Ini Dia 14 Fakta Vitamin C Yang Jarang Kita Tahu Posted on 12/07/2019 Vitamin C memiliki reputasi yang baik di dalam melawan infeksi, dan jangkitan kuman. Oleh sebab itu, ia sentiasa mendapat tempat di hati mereka yang terutama sekali perlukannya apabila terkena demam atau selesema. Selain daripada itu, vitamin C juga turut mempunyai pelbagai manfaat lain untuk tujuan kegunaan kesihatan yang lainnya selain daripada demam dan selesema tadi. Pengambilan vitamin C dalam dos yang betul, mampu mengurangkan infeksi virus daripada hepatitis kepada pneumonia, dan boleh membantu kanak-kanak untuk tidak selalu dijangkiti penyakit berjangkit, kata Dr Thomas Levy, ahli kardiologi US yang kini merupakan seorang penyelidik khas bidang berkaitan vitamin C. Beliau yakin, vitamin C turut mampu untuk mengurangkan penyakit seperti arthtiris, Alzheimer’s, penyakit jantung serta mahu pun kanser. “Mereka yang mengamalkan vitamin C dengan dos yang seimbang dan konsisten mempunyai kadar purata hidup 6 tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin C. Dan mereka juga turut memiliki risiko rendah untuk menderita penyakit degenerative,” kata beliau. 14 Fakta Menarik Vitamin C 1. BERMULA DENGAN SCURVY. Kepentingan vitamin C yang turut dikenali sebagai asid askorbik ini, dikenali lebih daripada 250 tahun yang lalu. Ketika itu, vitamin C dikenali apabila penyakit yang berkaitan dengan kekurangan badan manusia memiliki vitamin C kian menular iaitu scurvy. 2. PENTING UNTUK KOLAGEN. Vitamin C sangat diperlukan bagi membentuk kolagen yang penting bagi pertumbuhan, kesihatan tulang, tendon, cartilage dan kulit. Selain itu, vitamin C juga bekerja sebagai ejen anti-oksidan untuk mengelakkan sel badan kita daripada mengalami kerosakan. Malah ia juga meningkatkan kadar penyerapan zat besi yang di ambil daripada makanan mahu pun suplimen serta membantu enzim di dalam badan untuk proses regulasi pelbagai fungsi di dalam badan kita. Baca Selanjutnya : Fungsi, Keistimewaan & Kelainan Vitamin C Shaklee 3. GOODBYE KOLESTROL JAHAT. Kajian menunjukkan, ia membantu meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular dengan merendahkan tekanan darah dan juga paras kolestrol jahat. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan pembuluh darah. 4. KITA MAMALIA ITU. Satu-satunya jenis mamalia yang tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri ialah primates, guinea pigs, kelawar buah dan juga manusia. Kita sebagai manusia sangat memerlukan vitamin C daripada sumber yang lain kerana kita tak boleh hasilkan sendiri. 5. 10 TAHUN BOLEH HIDUP. Baca selanjutnya : Kerap Bersin & Selesema? Vitamin C kan Ada. Mamalia yang boleh buat vitamin C sendiri dalam badan mampu hidup 10 tahun lebih lama dari tempoh matang mereka. Tetapi, kita manusia yang tidak ada kelebihan ini mempunyai tempoh masa yang kurang dari mereka melainkan kita mula mengamalkan vitamin C hari ini. 6. SEDAPNYA BUAH. Sumber vitamin C terbaik ialah oren, lada benggala, kale, brokoli, buah kiwi, jagung, anggur, jambu, strawberi dan betik. 7. AWAS PEROKOK. Merokok mengakibatkan badan merembeskan lebih banyak vitamin C daripada biasa, jadi perokok perlu tambah dos pengambilan vitamin C setiap hari. Baca selanjutnya : Vitamin C untuk Kulit BERSERI 8. TAK CUKUP DARI MAKANAN SEMATA. Kebanyakan pakar seperti Dr Levy menyarankan untuk kesihatan optimum, kita perlu dapatkan vitamin C daripada suplimen, bukan hanya makanan semata. 