4 Jenis Kulit Muka | Anda Yang Mana? Posted on 13/09/2018 window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag(‘js’, new Date()); gtag(‘config’, ‘UA-107780036-3’); Jenis kulit muka setiap dari kita adalah berbeza antara satu sama lain. Hari ini Syaza akan kongsikan ilmu asas tentang jenis kulit wajah yang selalu ada di kulit orang Asia – Malaysia terutamanya. 4 Jenis Kulit Muka 1. Kulit Berminyak Cara mudah nak tahu sama ada kulit kita jenis berminyak atau tak, perhatikan keadaan kulit kita terutama di waktu tengahari (walaupun dalam bilik berpenghawa dingin). Seseorang yang memiliki kulit berminyak akan mempunyai kulit yang berkilat di seluruh muka mereka terutama ketika tengahari panas terik. Beli tisu penyerap minyak di farmasi seperti Watson dan Guardian. Serap minyak berlebihan kerana jika minyak ini gagal di kawal ia akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat, jeragat senang muncul! 2. Kulit Kombinasi Beza kombinasi dan berminyak ialah, kulit kombinasi hanya berminyak di T-Zone, kawasan tertentu. T-Zone ialah kawasan dahi, hidung dan dagu. Mereka yang mempunyai kulit jenis ini, selalunya bergabung bersama dua lagi jenis kulit yang lain. Selain itu, kulit jenis kombinasi mudah terdedah pada jerawat dan kotoran di bahagian T-Zone ini. 3. Kulit Kering Menggelupas, terkopek di sana sini dan selalu gatal terutama jika dalam bilik berpenghawa dingin. Pelembap, sentiasa wajib dijadikan kawan karib bagi kulit kering. Kulit kering mudah terdedah kepada masalah tona tak sekata. 4. Kulit Sensitif Kulit sensitif, ada pelbagai jenis. Ada yang sensitif dengan makanan, ada yang sedia sensitif dengan sakit kulit seperti eczema dan psioriasis. Kulit jenis ini perlu penjagaan rapi bergantung pada jenis sensitif kulit tersebut. Pemilihan produk penjagaan kulit wajib datang dari produk yang 100% bebas kimia. Kulit anda jenis yang mana? Syaza jenis kombinasi dan gabungan bersama kulit kering ^^ Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Review Pengalaman Sendiri Menggunakan Shaklee YOUTH Mask Posted on 23/08/2019 Last two months, di bawah brand name YOUTH sebuah jenama penjagaan kulit (skincare) di bawah Shaklee telah melancarkan Set Mask Wajah atau masker muka. Syaza sendiri dah rasa pengalaman menggunakan YOUTH Mask ini yang terdiri daripada 2 jenis, satu untuk kulit berminyak dan kombinasi, dan jenis lagi satu untuk kulit… Read More
Uncategorized 11 Punca Sakit Lutut & Cara Atasi Posted on 07/09/2018 Sakit lutut selalu dikaitkan dengan faktor usia. Namun begitu, tidak semestinya. Di zaman kala ini, orang muda juga senang nak dapat sakit lutut ni. Jom hari ini Syaza kongsikan kepada semua tentang punca yang menyebabkan sakit lutut ini. 11 PUNCA SAKIT LUTUT 1. UMUR Semakin meningkat umur seseorang, kandungan kolagen… Read More
Uncategorized Cara Atasi Kulit Breakout Posted on 28/08/2018 Serlahkan Kecantikan – Penjagaan Luaran dan Dalaman Kecantikan adalah sangat sinonim dengan wanita. Ianya juga merupakan satu perkara yang subjektif. Mata setiap dari kita mendefiniskan kecantikan itu adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, kita tidak dapat lari dari sepakat untuk mengatakan bahawa kulit yang bersih dari sebarang cela adalah… Read More
Akak memang berkulit jenis kombinasi.. Nak cari skincare yang betul2 serasi memang payah tapi sekarang dah jumpa.. Reply