window.dataLayer = window.dataLayer || [];
function gtag(){dataLayer.push(arguments);}
gtag(‘js’, new Date());
gtag(‘config’, ‘UA-107780036-3’);
Jenis kulit muka setiap dari kita adalah berbeza antara satu sama lain. Hari ini Syaza akan kongsikan ilmu asas tentang jenis kulit wajah yang selalu ada di kulit orang Asia – Malaysia terutamanya.
4 Jenis Kulit Muka
1. Kulit Berminyak
Cara mudah nak tahu sama ada kulit kita jenis berminyak atau tak, perhatikan keadaan kulit kita terutama di waktu tengahari (walaupun dalam bilik berpenghawa dingin). Seseorang yang memiliki kulit berminyak akan mempunyai kulit yang berkilat di seluruh muka mereka terutama ketika tengahari panas terik.
Beli tisu penyerap minyak di farmasi seperti Watson dan Guardian. Serap minyak berlebihan kerana jika minyak ini gagal di kawal ia akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat, jeragat senang muncul!
2. Kulit Kombinasi
Beza kombinasi dan berminyak ialah, kulit kombinasi hanya berminyak di T-Zone, kawasan tertentu. T-Zone ialah kawasan dahi, hidung dan dagu. Mereka yang mempunyai kulit jenis ini, selalunya bergabung bersama dua lagi jenis kulit yang lain.
Selain itu, kulit jenis kombinasi mudah terdedah pada jerawat dan kotoran di bahagian T-Zone ini.
3. Kulit Kering
Menggelupas, terkopek di sana sini dan selalu gatal terutama jika dalam bilik berpenghawa dingin. Pelembap, sentiasa wajib dijadikan kawan karib bagi kulit kering. Kulit kering mudah terdedah kepada masalah tona tak sekata.
4. Kulit Sensitif
Kulit sensitif, ada pelbagai jenis. Ada yang sensitif dengan makanan, ada yang sedia sensitif dengan sakit kulit seperti eczema dan psioriasis. Kulit jenis ini perlu penjagaan rapi bergantung pada jenis sensitif kulit tersebut. Pemilihan produk penjagaan kulit wajib datang dari produk yang 100% bebas kimia.
Kulit anda jenis yang mana? Syaza jenis kombinasi dan gabungan bersama kulit kering ^^
(Visited 24 times, 1 visits today)
saya jenis kulit berminyak. tu yang susah nak dapat muka licin bebeno hahaha
Akak memang berkulit jenis kombinasi.. Nak cari skincare yang betul2 serasi memang payah tapi sekarang dah jumpa..