3 Tips Awet Muda Menurut Islam Posted on 08/04/2019 Awet muda. Bila sebut je awet muda kita akan terbayang wajah wanita yang berusia namun memiliki wajah yang tak di mamah usia. Ha, macam mana tu? Maksudnya walaupun umur sebaya dengan kawan-kawan yang lain tapi wajah dan kulit mereka tidak seperti kawan yang sebaya. Perasan tak, ada orang umur 30 dah berkedut kulit muka. Padahal baru 30 tahun. Tapi, ada yang 30 tahun, kulit still maintain macam umur 25 tahun. Kulit lebih muda dari usia. Logik tak benda ni? Ya logik sebab keadaan kulit muka kita menunjukkan macam mana kesihatan sel badan kita. Bagi yang kulit muka lebih tua dari usia, ini menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan sel badan yang rendah. Daripada keadaan tersebut, kita perlu berjaga-jaga sebab badan sendiri lebih dah ‘tua’ dan mudah menerima penyakit. Selain daripada penjagaan kecantikan secara luaran, terdapat juga teknik menjaga kecantikan yang boleh diamalkan untuk kekal awet muda seperti yang dianjurkan dalam ajaran Islam. 3 Tips Awet Muda Menurut Islam 1. Tahajud Solat Tahajud adalah kebiasaan para solihin di zaman Rasulullah saw. Hebatnya solat ini sehingga Allah berfirman di dalam Surah Al-Muzammil ayat 1 hingga 4, “Wahai orang yang berselimut! Bangun (solat tahajud) pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam, ataupun kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan baca al-Quran dengan tartil.” Antara janji Allah bagi mereka yang konsisten di dalam melaksanakan Solat Tahajud ialah, memiliki cahaya di air mukanya. Sesiapa yang memandangnya akan terasa sedap di pandangan dan wajah susah nak di mamah usia. Petikan dari Al-Maqrizi Mukhtasar Qiyamullail, suatu ketika Imam Hasan Al-Basri r.a pernah di tanya, “Mengapa orang yang bertahajud di waktu malam memiliki kulit muka yang berseri?” Imam Hasan Al-Basri r.a menjawab, “Hal itu adalah kerana mereka bersendirian bersama Tuhannya di malam hari, lalu kemudian Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari cahayaNya,” Tambahan dari itu, Imam Ibn Qayyim pernah berkata, “Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang jelas nampak di wajah dan menyerikannya. Ada dalam kalangan para isteri memperbanyak solat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, ‘Solat malam dapat membuat wajah menjadi berseri, dan kami gembira bila wajah kami menjadi lebih berseri,” 2. Wuduk Wuduk dan awet muda adalah tak asing lagi. Ramai sering kita lihat berseloroh dan bergurau jika di tanya rahsia awet muda, jawapannya ialah dengan air wuduk. Sebenarnya, ya memang benar jika kita betul mengambil wudhuk dengan sempurna, wajah akan lebih awet muda walaupun kian berusia. Dari Nu’aim bin Al-Mujmir berkata, “Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, ‘Aku mendengar Nabi SAW bersabda, ‘Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk. Barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya (wuduk) hendahklah dia lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari Nombor 133). 3. Bacaan Al-Quran Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan membaca dan mendengar lantunan ayat Al-Quran setiap hari di dalam hidup harian kita, ia akan membantu untuk kita memiliki wajah yang awet muda. Hal ini datang daripada rasa tenang ketika membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran. Malah, terdapat tips amalan Surah Yusuf bagi memberi wajah yang kekal tampan jelita. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Berjaya Kawal Kolestrol Dalam Masa Kurang 10 Hari Posted on 28/08/2019 Gembira tak terkata bagi Puan ini yang sangat seronok kerana paras kolestrol suami beliau sudah terkawal dengan baik. TESTIMONI SET BASIC KAWAL KOLESTROL SHAKLEE “Hi Nad. Nak share feedback husband consume set untuk reduce cholestrol. From 6.5 to 4.5. Less than 10 days. Dia makan ikut cara Nad ajar. At… Read More
Uncategorized Segar Bertenaga Ketika Hamil Posted on 15/10/2017 Bertenaga ketika hamil. Menjadi impian setiap dari wanita yang berkahwin untuk memiliki zuriat agar dapat dijadikan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. Walaubagaimanapun, tak kurang yang serik ingin hamil kerana tiada tenaga ketika hamil. Tenaga ketika hamil sangat penting agar ibu kekal sihat dan berseri sewaktu hamil. Malah, untuk… Read More
Uncategorized Testimoni ESP : Susu Banyak dan Pekat Posted on 12/08/2018 Assalamualaikum hai readers yang dikasihi Allah! So today Syaza nak share dua testimoni khas ESP yang berfungsi sebagai milkbooster untuk ibu-ibu menyusukan anak. ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein (ESP), adalah suplimen asas dalam Set Menyusu Shaklee Testimoni ESP : Susu Banyak dan Pekat 1. SUSU MAKIN PEKAT Pengalaman… Read More