Ini Adalah 7 Cara Nak Hilangkan Ruam Susu Pada Muka Bayi Posted on 24/07/201901/10/2024 Last updated on October 1st, 2024 at 08:17 am Ruam susu ialah satu keadaan di mana anda dapat melihat tanda kemerah-merahan di kulit bayi anda. Bagi bayi yang masih awal dilahirkan, ruam susu boleh kelihatan sepertiย milia – biji berwarna putih. Ia boleh ada pada bahagian muka dan kawasan kulit yang lain. Tapi yang paling senang terjadi ialah kawasan muka seperti pipi dan dagu.ย ย Selalunya, ruam susu senang berlaku ke atas bayi yang baru sahaja dilahirkan (newborn). ย Situasi berlakunya ruam susu ialah berpunca dariย tindak balas alahanย terhadap hormon atau kandungan protein dalam susu – tidak kira susu ibu atau susu formula. Selain itu, ia boleh berlaku kerana susu yang tumpah ketika anak menyusu dan dibiarkan kering sendiri. 7 Tips Cara Nak Hilangkan Ruam Susu Bayi dengan Selamat & Berkesan Ruam susu merupakan fenomena yang biasa serta boleh hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu seiring dengan usia bayi. Cuma, sebagai ibu bapa kadangkala, berasa kasihan melihat keadaan wajah anak yang dipenuhi ruam. Namun begitu, ruam susu boleh jadi lebih teruk jika tidak di kawal dengan baik dari mula.ย ย Untuk elakkan dari di beri krim yang mengandungi steroid yang boleh menipiskan kulit bayi yang sememangnya dah nipis, pencegahan dari awal untuk ruam susu perlu dititikberatkan. Krim yang mengandungi steroid turut memiliki kesan jangka pendek dan jangka panjang untuk bayi. Di sini anda akan mengetahui 7 cara untuk menghilangkan ruam susu kepada bayi anda dengan teknik yang selamat, semulajadi dan inshaAllah berkesan. ย 1. Tukar Pakaian dan Tuala Bayi Kerap Keadaan bayi yang selalu terdedah dengan air liur sendiri boleh menyebabkan ruam susu tidak reda dalam masa yang singkat. Oleh itu, kerapkan menukar pakaian dan tuala supaya mereka sentiasa dalam keadaan bersih, kering untuk cepatkan lagi ruam susu reda. 2. Kurangkan Susu Tumpah Atas Bayi Semasa Menyusu Ketika menyusukan bayi, anda hendaklah memastikan susu tidak melimpah keluar sehingga mengalir ke kawasan muka bayi. Situasi ini boleh berlaku antara contohnya jika menyusukan bayi di waktu malam dalam keadaan diri ibu separa sedar – kemungkinan untukย nipple breastย tidak masuk dengan betul dalam mulut anak boleh berlaku. Ingatkan anak minum susu, rupanya muka mereka yang ‘minum susu’. Sama juga situasi untuk bayi susu formula, puting botol tak dimasukkan dengan baik. Oleh itu, pastikan proses penyusuan berlangsung dengan baik agar kadar susu tumpah di kulit bayi boleh dikurangkan untuk mengurangkan kerengsaan ruam susu pada bayi.ย 3. Lap Susu Tumpah, Elak Tunggu Kering Agar susu tidak mengering sendiri sehingga menjadi ruam susu: lap dengan breastfeeding wipes ini Untuk menghilangkan ruam susu dan elak dari ruam susu terjadi lagi di masa akan datang, jadikan amalan lap susu yang tumpah di muka dan kawasan kulit bayi. Lap menggunakan kain yang lembut, serta direndamkan dahulu dengan air suam. Selain itu, boleh bersihkan susu dengan menggunakan breastfeeding wipes ini yang bebas dari alkohol dan sebarang pewangi. 4. Berhenti Cuci Muka Bayi dengan Pembersih Hentikan sebentar aktiviti membasuh muka bayi. Walau apa jenis sabun pun yang digunakan sama ada organik atau sabun yang diย claim lembut untuk bayi. Hentikan penggunaanya sebentar sehingga ruam bayi anda semakin reda. Hal ini kerana, penggunaan sabun akan menyebabkan kulit bayi mudah menjadi kering. Kulit yang kering berpotensi meningkatkan lagi ruam susu untuk lambat dari reda. 5. Pemakanan Yang Betul Ruam susu mudah kena pada baby newborn. Kredit Gambar: Photo by Antoni Shkraba Untuk ibu yang menyusu badan, sekiranya anda telah melaksanakan cara-cara di atas tetapi ruam susu anak masih belum reda, malah bertambah – terdapat kemungkinan bayi mendapat ruam susu kerana alahan terhadap sesetengah jenis protein yang di ambil oleh ibu. Oleh itu, anda bolehย monitorย pemakanan harian anda dan melihat reaksi ruam kepada anak anda dari masa ke semasa. Sediakanย food diaryย untuk memudahkan anda mengesan makanan terutama sekali yang membekalkan protein – yang mana menyebabkan ruam anak anda naik. 6. Persekitaran Selesa dan Tidak Panas Ruam akan menjadi bertambah merah dan naik untuk anak yang kerap berada di kawasan yang tak selesa atau panas. Apa yang boleh anda lakukan ialah letakkan anak dekat kawasan yang berangin, ada kipas, penghawa dingin sederhana atau letakkan saja di kawasan yang terbuka. Kawasan terbuka merujuk kepada tempat yang berangin. Kawasan panas dan tak selesa akan buatkan kulit bertambah kering dan ruam makin naik. 7. Sapu Krim Yang Bersesuaian untuk Ruam Susu Krim yang bersesuaian untuk ruam susu boleh meredakan ruam daripada menjadi lebih teruk. Elakkan penggunaan krim yang mengandungi steroid kerana krim dengan steroid boleh memberikan kesan kepada bayi anda terutama sekali yang berusia di bawah 2 tahun. Antara pilihan krim yang boleh anda cuba di pasaran yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan untuk melegakan ruam susu anak anda ialah Herbal Blend Cream dari Shaklee. Lagi testimoni Herbal Blend Cream Shaklee untuk ruam: Testimoni Herbal Blend Ruam Bayi Selamat mencuba kesemua 7 cara bagi menghilangkan masalah ruam susu yang berlaku kepada bayi anda. Walaupun ruam susu ini boleh hilang dengan sendirinya, namun sudah pasti anda berasa tidak senang duduk melihat keadaan wajah anak anda yang diliputi ruam kemerahan itu. Untuk mencuba Herbal Blend Cream Shaklee bagi mengatasi ruam susu anak anda, boleh dapatkannya melalui Syaza dengan WhatsApp Syaza – klik untuk wassap. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Aah sebab tu nama dia ruam susu hehe. Susu tumpah atas muka baby. ๐ Susu emaknya banyak sangat. Anak Syaza pun macam tu juga awal2. Kena rajin lap selalu lepas menyusu muka anak tu ๐ Reply