5 Tips Hilangkan Suntan Guna Barang Dari Dapur Rumah Je Posted on 11/07/2019 Bila terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama, kulit boleh kelihatan lebih gelap berbanding kulit asal. Terutama bagi kita yang baru sahaja lepas beraktiviti di pantai, pulau, main snorkelling dan sebagainya. Seronok, dapat bercuti, dan bermandi manda. Tetapi, yang tak tahannya, lepas dah selesai seronok tadi, periksa muka kat cermin, “Aduhai! Gelapnya kulit aku,” Masa ni, rasa malu sikit nak jumpa dengan orang. Tak pasal orang tegur, “Amboi baru balik mandi laut ke?” Baca Selanjutnya Apa Beza Sunburn dan Suntan? Sunburn Hilang Dalam Masa Sebulan Tak apa, jangan risau, pergi terus ke dapur rumah kita dan cuba 5 tips ini hanya dengan gunakan barang dari dapur rumah je tau. 5 Tips Hilangkan Suntan 1. Jus Kentang Hiris kentang. Perah kentang sehingga dapat airnya sahaja. Sapu airnya ke seluruh muka. Dah penuh satu muka, tinggal dan biarkan jus kentang tadi di atas muka sampai kering. kemudian bilas. 2. Serbuk Kunyit dan Tepung Satukan serbuk kunyi dan tepung hingga membentuk pes. Letakkan sekata di atas kulit wajah dan biarkan sehingga kering, kemudian bilas. 3. Ekstrak Timun Hiris timun, dan letakkan hirisan timun di kawasan muka. Biarkan selama 10 hingga 12 minit kemudian bilas seperti biasa. 4. Yogurt dan Tomato Blend tomato atau tumbuk lumat. Satukan bersama yogurt, dan jadikan pes. Letakkan di atas wajah sebagai masker muka. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas. 5. Madu dan Lemon Perah lemon dan ambil madunya. Satukan bersama madu sehingga membentuk pes. Letak atas wajah selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa. Segera lakukan tips ini sebaik sahaja tiba di rumah untuk menjadikan kulit muka sejuk dan tidak bertambah parah dari sebelumnya. Konsisten selama sebulan dan lihat hasilnya. Baca Selanjutnya Apa Beza Sunburn dan Suntan? Sunburn Hilang Dalam Masa Sebulan Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 4 Manfaat Utama Vitamin C Posted on 03/07/2019 Vitamin adalah nutrien asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk melancarkan pelbagai proses biokimia dan fisiologi kita. Umum mengetahui bahawa kebanyakan vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan kita perlu dapatkannya daripada pemakanan harian dan melalui pengambilan suplemen. Antara jenis-jenis vitamin ialah Vitamin larut air (Vitamin C &… Read More
Uncategorized Dari Gastrik ke Kanser Perut [Jangan Ambil Remeh] Posted on 11/10/2018 Antara tanda awal kanser perut adalah gastrik kronik akibat jangkitan H. Pylori Apa itu Kanser Perut? Ramai yang ambil remeh apabila mereka sakit perut. Tambahan pula, sakit perut jenis kerap. Sangkaan biasa apabila seseorang sakit perut adalah keracunan makanan, senggugut, perut memulas, dan angin. Lebih parah lagi sekiranya seseorang mempunyai… Read More
Uncategorized 10 Tips Rahsia Awet Muda (Cara nak Bagi Kulit Flawless) Posted on 04/09/2018 Kita boleh laburkan duit pada pelbagai jenis skincare dan alatan make-up untuk menghasilkan kulit yang cantik. Namun, ia tidak akan bertahan lama. Kerana skincare dan make-up hanya untuk kesihatan luaran. Nyata, kecantikan itu wujud dari dalam dan dapat ditonjolkan dari luaran. Di sini, Syaza nak share 10 Tips Rahsia Awet… Read More
akak & anak-anak memang keturunan kulit cepat giler suntan. aduhai. seksa kalau nak ke pantai. akak akan berfikir byk kali. now, anak-anak dara pun gitu. takut hitam! dah le kulit asal memang tak brape nak putih 🙂 ha ha ha ha… Log in to Reply
Ikut jenis kulit jugaklah kadar tahap teruk suntan dia cemaner. Ada jenis cepat, cepat. Lain kulit, lain tahap pendedahan, lain tempoh masanya ^^ Hahahaha santan! Kelakar la akak ni xD Log in to Reply