara punca yang di tulis di bawah ini, yang mana mungkin merupakan punca yang berlaku kepada awak sehingga mengakibatkan susu awak semakin drop. Punca Sebenar Susu Badan Drop 1. Berada Dalam Keadaan Stress dan Risau Stress ialah pembunuh nombor satu – menyebabkan susu badan drop terutama sekali ketika minggu pertama dan kedua selepas melahirkan anak. Pada waktu itu, awak masih baru dengan jadual baby. Tidur yang tidak mencukupi di tambah dengan anak yang inginkan perhatian sentiasa, akan menjadi perkara yang menyumbang untuk stress. Di tambah dengan faktor sekeliling seperti persekitaran yang tidak menyokong untuk awak menyusu badan. Stress akan menyebabkan hormon badan tidak stabil dan berlakunya peningkatan beberapa jenis hormon antaranya kortisol yang boleh menyebabkan susu badan awak menjadi semakin sedikit dengan drastik! Cuba dapatkan bantuan ketika stress mula datang. Kerja-kerja rumah seperti mencuci baju, menjaga anak yang lain, kemas rumah, atau kerja di pejabat – minta pasangan atau rakan sekerja untuk membantu. Fokus kepada kesihatan mental awak supaya apabila awak gembira, maka susu pun akan terhasil dengan lancar untuk anak awak. Ambil nutrisi tambahan bagi menyokong kesihatan dalaman awak dengan lebih baik. 2. Beri Baby Susu Formula Selepas anak awak dilahirkan, payudara akan mula bekerja menghasilkan susu dengan konsep demand and supply. Bila anak menyusu, maka baru susu itu akan dihasilkan sendiri oleh badan awak. Walaubagaimanapun, memberi anak awak susu formula kerana sebab tertentu (seperti ingin berehat selepas melahirkan atau risau susu badan tidak cukup, jadi nak top up dengan susu formula), akan menyebabkan badan awak mendapat arahan agar tidak perlu lagi untuk menghasilkan susu. Kalau breast tu boleh bercakap mungkin begini dialognya, “Ok, saya dah tak perlu hasilkan susu lagi sebab baby dah tak nak menyusu saya. Dah ada susu formula kan. Buat apa saya perlu bekerja untuk menghasilkan susu apabila tiada lagi yang mahu minum saya,” Bila perkara ini berlarutan, maka lama kelamaan susu awak pun akan drop. Atasi masalah ini dengan mula pam berjadual sepanjang hari. Dan jika awak bersama anak, kerapkan direct feeding. Jika anak menolak, kerana telah berlakunya masalah keliru puting (nipple confuse), teruskan pam kerana ini akan merangsang payudara dan memberi signal kepada badan awak untuk terus membuat susu badan. 3. Ingin Diet Kuruskan Badan Memiliki berat badan yang ideal adalah perlu dan menjadi impian setiap dari wanita. Selain dari sihat, berat badan ideal juga memberikan bentuk badan yang menarik. Namun begitu, sebagai ibu yang menyusu badan, kadangkala memiliki tubuh badan idaman mungkin tidak semudah seperti mereka yang lain. Bila awak terlalu diet sebagai ibu menyusu, ia akan menyebabkan penghasilan susu juga terjejas. Ibu menyusu memerlukan lebih kalori berbanding ibu yang tidak menyusu. Oleh itu, jangan sekat diet awak tetapi berusaha untuk mencari diet yang sesuai bagi ibu menyusu. 4. Tidak Menyusu Dengan Kerap Sebagaimana yang awak tahu, konsep utama penyusuan ibu adalah demand and supply. Jika awak tidak menyusu anak dengan kerap terutama sekali ketika di awal kelahiran, susu awak boleh drop. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan awak tidak menyusukan anak dengan kerap antaranya ialah apabila awak sendiri rasa seperti susu tidak cukup lalu awak top up dengan susu formula yang akhirnya menyebabkan badan awak mendapat arahan untuk tidak menghasilkan susu. Sewaktu tempoh awal selepas kelahiran terutama enam minggu awal, susukan anak awak dengan kerap secara berjadual satu hingga dua jam. Bagi ibu menyusu yang pam susu, jaga waktu jadual pam walau di mana pun awak berada atau atasinya dengan power pumping. 5. Lekapan Mulut Anak Salah Hanya lekapan yang betul akan membantu susu mengalir dengan baik, dan anak boleh mengosongkan payudara untuk membenarkan penghasilan susu seterusnya. Dengan lekapan yang salah, anak akan meragam kerana tidak puas menyusu malah payudara awak juga tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Periksa bagaimana cara lekapan anak awak setiap kali dia menyusu. 