Last updated on October 1st, 2024 at 08:17 am
7 Tips Cara Nak Hilangkan Ruam Susu Bayi dengan Selamat & Berkesan
1. Tukar Pakaian dan Tuala Bayi Kerap
Keadaan bayi yang selalu terdedah dengan air liur sendiri boleh menyebabkan ruam susu tidak reda dalam masa yang singkat. Oleh itu, kerapkan menukar pakaian dan tuala supaya mereka sentiasa dalam keadaan bersih, kering untuk cepatkan lagi ruam susu reda.
2. Kurangkan Susu Tumpah Atas Bayi Semasa Menyusu
Ketika menyusukan bayi, anda hendaklah memastikan susu tidak melimpah keluar sehingga mengalir ke kawasan muka bayi. Situasi ini boleh berlaku antara contohnya jika menyusukan bayi di waktu malam dalam keadaan diri ibu separa sedar – kemungkinan untuk nipple breast tidak masuk dengan betul dalam mulut anak boleh berlaku. Ingatkan anak minum susu, rupanya muka mereka yang ‘minum susu’. Sama juga situasi untuk bayi susu formula, puting botol tak dimasukkan dengan baik.
Oleh itu, pastikan proses penyusuan berlangsung dengan baik agar kadar susu tumpah di kulit bayi boleh dikurangkan untuk mengurangkan kerengsaan ruam susu pada bayi.Â
3. Lap Susu Tumpah, Elak Tunggu Kering
Untuk menghilangkan ruam susu dan elak dari ruam susu terjadi lagi di masa akan datang, jadikan amalan lap susu yang tumpah di muka dan kawasan kulit bayi. Lap menggunakan kain yang lembut, serta direndamkan dahulu dengan air suam. Selain itu, boleh bersihkan susu dengan menggunakan breastfeeding wipes ini yang bebas dari alkohol dan sebarang pewangi.
4. Berhenti Cuci Muka Bayi dengan Pembersih
Hentikan sebentar aktiviti membasuh muka bayi. Walau apa jenis sabun pun yang digunakan sama ada organik atau sabun yang di claim lembut untuk bayi. Hentikan penggunaanya sebentar sehingga ruam bayi anda semakin reda. Hal ini kerana, penggunaan sabun akan menyebabkan kulit bayi mudah menjadi kering. Kulit yang kering berpotensi meningkatkan lagi ruam susu untuk lambat dari reda.
5. Pemakanan Yang Betul
Untuk ibu yang menyusu badan, sekiranya anda telah melaksanakan cara-cara di atas tetapi ruam susu anak masih belum reda, malah bertambah – terdapat kemungkinan bayi mendapat ruam susu kerana alahan terhadap sesetengah jenis protein yang di ambil oleh ibu. Oleh itu, anda boleh monitor pemakanan harian anda dan melihat reaksi ruam kepada anak anda dari masa ke semasa. Sediakan food diary untuk memudahkan anda mengesan makanan terutama sekali yang membekalkan protein – yang mana menyebabkan ruam anak anda naik.
6. Persekitaran Selesa dan Tidak Panas
Ruam akan menjadi bertambah merah dan naik untuk anak yang kerap berada di kawasan yang tak selesa atau panas. Apa yang boleh anda lakukan ialah letakkan anak dekat kawasan yang berangin, ada kipas, penghawa dingin sederhana atau letakkan saja di kawasan yang terbuka. Kawasan terbuka merujuk kepada tempat yang berangin. Kawasan panas dan tak selesa akan buatkan kulit bertambah kering dan ruam makin naik.
7. Sapu Krim Yang Bersesuaian untuk Ruam Susu
Krim yang bersesuaian untuk ruam susu boleh meredakan ruam daripada menjadi lebih teruk. Elakkan penggunaan krim yang mengandungi steroid kerana krim dengan steroid boleh memberikan kesan kepada bayi anda terutama sekali yang berusia di bawah 2 tahun.
Antara pilihan krim yang boleh anda cuba di pasaran yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan untuk melegakan ruam susu anak anda ialah Herbal Blend Cream dari Shaklee.
Lagi testimoni Herbal Blend Cream Shaklee untuk ruam: Testimoni Herbal Blend Ruam Bayi
Selamat mencuba kesemua 7 cara bagi menghilangkan masalah ruam susu yang berlaku kepada bayi anda. Walaupun ruam susu ini boleh hilang dengan sendirinya, namun sudah pasti anda berasa tidak senang duduk melihat keadaan wajah anak anda yang diliputi ruam kemerahan itu.
Untuk mencuba Herbal Blend Cream Shaklee bagi mengatasi ruam susu anak anda, boleh dapatkannya melalui Syaza dengan WhatsApp Syaza – klik untuk wassap.