5 Tips Hilangkan Suntan Guna Barang Dari Dapur Rumah Je Posted on 11/07/2019 Bila terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama, kulit boleh kelihatan lebih gelap berbanding kulit asal. Terutama bagi kita yang baru sahaja lepas beraktiviti di pantai, pulau, main snorkelling dan sebagainya. Seronok, dapat bercuti, dan bermandi manda. Tetapi, yang tak tahannya, lepas dah selesai seronok tadi, periksa muka kat cermin, “Aduhai! Gelapnya kulit aku,” Masa ni, rasa malu sikit nak jumpa dengan orang. Tak pasal orang tegur, “Amboi baru balik mandi laut ke?” Baca Selanjutnya Apa Beza Sunburn dan Suntan? Sunburn Hilang Dalam Masa Sebulan Tak apa, jangan risau, pergi terus ke dapur rumah kita dan cuba 5 tips ini hanya dengan gunakan barang dari dapur rumah je tau. 5 Tips Hilangkan Suntan 1. Jus Kentang Hiris kentang. Perah kentang sehingga dapat airnya sahaja. Sapu airnya ke seluruh muka. Dah penuh satu muka, tinggal dan biarkan jus kentang tadi di atas muka sampai kering. kemudian bilas. 2. Serbuk Kunyit dan Tepung Satukan serbuk kunyi dan tepung hingga membentuk pes. Letakkan sekata di atas kulit wajah dan biarkan sehingga kering, kemudian bilas. 3. Ekstrak Timun Hiris timun, dan letakkan hirisan timun di kawasan muka. Biarkan selama 10 hingga 12 minit kemudian bilas seperti biasa. 4. Yogurt dan Tomato Blend tomato atau tumbuk lumat. Satukan bersama yogurt, dan jadikan pes. Letakkan di atas wajah sebagai masker muka. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas. 5. Madu dan Lemon Perah lemon dan ambil madunya. Satukan bersama madu sehingga membentuk pes. Letak atas wajah selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa. Segera lakukan tips ini sebaik sahaja tiba di rumah untuk menjadikan kulit muka sejuk dan tidak bertambah parah dari sebelumnya. Konsisten selama sebulan dan lihat hasilnya. Baca Selanjutnya Apa Beza Sunburn dan Suntan? Sunburn Hilang Dalam Masa Sebulan Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 5 Resepi Smoothie Protein Mudah untuk Diet Posted on 12/05/2020 5 resepi smoothies mudah ini sangat cepat di buat dalam masa yang singkat, serta tidak memerlukan bahan yang banyak. Hanya guna apa yang ada di dapur kita sahaja. Paling penting, resepi smoothies ini rendah kalori dan boleh membantu untuk menurunkan berat badan terutama bagi yang sedang diet. Pakar kesihatan dan… Read More
Uncategorized Testimoni Zinc Plus Shaklee dan Luka Pembedahan Posted on 07/07/2019 Daging merah, kaya dengan kandungan zink, yang sangat membantu untuk penyembuhan luka. Secara amnya, semua jenis vitamin dan nutrien yang kita amalkan, akan membantu luka sembuh, tetapi terdapat beberapa jenis vitamin yang mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Protein dan Vitamin C adalah antara elemen penting yang bermanfaat untuk kita sembuh,… Read More
Uncategorized Selepas 2 Bulan Lingkaran Gelap Pipi Kurang Posted on 21/09/2019 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee (Starter Set) Saya ada masalah kulit yang kering. Dan ada lingkaran gelap di bahagian pipi serta dagu. Selepas 2 bulan guna YOUTH Starter Set, lingkaran gelap bahagian pipi dah berkurangan dan kulit bahagian dagu lebih cerah. YOUTH Starter Set sedang dalam promosi bulan ini Nak dapatkan… Read More
akak & anak-anak memang keturunan kulit cepat giler suntan. aduhai. seksa kalau nak ke pantai. akak akan berfikir byk kali. now, anak-anak dara pun gitu. takut hitam! dah le kulit asal memang tak brape nak putih 🙂 ha ha ha ha… Log in to Reply
Ikut jenis kulit jugaklah kadar tahap teruk suntan dia cemaner. Ada jenis cepat, cepat. Lain kulit, lain tahap pendedahan, lain tempoh masanya ^^ Hahahaha santan! Kelakar la akak ni xD Log in to Reply