Kalau nak tahu ada 5 golongan yang kerap jatuh sakit kerana golongan ini kebiasaannya mudah terdedah kepada radikal bebas, virus dan bakteria di kawasan persekitaran.
5 Golongan Kerap Jatuh Sakit
1. Pengembara
Mereka yang sering mengembara, travel atau sering dari satu tempat ke tempat yang lain (bekerja outstation dan lain-lain) sama ada kerana urusan kerja mahu pun untuk bercuti mudah terdedah kepada risiko untuk sering jatuh sakit. Hal ini kerana, golongan pengembara ini terdedah kepada kuman dari jarak dekat. Selain itu, mereka selalu berada dalam persekitaran tertutup dengan udara yang sama. Tidak dilupakan akibat daripada jet lag dan keletihan daripada perjalanan pergi dan balik.
Kesemua faktor di atas menyumbang untuk “menghentikan” gen yang berkaitan sistem pertahanan dan imun badan daripada bekerja dengan baik. Ini bermaksud mereka yang kerap mengembara tidak mendapat perlindungan sempurna terhadap penyakit berbanding dengan mereka yang kurang mengembara.
2. Pekerja Syif Malam
Bekerja di waktu malam akan menjejaskan kitaran jam biologi semulajadi badan anda untuk mengawal tindak balas imun, menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University. Gangguan ini akan menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang jika tidak diatasi segera.
3. Pesakit Ulser Mulut
Kerap mendapat ulser mulut atau “mata ikan” menandakan seseorang mendapat kekurangan nutrien tertentu di dalam badan yang dapat melemahkan sistem imun badan.
4. Penggemar Makanan Manis
Dengan pengambilan makanan dan minuman manis tanpa had, ia akan menyebabkan badan lemah untuk melawan sebarang jangkitan bakteria dan virus. Paras gula dalam darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel imun pertahanan “koma”. Kesan ini akan berterusan selama beberapa jam selepas pengambilan makanan dan minuman manis.
5. Warga Emas
Apabila umur semakin meningkat sel imun akan menjadi kurang aktif dan lambat bertindak terhadap patogen. Hal ini akan mendedahkan anda kepada penyakit dan jangkitan. Secara keseluruhan, ia mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh di usia ini tanpa usaha meningkatkan imuniti secara konsisten.
Tingkatkan kesihatan sistem pertahanan dan imuniti badan anda hari ini dengan Nutriferon Granules dari Shaklee. Ketahui Fungsi dan Keistimewaan Interferon Semulajadi ini di sini >> Boost Up Imuniti dengan Nutriferon Shaklee.
(Visited 200 times, 1 visits today)