5 Golongan Kerap Jatuh Sakit Posted on 12/09/2019 Kalau nak tahu ada 5 golongan yang kerap jatuh sakit kerana golongan ini kebiasaannya mudah terdedah kepada radikal bebas, virus dan bakteria di kawasan persekitaran. 5 Golongan Kerap Jatuh Sakit 1. Pengembara Mereka yang sering mengembara, travel atau sering dari satu tempat ke tempat yang lain (bekerja outstation dan lain-lain) sama ada kerana urusan kerja mahu pun untuk bercuti mudah terdedah kepada risiko untuk sering jatuh sakit. Hal ini kerana, golongan pengembara ini terdedah kepada kuman dari jarak dekat. Selain itu, mereka selalu berada dalam persekitaran tertutup dengan udara yang sama. Tidak dilupakan akibat daripada jet lag dan keletihan daripada perjalanan pergi dan balik. Kesemua faktor di atas menyumbang untuk “menghentikan” gen yang berkaitan sistem pertahanan dan imun badan daripada bekerja dengan baik. Ini bermaksud mereka yang kerap mengembara tidak mendapat perlindungan sempurna terhadap penyakit berbanding dengan mereka yang kurang mengembara. 2. Pekerja Syif Malam Bekerja di waktu malam akan menjejaskan kitaran jam biologi semulajadi badan anda untuk mengawal tindak balas imun, menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University. Gangguan ini akan menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang jika tidak diatasi segera. 3. Pesakit Ulser Mulut Kerap mendapat ulser mulut atau “mata ikan” menandakan seseorang mendapat kekurangan nutrien tertentu di dalam badan yang dapat melemahkan sistem imun badan. 4. Penggemar Makanan Manis Dengan pengambilan makanan dan minuman manis tanpa had, ia akan menyebabkan badan lemah untuk melawan sebarang jangkitan bakteria dan virus. Paras gula dalam darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel imun pertahanan “koma”. Kesan ini akan berterusan selama beberapa jam selepas pengambilan makanan dan minuman manis. 5. Warga Emas Apabila umur semakin meningkat sel imun akan menjadi kurang aktif dan lambat bertindak terhadap patogen. Hal ini akan mendedahkan anda kepada penyakit dan jangkitan. Secara keseluruhan, ia mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh di usia ini tanpa usaha meningkatkan imuniti secara konsisten. Tingkatkan kesihatan sistem pertahanan dan imuniti badan anda hari ini dengan Nutriferon Granules dari Shaklee. Ketahui Fungsi dan Keistimewaan Interferon Semulajadi ini di sini >> Boost Up Imuniti dengan Nutriferon Shaklee. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Ketiga [Fasa Akhir] Posted on 27/09/2018 Fuh! Berdebar-debar waktu ni. Due date dah makin dekat. Persiapan untuk adik baby dah banyak di buat. Si ibu makin lama, makin tak sabar menanti. Si ayah juga. Jom kita teropong apa adik baby buat dalam tu. Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan : Trimester Pertama Trimester Kedua “Hi adik! Ibu and… Read More
Uncategorized Apa Beza Sunburn Dengan Suntan? Posted on 11/07/201920/11/2024 Last updated on November 20th, 2024 at 02:24 pm Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan. Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang. BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN….. Read More
Uncategorized Tips Pilih Suplemen Kalsium Yang Betul Untuk Menyokong Kehamilan Anda Posted on 21/11/202421/11/2024 Kalsium adalah mineral penting tidak kira sama ada mengandung atau tidak. Namun, ia bertambah penting untuk anda ketika mengandung, dapat kalsium yang cukup. Dalam artikel ini, Syaza akan kongsikan mengenai suplemen kalsium untuk ibu mengandung dari segi panduan bagaimana memilih suplemen kalsium yang sesuai untuk anda ketika mengandung ini. Fungsi… Read More
golongan kanak2 bawah 2 tahun pun selalu jatuh sakit…. tp akak setuju ngn 5 golongan yg kerap sakit… cuma dalam cuaca yg berjerebu ni akak pun rasa mudah nk jatuh sakit… Reply
Yer betul kanak-kanak bawah 2 tahun selalu sakit. Normally yang breastfeeding sepenuhnya, jarang dapat sakit below 2 years. 🙂 Huhu itulah jerebu! Di Bangi ni pun jerebu kemain. Harini nampak macam dah ok. Harap-harap hujan boleh reda sikit. Sedut nafas segar. Take care akak! <3 Reply