10 Punca Kulit Kusam Posted on 18/07/2019 Pernah tak kita tengok cermin dan rasa kulit kita nampak kelam dan agak kelabu? Ini salah satu tanda kulit kusam. Sebelum kita nak atasi kulit kusam ni, penting untuk tahu sebenarnya apa punca kulit jadi kusam. Lepas dah tahu baru kita boleh faham dan tahu apa nak buat untuk elak dan atasi masalah kulit yang kusam ini. Apa itu Kulit Kusam? Kulit kusam ialah kulit yang tak lagi nampak cerah atau berseri. Malah, kulit nampak tua, dan mendatar, tak bermaya. Warna kelabu akan keluar bila dah terlalu teruk. Secara asas, kulit kusam lawan kepada kulit sihat yang nampak remaja, bersinar dan berseri. 10 TANDA AWAL KULIT KUSAM Anda rasa ada masalah kulit kusam tapi tak pasti betul atau tidak? Di bawah ialah 10 tanda awal kulit anda kusam. 1. Kulit Tua Semakin kulit matang, kebolehannya untuk memperbaharui lapisan sel, bergerak perlahan. Menyebabkan sel mati akan berkumpul dengan banyak di dasar kulit. Hasilnya, warna pink natural terkubur di dalam lapisan kulit dan membawa pada kulit kusam yang hilang warna remaja asal. 2. Sel Kulit Mati Terkumpul Sel kulit mati yang terkumpul kerana gagal menjaga kulit dari awal, hari demi hari membuatkan kulit kelihatan kusam. 3. Kulit Kering Apabila udara terlalu kering, ia akan mengakibatkan kulit kita kering. Mereka yang sedia ada kulit kering, bila bertambah kering lebih mudah kusam. 4. Stress Stress boleh beri kesan pada penampilan kulit, termasuk kulit akan nampak kusam. 5. Jarang Apply Pelembap Kulit lembap adalah kulit yang gembira! Tapi awas, bagi kita yang suka tinggalkan pelembap, tak akan dapat manfaat untuk kulit, akhirnya kulit semakin kusam. 6. Tiada Rutin Pengelupasan (Exfoliate) Kulit mati terkumpul boleh tersingkir dari kulit jika rajin lakukan aktiviti exfoliation. 7. Lupa Tanggalkan Make-Up Kulit yang selalu bersama make-up akan mudah kering. Tambahan pula jika make-up atau solekan tak ditanggalkan sebelum tidur. Kesannya, kulit kelihatan kusam. 8. Tinggal di Kawasan Kering Rajinkan diri apply pelembap terutama jika duduk di kawasan kering seperti negara bergurun atau rajin duduk di dalam bilik berpenghawa dingin. 9. Beauty Sleep Tidur yang tidak cukup dalam sehari akan membuatkan badan stress akhirnya kulit kian kusam hari demi hari, 10. Produk Salah Penggunaan produk muka yang salah mengakibatkan kegagalan kulit dalam memperbaharui sel. Sekarang kita dah kenal pasti apa puncanya, jadi masa untuk bertindak! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Promosi Shaklee Oktober 2019 Posted on 01/10/2019 Selamat tinggal bulan 9. Let focus onto new month ahead! Yeah, macam biasa kalau masuk bulan baru kita akan keluarkan promosi terbaharu bagi semua warga Malaysia daripada Shaklee. Kenapa penting promo ni? Sebab promo means jimat segala poket moket kita, hehehe. Jom kita check it out apa promo bulan ini…. Read More
Uncategorized 15 Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis Posted on 04/04/2019 Kencing manis adalah situasi ketika paras gula atau glukosa dalam badan terlalu tinggi, Glukos diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada kita dan insulin dihasilkan di pankreas bagi membantu proses pertukaran glukos kepada tenaga. Namun, kerana terlalu tinggi kandungan glukosa di dalam badan, hal ini telah menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin dengan… Read More
Uncategorized 5 Orang Perlu Amalkan Zinc Posted on 26/09/2018 Menggantikan Zinc Complex, kini terhasil formulasi baru iairu Zinc Plus. Dengan ciri-ciri yang berasaskan tumbuhan dan proses fermentasi glukosa dari jagung, Zinc Plus Shaklee membekalkan 100% keperluan zinc harian yang diperlukan tubuh manusia. Kadar penyerapan zinc gluconate yang digunakan Shaklee sangat tinggi, menjadikan ia antara suplimen zinc yang digemari ramai. “Siapa… Read More
Boleh buat skin check up regularly untuk tau kulit kita ada difference or not after using those skincare. 🙂 Kalau nak try buat skin check up boleh datang HQ Shaklee. Free of charge Reply