6. Ibu Mengambil Ubat-ubatan Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pseudoephedrine (Sudafed, Zyrtec D, dan lain-lain) menganggu susu badan. Jika perlu, ambil dengan cara yang terbaik dengan nasihat pakar perubatan dan rajinkan diri buat pembacaan sebelum menerima ubat tersebut secara bulat-bulat. Termasuk juga perancang berbentuk hormon. 7. Kelahiran Pra-matang Menyusu anak pra-matang adalah sangat mencabar. Lekapan mereka berpotensi tinggi untuk tidak dalam keadaan baik. Awak memerlukan kesabaran yang tinggi di dalam menyusukan baby yang pra-matang ini.Apa yang awak boleh lakukan ialah, cuba pam susu atau marmet dan berikan susu kepada anak awak dengan menggunakan picagari (syringe). Jangan beri susu guna botol kerana bayi berumur kurang dari 30 hari yang di beri botol terlalu awal akan mendapat nipple confuse. Perit awak nanti kalau anak dah mula keliru puting tau. 8. Berlaku Perpisahan Ibu dan Anak Perpisahan seperti awak perlu keluar bekerja, travel dan sebagainya. Sama juga perpisahan jika awak ingin beraehat sementara selepas bersalin dan ambil keputusan letak anak di day care untuk jururawat bertugas jaga. Selagi bersama anak, beri anak hisap susu secara terus. Waktu terpaksa untuk tidak dapat bersama mereka, pam susu berjadual. 9. Hormon Tidak Stabil Masalah seperti thyroid, diabetes, dan juga polycystic ovary syndrome (PCOS), boleh menyebabkan gangguan pada penghasilan susu badan. Bercakap dengan pakar perubatan jika awak memiliki masalah ini dan ingin menyusu badan. Minta bersama pendapat daripada kaunselor penyusuan ibu. 10. Masalah Tisu Payudara Payudara hipoplastik, atau di panggil payudara yang tidak berkembang dengan baik, yang agak kendur keadaannya atau lebih mudah untuk dikenali dengan payudara yang kurang tisu glandular. Payudara jenis ini mengandungi tisu yang sangat sedikit sehingga menyebabkan susu tidak mudah dihasilkan. Payudara hipoplastik adalah kecil, kendur dan berbentuk seperti tiub dan tidak sekata. Berita baiknya, walaupun awak memiliki payudara jenis hipoplastik ini, awak tetap boleh menyusukan anak dengan kaedah yang bersesuaian! Oleh itu, jangan putus asa. 11. Pernah Melalui Pembedahan Puting atau Payudara Pembedahan payudara boleh memberi kesan dengan kandungan tisu yang terdapat dalam payudara. Hampir kesemua jenis pembedahan yang melibatkan payudara boleh menjejaskan penghasilan susu. Namun begitu, awak tetap boleh berusaha untuk menyusukan anak dengan teknik dan ilmu yang betul. Awak boleh memilih untuk mengambil milkbooster bagi perbanyak lagi susu badan awak. 12. Posisi Menyusu Yang Salah Terdapat pelbagai posisi penyusuan yang ada. Duduk, baring, dan sebagainya. Dalam setiap posisi, awak perlu pastikan lekapan anak berada dalam keadaan yang betul. Selain itu, posisi yang salah ini bukan sahaja menyebabkan lekapan anak awak tidak betul yang akhirnya susu pun usah nak keluar dan payudara gagal dapat dikosongkan dengan baik, malah.. ia akan memberikan awak kesan negatif seperti sakit pinggang dan tulang belakang. 13. Puting Payudara Bermasalah Masalah puting sekata (flat nipple) dan puting terbalik (inverted nipple) akan menyebabkan anak awak susah nak lekap dengan baik. Cuba lakukan teknik Hoffman yang membantu untuk wanita dengan puting sekata dan terbalik menyusu. 14. Tempoh Antara Menyusu Panjang Sewaktu mahu memulakan penyusuan badan, adalah disarankan untuk memenuhi demand baby setiap satu hingga dua jam sekali. Newborn perlu menyusu sebanyak lapan hingga dua belas kali sehari pada sekitar umur sebulan yang pertama. Susu badan mudah di hadam, jadi jangan pelik kalau anak awak kelihatan kerap lapar. Kerana susu cepat hadamlah, mereka jadi mudah dan cepat lapar. Penyusuan kerap membantu merangsang penghasilan susu di awal minggu awak mula menyusu. Ketika anak awak berusia sebulan ke atas, dia mungkin hanya menyusu sebanyak tujuh hingga sembilan kali sahaja sehari. Yang penting, ketika awal awak mula penyusuan, jangan jarakkan tempoh menyusu lebih dari dua atau tiga jam kerana ianya akan menjejaskan kuantiti susu badan awak. 15. Ibu Mengandung Awak mengandung? Tahniah. Mengandung