9. MAKAN OREN BANYAK PERNAH CIRIT BIRIT. Vitamin C adalah vitamin paling selamat. Jika terlebih dos, kesan sampingan yang utama ialah cirit birit. Pernah kan terlebih makan buah oren dan tercirit seharian? 10. UNTUK YANG SIHAT Walaubagaimanapun, mereka yang mengalami masalah buah pinggang tidak seharusnya mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi. 11. ADA SUNTIK WARFARIN? Dalam dos yang tinggi, vitamin C turut boleh memberi kesan kepada mereka yang mengambil ubat cair darah ; sebagai contoh Warfarin. 12. RAWATAN KONTROVERSI. Baca Selanjutnya : Bebas Jerawat Lepas Konsisten Vitamin C Dos vitamin C yang ekstrim turut digunakan sesetengah doktor sebagai sebahagian rawatan kanser. Dalam kes ini, vitamin C dimasukkan melalui drip. Namun ada juga sesetengah doktor yang menyatakan masih belum ada bukti kukuh untuk cara rawatan ini. Semuanya ikhtiar selebihnya, kerja Tuhan. 13. KETUMBUHAN KURANG AGRESIF. Kajian yang dijalankan UniversiTy of Otago terhadap kanser usus menemui ketumbuhan dengan kandungan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko lebih rendah untuk agresif dan merosakkan sel badan berbanding Ketumbuhan dengan kandungan vitamin C rendah. Mereka juga menemui, pesakit yang mengambil vitamin C mempunyai jangka masa hayat lebih tinggi dari yang tidak mengambil vitamin C. 14. LANJUTAN KAJIAN. University of Otago dengan diketuai Professor Margreet Vissers, merancang untuk memanjangkan kajian di atas dengan ujian klinikal untuk melihat kesan vitamin C yang di ambil secara intravenus terhadap mereka yang memiliki kanser. Jom KONGSIKAN info ini dengan semua orang. Baca Selanjutnya : Bebas Jerawat Lepas Konsisten Vitamin C Vitamin C untuk Kulit BERSERI Kerap Bersin & Selesema? Vitamin C kan Ada. Fungsi, Keistimewaan & Kelainan Vitamin C Shaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Apa Kata Puan Nadiah Pengguna YOUTH Fullset Posted on 18/05/2019 TESTIMONI YOUTH FULLSET : TAK PERLU BEDAK & FOUNDATION KELUAR RUMAH SEKARANG “Gambar kiri setahun lepas. Beria tau. Nak jalan-jalan kat Melaka masa tu. Pakai foundation dan bedak Mary Kay. Belah kanan gambar semalam, pakai Moisturizer SPF 50 Youth je. Lama dah tak berbedak apatah lagi ber foundation. Bibir pun… Read More
Uncategorized Betul Ke Kulit Berminyak Awet Muda? Posted on 09/04/2019 Kita selalu dengar orang kata, untung siapa yang ada kulit berminyak ni. Sebab mereka lebih susah nak ‘makan tua’. Wajah kekal awet muda. Malah kulit bertambah seri, glowing, kurang kedutan! Berbanding jenis muka yang lain, kulit berminyak sangat mudah untuk kekal awet muda. Persoalan dia sekarang, betul ke? Ya, betul!… Read More
Uncategorized HFMD (Punca dan Langkah Pencegahan, Ibu Bapa Wajib Tahu) Posted on 09/08/2018 Terkejut Syaza! Ingatkan dah reda HFMD ni. Semalam, tengok berita, ‘HFMD MENINGKAT 102% DI MELAKA’. Dahlah Syaza memang duduk Melaka. Sebelum ni Selangor. Syaza post di Facebook, ada yang komen dan kata rupanya Selangor pun makin meningkat. Statistik Terkini sehingga 3 Ogos Dua hari lepas, anak kepada customer Syaza pun… Read More