3 Tips Awet Muda Menurut Islam Posted on 08/04/2019 Awet muda. Bila sebut je awet muda kita akan terbayang wajah wanita yang berusia namun memiliki wajah yang tak di mamah usia. Ha, macam mana tu? Maksudnya walaupun umur sebaya dengan kawan-kawan yang lain tapi wajah dan kulit mereka tidak seperti kawan yang sebaya. Perasan tak, ada orang umur 30 dah berkedut kulit muka. Padahal baru 30 tahun. Tapi, ada yang 30 tahun, kulit still maintain macam umur 25 tahun. Kulit lebih muda dari usia. Logik tak benda ni? Ya logik sebab keadaan kulit muka kita menunjukkan macam mana kesihatan sel badan kita. Bagi yang kulit muka lebih tua dari usia, ini menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan sel badan yang rendah. Daripada keadaan tersebut, kita perlu berjaga-jaga sebab badan sendiri lebih dah ‘tua’ dan mudah menerima penyakit. Selain daripada penjagaan kecantikan secara luaran, terdapat juga teknik menjaga kecantikan yang boleh diamalkan untuk kekal awet muda seperti yang dianjurkan dalam ajaran Islam. 3 Tips Awet Muda Menurut Islam 1. Tahajud Solat Tahajud adalah kebiasaan para solihin di zaman Rasulullah saw. Hebatnya solat ini sehingga Allah berfirman di dalam Surah Al-Muzammil ayat 1 hingga 4, “Wahai orang yang berselimut! Bangun (solat tahajud) pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam, ataupun kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan baca al-Quran dengan tartil.” Antara janji Allah bagi mereka yang konsisten di dalam melaksanakan Solat Tahajud ialah, memiliki cahaya di air mukanya. Sesiapa yang memandangnya akan terasa sedap di pandangan dan wajah susah nak di mamah usia. Petikan dari Al-Maqrizi Mukhtasar Qiyamullail, suatu ketika Imam Hasan Al-Basri r.a pernah di tanya, “Mengapa orang yang bertahajud di waktu malam memiliki kulit muka yang berseri?” Imam Hasan Al-Basri r.a menjawab, “Hal itu adalah kerana mereka bersendirian bersama Tuhannya di malam hari, lalu kemudian Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari cahayaNya,” Tambahan dari itu, Imam Ibn Qayyim pernah berkata, “Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang jelas nampak di wajah dan menyerikannya. Ada dalam kalangan para isteri memperbanyak solat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, ‘Solat malam dapat membuat wajah menjadi berseri, dan kami gembira bila wajah kami menjadi lebih berseri,” 2. Wuduk Wuduk dan awet muda adalah tak asing lagi. Ramai sering kita lihat berseloroh dan bergurau jika di tanya rahsia awet muda, jawapannya ialah dengan air wuduk. Sebenarnya, ya memang benar jika kita betul mengambil wudhuk dengan sempurna, wajah akan lebih awet muda walaupun kian berusia. Dari Nu’aim bin Al-Mujmir berkata, “Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, ‘Aku mendengar Nabi SAW bersabda, ‘Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk. Barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya (wuduk) hendahklah dia lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari Nombor 133). 3. Bacaan Al-Quran Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan membaca dan mendengar lantunan ayat Al-Quran setiap hari di dalam hidup harian kita, ia akan membantu untuk kita memiliki wajah yang awet muda. Hal ini datang daripada rasa tenang ketika membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran. Malah, terdapat tips amalan Surah Yusuf bagi memberi wajah yang kekal tampan jelita. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Kaki Pak Uda Tak Bengkak Macam Dulu Posted on 22/08/2019 Di tengah2 itu adalah Pak Uda saya. Kira-kira 2 bulan lepas, saya bekalkan beliau dengan beberapa supplement Shaklee yg boleh membantu pesakit Gout. Tapi katanya takut nak makan. Beliau nak habiskan ubat hospital dulu. 2-3 minggu lepas (saya masih ingat lagi waktu tu final JDT vs Red Warriors), ketika beliau… Read More
Uncategorized Promosi Shaklee Oktober 2018 Posted on 01/10/2018 Yay! Dah masuk bulan Oktober. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik, sebenarnya lagi 2 bulan kita bakal akhiri 2018 ini. Alhamdulillah atas segala nikmat dari Allah terutama nikmat iman dan islam ini. Ok, hari ini, 1 Oktober 2018, Syaza nak ceritakan kepada semua readers yang dikasihi, PROMO bulan ini dari… Read More
Uncategorized Testimoni Zinc Plus Shaklee dan Luka Pembedahan Posted on 07/07/2019 Daging merah, kaya dengan kandungan zink, yang sangat membantu untuk penyembuhan luka. Secara amnya, semua jenis vitamin dan nutrien yang kita amalkan, akan membantu luka sembuh, tetapi terdapat beberapa jenis vitamin yang mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Protein dan Vitamin C adalah antara elemen penting yang bermanfaat untuk kita sembuh,… Read More