sambil menyusukan anak adalah selamat. Walaubagaimanapun, semasa mengandung, walaupun susu badan awak ada sepanjang mengandung, isi kandungan dalam susu badan awak akan berubah. Sekaligus ia merubah rasa susu tersebut. Tambahan pula, penghasilan susu badan boleh drop seiring dengan tambahnya tempoh kelahiran. Terdapat juga pelbagai faktor lain seperti alahan ketika mengandung, keletihan dan kelesuan yang membawa kepada stress dan akhirnya ganggu kuantiti dan kualiti susu. 16. Makan Jamu atau Rempah Lain orang, lain penerimaan badan mereka. Ada ibu yang ambil jamu atau rempah dan ianya menjadi milkbooster untuk mereka. Namun, ada yang ambil benda yang sama tetapi jadi milk killer untuk mereka.Oleh itu, kenalpasti pemakanan awak ketika mengambil jamu atau rempah seperti comfrey, coltsfoot, borage, aloe, black cohosh, feverfew, ginseng, licorice root and kavakava. Termasuk juga lada hitam, halia dan lain-lain. 17. Suka Minum Kopi dan Teh Ambil minuman berkafein seperti kopi, teh dan coklat boleh menjejaskan susu jadi sikit. Pakar sarankan untuk awak had kan pengambilan kafein kepada 300 milligrams sahaja sehari ketika masih menyusu. 18. Ibu Merokok Tidak syak lagi tentang keburukan merokok. Kandungan bahan merbahaya dalam rokok bukan sahaja memberi kesan kepada diri awak tetapi juga kepada baby. Malah tentu sekali kepada penghasilan susu badan awak. Jika awak mahu susu awak tidak terkesan dan menjadi sikit, berhenti merokok mulai sekarang dan mulakan fikir mengenai baby awak. 19. Ambil Ubat Tahan Sakit Masa Bersalin Pengambilan ubat tahan sakit ketika bersalin seperti pethidine dan epidural boleh menyebabkan awak rasa khayal dan nak banyak tidur. Apabila perkara ini berlaku, awak dengan sendirinya akan menolak untuk menyusu baby kerana kesan sampingan ubat tersebut. Apa yang boleh awak lakukan adalah, ingatkan pasangan atau pihak yang bertugas di hospital untuk mereka beri baby pada waktu mereka perlu menyusu. Kalau tidak, bila awak asyik lena saja, penyusuan badan akan lambat bermula dan susu akan juga lambat dihasilkan yang akhirny aboleh membawa kepada masalah susu semakin sedikit. 20. Jaundis atau Baby Kuning Baby yang ada masalah kuning akan sentiasa nak tidur. Kalau di lihat seperti seronoknya anak tidur, kita boleh berehat! Tetapi, sebenarnya walaupun mereka tidur, kejut mereka. Selain daripada untuk elak susu awak drop dan jadi sikit, awak perlu menyusu agar kuning mereka keluar melalui najis dan dapat turun. Menyusukan mereka ialah cara terbaik untuk menurunkan kuning dengan efisien. 21. Terlalu Lama Decide Nak Menyusu Badan Jika awak telah mengambil masa yang lama untuk berfikir untuk menyusu, begitu juga dengan penghasilan susu awak – dia akan berfikir untuk mengeluarkan dirinya. Oleh itu, tidak kira di fasa umur berapa pun anak awak (bawah 6 bulan sebaiknya), apabila awak sudah mula rasa nak menyusu badan dengan penuh, anggaplah seperti awak sedang bermula dari awal seperti baru selepas melahirkan. 22. Pengambilan Perancang Keluarga Perancang keluarga yang melibatkan penggunaan hormon perlu diperhatikan dengan teliti oleh ibu yang menyusu badan agar penggunan perancang tersebut bersesuaian dan tidak menganggu penghasilan susu. Bercakaplah dengan perunding keluarga awak untuk mereka mencadangkan perancang keluarga yang terbaik buat awak dan anak. 23. Ibu atau Bayi Tidak Sihat Adalah normal apabila salah seorang antara ibu atau anak tidak sihat untuk menyebabkan susu badan berpotensi menjadi kering. Yela, bila ibu sakit maka badan ibu akan lebih memilih untuk berada dalam fasa recovery. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan ketika tidak sihat terutama yang berkaitan dengan masalah cirit birit, muntah-muntah boleh beri kesan pada susu badan. Malah, apabila ibu sakit, peluang untuk ibu rasa stress tinggi. Seperti mana yang kita tahu, stress adalah pembunuh nombor satu susu badan! Hal yang sama juga berlaku apabila anak tidak sihat, mereka akan memilih untuk menolak minum atau makan susu. Sila rujuk pakar perubatan jika anak awak menolak minum susu dengan berterusan. Periksa juga adakah mereka mengalami masalah keliru puting dan lekapan yang salah? 24. Makan atau Minum Terlalu Sikit Ibu menyusu memerlukan 500 kalori lebih daripada biasa. Jika sebelum ini awak mungkin ambil makanan sebanyak 1,000 kalori sehari, apabila menyusu awak perlu tambah lagi menjadikannya 1,500 kalori. Makan dan minumlah dengan cukup kerana tubuh badan awak perlukan tenaga dan nutrisi yang baik untuk menghasilkan susu. Jika mahu diet, pilih yang sesuai untuk awak dan anak. 25. Masalah Darah Tinggi Penyelidik menjangka secara purata sebanyak dua belas peratus ibu yang ada masalah darah tinggi ini memiliki penyusuan badan yang lebih rendah dari paras kualiti normal. 26. Anak Tounge Tie Semuanya baik, tetapi anak awak asyik sahaja menangis seperti susah nak minum susu dari payudara. Bawa anak awak ke kaunselor laktasi berhampiran untuk mereka periksa sama ada anak awak ada masalah tounge tie atau tidak. Tounge tie ialah keadaan di mana lidah agak pendek, tebal atau terlalu berhampiran dengan lantainya menyebabkan anak susah nak buka dan angkat lidah dengan luas ketika mahu ada lekapan antara mulut dengan payudaranya. Jika perlu, pembedahan ringkas untuk melepaskannya akan dilakukan bagi membantu baby awak menyusu dengan baik. 27. Obesiti Penyelidikan menunjukkan bahawa ibu yang obes (dengan BMI>30) kurang berkemungkinan untuk memulakan laktasi, telah melambatkan lakogenesis II, dan terdedah kepada pemberhentian awal penyusuan. Turunkan berat badan berlebihan agar awak boleh menghasilkan susu badan dengan kualiti dan kuantiti yang baik. 28. Diabetes dan Nak Menyusu Badan Risiko untuk berlakunya masalah susu semakin sikit ada untuk ibu yang menghidap diabetes. Selain daripada faktor dari ubat-ubatan itu sendiri, terdapat juga pelbagai faktor lain. Namun begitu, awak masih boleh menyusukan anak awak cuma akan terdapat cabaran berbanding ibu yang tidak ada diabetes. 29. Ibu Kerap Tidur Kerap tertidur sehingga terlupa menyusukan anak yang akhirnya menyebabkan terjadinya tempoh antara menyusu yang panjang (melebihi tiga hingga empat jam). Kemungkinan besar ini terjadi terutama sekali selepas melahirkan anak kesan daripada ubat tahan sakit yang di ambil semasa melahirkan. Minta sokongan dari pasangan dan keluarga untuk membantu awak agar mereka dapat mengingatkan awak apabila sampai masa untuk menyusu anak. Walauapapun cabaran yang awak hadapi, percayalah yang awak boleh untuk selesaikan tempoh penyusuan eksklusif atau sehingga genap anak berumur 2 tahun. Terus mencari ilmu dan berjumpalah dengan kaunselor laktasi bertauliah bagi mereka membantu awak. Jika ingin mendapatkan milkbooster terbaik yang selamat dan berkesan, Set Menyusu Shaklee telah membantu ramai ibu bukan sahaja susu banyak dan meriah malah kesihatan mereka bertambah baik luar dan dalam dengan set menyusu dari Shaklee ini. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Performance Drink Shaklee Tu Apa Sebenarnya? Posted on 14/04/202223/08/2022 Last updated on August 23rd, 2022 at 04:21 pm Apa Itu Performance Drink? Performance Drink dari Shaklee ialah minuman elektrolit khas bagi mengelakkan badan dehidrasi serta mengekalkan kandungan air dalam badan agar badan tidak cepat kehilangan air. Ia merupakan sebuah minuman yang lazat dan didatangkan dalam rasa oren dan lemon… Read More
Tips Penyusuan Ibu 4 Makanan Wajib Elak | Susu Sikit Posted on 05/10/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 07:31 am Elakkan 4 jenis makanan ini, buat semua ibu yang menyusukan anak khas yang mengalami masalah susu sikit. Bagi ibu yang sedang berhadapan masalah kekurangan susu, elak 4 makanan ini dan boleh di ambil seperti biasa sekiranya anak sesuai dengan makanan-makanan ini. … Read More
Blog Rahsia Elly Kembali Cantik Lepas Eczema dan Chickenpox yang Teruk dengan Shaklee Posted on 04/05/202105/05/2021 Testimoni Eczema dan Chickenpox Vivix Shaklee Setiap kali puasa Elly akan berusaha untuk simpan duit bagi beli Vivix dan juga ESP. Elly dah buat benda ni sejak tahun 2019 lagi. 2 tahun yang lepas, sampailah hari ini. Sebelum ni, setiap kali puasa je mesti Elly akan di serang eczema yang… Read More